Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menolak kemungkin memperkenalkan pengundian awal bagi menggantikan undi pos.
Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata melalui pengundian awal itu, SPR tidak akan lagi menggunakan borang atau sampul surat sebaliknya proses pengundian akan berlangsung seperti biasa tetapi awal sedikit dari yang ditetapkan bagi pengundi biasa.
Bagimananapun ianya tertakluk kepada pindaan akta tertentu, katanya ketika ditemubual dalam Program Kerusi Panas terbitan Bernama Radio 24.
Abdul Aziz berkata undi pos yang ada sekarang amat teknikal hinggakan kesilapan kecil seperti salah mengisi alamat ataupun mengisi borang boleh menyebabkan undi berkenaan ditolak.
Ditanya mengenai kemungkinan dilaksanakan pengundian secara bergilir dalam kalangan anggota pasukan keselamatan seperti polis dan tentera pada hari pengundian, Abdul Aziz berkata ia sukar dilaksnakan.
"Ini kerana anggota keselamatan berkenaan terpaksa bertugas pada hari pengundian dan yang berlangsung di seluruh negara. Lagipun soal keselamatan semasa hari pengundian tidak boleh dikompromi," katanya.
Mengulas mengenai perhimpunan haram pada 9 Julai ini oleh satu kumpulan pengacau yang kononnya tidak berpuashati dengan sistem pilihan raya di negara ini dan mahu menyerahkan satu memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Abdul Aziz berkata penganjurnya harus menghormati institusi diraja dalam menyampaikan tuntutan mereka.
"Hasrat kumpulan berkenaan menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong melalui pendekatan berdemonstrasi tanpa mendapatkan permit polis adalah sesuatu yang tidak kena pada tempatnya.
"Mereka sebaliknya hendaklah melakukannya secara tertib mengikut budaya dan tatasusila masyarakat Malaysia, dan cara terbaik ialah dengan melantik wakil untuk menyembahkan memorandum itu kepada Tuanku dan bukannya melalui demonstrasi haram," katanya. - BERNAMA
Thursday, June 23, 2011
SPR : Undi Awal Mungkin Ganti Undi Pos
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Yang penting pilihan raya dijalankan mengikuti prosedur dan undian dikira dengan bersih dan adil.
ReplyDeleteJadi, undi pos ni tidak pakai lagi la nanti..? apapun, tuntutan BERSIH 2.0 masih belum dapat dipenuhi kesemuanya. saya pasti demonstrasi BERSIH akan tetap diteruskan.
ReplyDeleteUndi pos ini mungkin kurang praktikal sudah. Jadi lebih baik guna alternatif lain.
ReplyDeleteSusah sangatkah tuntutan BERSIH 2.0 itu? SPR tidak mampu lakukan atau sengaja tak nak lakukan perubahan itu?
ReplyDeletetidak mustahil pengundian awal digunapakai bagi menggantikan undi pos.
ReplyDeleteSPR patut mendengar cadangan BERSIH.
ReplyDeleteundi awal atau undi pos, yang penting undi itu adil.
ReplyDeleteJAdi harap pihak lain jangan salah sangka dengan apa lagi tindakkan SPR. SPR cuba yang terbaik untuk memastikan PRU akan berjalan dengan lancar dan bersih.
ReplyDeleteSPR sudah membuka pintu untuk mengadakan rundingan dengan penganjur Bersih, tapi kenapa pihak penganjur masih meneruskan demonstrasi ini? seolah2 perhimpunan ini mempunyai matlamat tersirat yang saya rasa kita semua mampu mengagaknya..
ReplyDeleteTak kisahlah apapun caranya, yang penting ia berjalan secara telus dan adil :)
ReplyDeleteSelebihnya kita nantikan saja keputusannya :)
ReplyDeleteDari awal lagi perhimpunan ini dilabelkan dengan perkataan 'Haram'.
ReplyDeleteKalau membenarkan perhimpunan ini dijalankan dengan aman, tiada masalah lagi.
Usaha SPR patut disokong. Tetapi proses perubahan SPR terlalu perlahan dan seperti tiada perubahan.
ReplyDeleteJika SPR sudi berunding dengan Bersih dari awal lagi, perhimpunan Bersih mungkin tidak akan jadi.
ReplyDeleteJika masih ada ruang untuk berunding, takan mereka mau cari masalah untuk mengganjurkan perhimpunan besar-besaran ini.
ReplyDeleteSelama ini rakyat tidak puas dengan kegagalan SPR menjalankan tugas sebagai sebuah badan yang neutral.
ReplyDeleteReformasi SPR harus dijalankan.
Kenapa masih mengamalkan undi pos? Ini sudah zaman IT yang cukup canggih.
ReplyDelete