Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berpendapat tindakan pihak polis malarang perhimpunan BERSIH pada 9 Julai depan bukan sahaya tidak sah, malah melanggar perlembagaan.
"Mereka bertindak secara tidak sah apabila secara umum memaklumkan tidak akan mengeluarkan permit.
NONE"Sebagai pihak berkuasa awam, mereka hanya boleh membuat keputusan apabila permohonan dibuat," kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu kepada Malaysiakini.
Abdul Aziz (kanan) menjelaskan, bawah perlembagaan, polis perlu menimbangkan setiap permohonan permit dan tidak patut membuat sebarang pertimbangan tidak wajar.
Beliau berhujah, polis membuat penghakiman awal berhubung perkara itu dan sekali gus menentang undang-undang.
Paling teruk apabila ia bertentangan dengan hak yang dijamin dalam perlembagaan.
Katanya, mengikut Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Perskutuan, polis tiada sebarang hak melarang perhimpunan aman yang dijamin.
"Hatta mahkamah juga tidak boleh melakukannya," kata pensyarah undang-undang itu. -MK
Sunday, June 26, 2011
Larangan polis langgar perlembagaan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hormatilah hak kita sebagai pengundi.
ReplyDeletejadi, maknanya perhimpunan Bersih ni boleh diteruskan tanpa sebarang gangguan dari pihak2 tertentu.
ReplyDeleteKenapa membelakangkan hak rakyat?
ReplyDeleteRamai peguam yang menyertai bersih tentu sudah sedia maklum dengan undang2.
ReplyDeleteTentu ada yang tak kena bila BErsih 2.0 ini kali2 ingin digagalkan.
ReplyDeleteKatanya, mengikut Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Perskutuan, polis tiada sebarang hak melarang perhimpunan aman yang dijamin.
ReplyDeleteIni pendapat dari seorang pakar perlembagaan dan harus diambil kira sebelum membuat sebarang keputusan untuk mengharamkan perhimpunan ini.
Tak perlulah menghalang perhimpunan ini, nanti ada pula golongan yang ingin menuntut hak berhimpun yang diperuntukan oleh Perlembagaan Malaysia.
ReplyDeleteJelas Perlembagaan memberi hak kepada rakyat untuk berhimpun secara aman dan bepersatuan.
ReplyDeleteSegala usaha atau tindakan yang ingin mematahkan perhimpunan ini boleh dianggap menentang Perlembagaan.
ReplyDeleteAda sesiapa yang membantah Bersih mampu mengusurkan faktar untuk menyokong tindakan mereka? Sila usur dengan cara beramadun dengan rujukan dari perlembagaan atau akta-akta?
ReplyDeleteTerimalah cadangan Bersih dengan hati terbuka. Bukan melebelkannya sebagai haram atau ia menjejaskan keamanan.
ReplyDeleteBagi rakyat umum, tuntutan mereka munasabah dan wajib.
Memang semenjak kehadiran BERSIH ini negara kita semakin tidak tenteram. Harap pihak tertentu fikirkanlah keamanan negara kita.
ReplyDeleteharap semua pihak akan bertindak secara rasional dan kepentingan awam perlulah diutamakan.
ReplyDeleteok,, jadi sah la jika saya mahu buat perhimpunan sesuka hati dimana2 jalan raya di Malaysia?? rasanya rakyat Malaysia perlu ambil kesempatan ini dengan turun ke semua jalan2 raya di negara ini sementara tindakan itu sah disisi undang2..
ReplyDeletewajarkah hanya untuk menyerahkan memorandum kepada YDPA, pengguna jalanraya terpaksa berdepan dengan kesesakan lalulintas dan peniaga berhadapan dengan kerugian ekoran premis perniagaan mereka terpaksa ditutup kerana keganasan para pendemo? bolehkah Abdul Aziz bagi jaminan bahawa perhimpunan itu berjalan dengan aman?
ReplyDelete