Seorang bekas pelatih bomba wanita kecewa dengan tindakan Akademi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai di Marang, Terengganu, yang membotakkan kepala beliau serta 18 pelatih perempuan lain ketika mereka mendaftar diri untuk menjalani latihan di kem itu 2 Mei lalu.
Hizyaty Othman, 28, dari Taman Berjaya, Jalan Pegawai di sini, berkata, dia amat terkejut dengan tindakan membotakkan rambut pelatih perempuan, tidak seperti apa yang dinyatakan dalam peraturan kursus yang diterima mereka sebelum melaporkan diri di akademi itu.
"Peraturan dalam surat yang diterima saya hanya menyatakan rambut perlu digunting dengan ukuran enam milimeter sahaja dari rambut asal semasa hari pertama melaporkan diri dan perlu digunting kemas selepas dua bulan hingga tamat latihan.
"Saya terkejut melihat pelatih wanita dibotakkan seperti pelatih lelaki dalam sebuah bilik gunting rambut dan saya terus lari mengadu kepada kakak saya, Hazliza, yang berada di tempat pelawat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.
Hizyati berkata, bahawa pada mulanya dia dan pelatih lain enggan berbuat demikian tetapi memandangkan ingin mendapatkan pekerjaan dan faktor umur yang semakin meningkat, beliau terpaksa berbuat demikian.
Bapanya, Othman Long, 63, berkata, beliau hanya menyedari mengenai perkara itu setelah sampai di pekan Baling setelah diberitahu isterinya Hizan Abu Bakar, 56, dan anak keduanya, Hazliza, 30.
"Saya amat terkejut dengan kejadian itu. Sepanjang saya bertugas dalam badan beruniform, pelatih perempuan hanya digunting rambut hingga pendek dan bukannya sampai botak," kata pesara Jabatan Kastam Diraja Malaysia itu.
Othman, yang kecewa dengan tindakan pihak terbabit, bertindak mengeluarkan anaknya daripada akademi itu keesokan hari.
Beliau juga membuat di Balai Polis Kuala Perlis supaya pihak berkuasa melakukan siasatan terhadap pegawai di akademi itu.
Pengerusi Yayasan Prihatin Kebajikan, Pendidikan dan Kemiskinan Kedah, Zuraidi Rahim, yang mengunjungi Hizyaty, berkata, beliau telah memaklumkan perkara itu kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Chor Chee Heung.
"Saya difahamkan beliau telah mengambil tindakan dengan mengarahkan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menyediakan jawapan secara lisan dan bertulis kepada ibu bapa Hizyati.
"Saya harap Datuk Chor akan tampil bertemu keluarga terbabit untuk mendapatkan penjelasan lebih terperinci dan sekaligus menyelesaikan kes ini secepat mungkin," katanya.- Bernama
Saturday, June 25, 2011
Pelatih bomba wanita kecewa kepala dibotakkan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sejak bila ada peraturan macam ni? Melampau betullah.
ReplyDeletekenapa perlu pelatih perempuan digunting rambut sehingga botak? Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, sila berikan jawapan..
ReplyDeleteJangan lakukan sesuatu yang tidak tertulis dalam mana2 peraturan. Sediakan lah jawapan anda
ReplyDeletePerbuatan pegawai2 di akademi itu harus dikenakan tindakan tegas.
ReplyDeleteperempuan tak patutlah kepala mereka dibotakkan, cukuplah sekadar pendek.
ReplyDeletesepatutnya rambut hanya dipendekkan..penjelasan patut diberikan.
ReplyDeleteIni sepatutnya tidak berlaku ke atas pelatih wanita.
ReplyDeleteSiapa yang beri arahan untuk membotakkan kepala pelatih wanita. Individu tersebut harus dikenakan tindakan tatatertib.
ReplyDeleteSengaja la tu supaya semua pun pakai tudung cover kepala. huhu
ReplyDeleteApapun, hal ini harus disiasat dan kenakan tindakan yang sepatutnya terhadap orang yg kelurakan arahan membotakkan kepala tu.
ReplyDeleteSiapa yang tidak mematuhi peraturan? Atau pegawai pelatih kem tersebut keterlaluan menepati peraturan tersebut?
ReplyDeleteSiasat samada pekara ini dibenarkan. Jika tidak, pegawai tersebut harus bertanggungjawab atas kesilapan yang dia lakukan.
ReplyDeleteMereka cuma gadis dan paras rupa amat dipentingkan. Botakan kepala mereka amat menyedihkan hati mereka.
ReplyDeleteJangan buat begitu sampai nak botakan kepala perempuan. Tahu kan golongan perempuan memang sayangkan rupa mereka.
ReplyDeleteIni satu kesilapan ke satu salah faham?
ReplyDeleteKalau ini satu peraturan dan mesti dipatuhi, pelatih perempuan harus mematuhinya
Kesian pelatih tersebut. Apa boleh buat, inilah disiplin pasukan berunifom.
ReplyDeleteSekiranya berminat sangat dengan unit berunifom sebaiknya bersedialah dengan apa juga peraturan dan tindakkan yang akan dikenakan. Seperti yang berlaku diatas, jika tidak berminat dan tidak mahu mengikuti peraturan sebegini just tarik diri dan tidak perlulah memburukkan jabatan bomba.
ReplyDeletedalam surat itu patut dinyatakan secara terus terang bahawa rambut akan dibotakkan. masalah disini ialah peraturan dalam surat yang mengelirukan pelatih.
ReplyDeletebanyak kutu mangkali kepala dia itu lah kena botak
ReplyDeletekenapa mesti dibotakkan?
ReplyDeleteaduh, kesiannya mereka..
ReplyDelete