Monday, June 20, 2011

TPM: Himpunan BERSIH untuk tumbangkan BN

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan bahawa perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada 9 Julai ini bertujuan untuk menumbangkan kerajaan BN pada pilihan raya umum akan datang.

NONEKatanya, BERSIH adalah sebagai satu cubaan pihak Pakatan Rakyat untuk menjadikannya sebagai jalan pintas ke Putrajaya.

"Saya fikir tujuan mereka tidak baik. Ambiga (Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan) itu kepala saja. Saya tahu di belakangnya ialah pihak-pihak pembangkang apabila Mohamed Sabu diletakkan sebagai timbalan pengerusinya," kata Muhyiddin kepada Bernama selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian di Beaufort hari ini.

Timbalan presiden Umno itu berkata Pakatan Rakyat sebenarnya berselindung di sebalik badan bukan kerajaan itu yang mempertikaikan sistem pilihan raya umum di negara ini bagi merealisasikan niat mereka untuk menumbangkan kerajaan BN.

Katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah pun memberi penjelasan berkali-kali bahawa pilihan raya dijalankan secara teratur mengikut peraturan sedia ada.

bersih rally istana negara tv 101107 large crowd"Kalaulah mereka membangkitkan isu yang berkaitan pilihan raya kenapa sekarang mempertikaikan soal itu. Kenapa tidak mempertikainya pada pilihan raya lalu," katanya.

Menurut Muhyiddin lagi, tujuan BERSIH mengadakan perhimpunan itu bukan setakat mempersoalkan isu SPR atau perjalanan pilihan raya, tetapi kemungkinan juga sebagai platform untuk membangkit isu yang mungkin menjadi perhatian rakyat dan seterusnya membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan.

Tolak kerajaan

"Mereka mungkin akan meneruskan momentum ini supaya apabila sampai pilihan raya nanti, kebencian rakyat akan mencapai ke tahap yang tinggi dan menolak kerajaan," katanya.

bersih rally 271207 04Beliau berkata demonstrasi jalanan bukan penyelesaian terbaik berkaitan dengan sistem pilihan raya negara, sebaliknya mereka boleh menggunakan demokrasi berparlimen untuk membetulkan keadaan.

Muhyiddin berkata pihak polis tidak meluluskan permit perhimpunan kerana tidak mahu kejayaan, kemajuan dan kemakmuran yang dicapai oleh negara selama ini akan terjejas hanya kerana kelompok kecil ini.

bersih rally 271207 06Justeru itu, beliau mengingatkan rakyat supaya tidak terpedaya dengan taktik pembangkang yang mengamalkan 'doube standard' yang mengunakan isu pilihan raya sebagai jalan pintas ke Putrajaya.

"Bila BN menang mereka pertikaikan. Bila mereka (pembangkang ) menang, mereka tidak pertikaikan," katanya.

Mengenai hasrat Pemuda Umno yang mahu mengadakan perhimpuan pada hari yang sama, Muhyiddin berkata ini adalah reaksi yang jelas bahawa banyak pihak tidak bersetuju dengan perhimpunan BERSIH itu. -MK

13 comments:
Write comments
  1. Tujuan mereka hanya untuk mendapatkan pilihan raya yang bersih dan adil. Saya percaya rakyat pun mahukan yang sama.

    ReplyDelete
  2. Kalau demonstrasi ini bukan caranya, jadi apakah cara yang paling sesuai untuk menyatakan rasa tidak puas hati mereka ini? Jika mereka menggunakan cara halus, adakah keluhan mereka akan didengari?

    ReplyDelete
  3. sebaiknya BN mahupun PR sepatutnya menggunakan strategi dan pendekatan yang betul untuk menghadapi PRU-13. biarlah pilihanraya itu dapat dijalankan dengan bersih dan adil.

    ReplyDelete
  4. Itu sudah pasti penasihat mereka pasti dari parti pembangkang sendiri. Mustahil perhimpunan BERSIH ini tiba-tiba dilakukan hanya kerana untuk keadilan Pilihanraya. Mesti ada kaitan dengan pembangkang.

    ReplyDelete
  5. Tak payah la nak himpun2 nie. Tunggu je la PRU13.

    ReplyDelete
  6. apapun, jgnlah kita lakukan sebarang demontrasi kerana ia memberi gambaran buruk kepada negara kita dimata masyarakat luar.

    ReplyDelete
  7. bagi Pakatan pilihanraya hanya benar2 adil jika mereka menang semua kerusi.. begitu?? selagi ada mana2 kawasan yang mereka kalah kerana penolakkan rakyat, selagi itu pilihanraya tidak adil??

    ReplyDelete
  8. lagipun demo ini mendapat bantahan dari orang awam dan NGO.. kenapa perlu juga diteruskan? bila kerajaan bagi tempat yang selamat untuk berdemo, dia tetap juga pilih tempat yang boleh mengganggu orang awam... apa2pun saya tidak suka parti politik yang menggunakan rakyat sebagai perisai semata2 untuk mencapai matlamat politik mereka.

    ReplyDelete
  9. Adakah motif BERSIH 2.0 ini betul2 bersih? Atau ada pihak yang sengaja mengambil kesempatan dalam kesempitan?

    ReplyDelete
  10. sejak bila bersih ini pilihan raya....ingat masa BERJAYA...PBS....DAN SEKARANG...tanya pd mereka yg bertugas....sendiri mahu tahu....

    ReplyDelete
  11. kalau SPR tidak adil, bagaimana pula Pakatan rakyat boleh memerintah penang, kedah dan selangor?

    ReplyDelete
  12. pasti ada pihak2 yang berkepentingan di sebalik perhimpunan BERSIH..

    ReplyDelete
  13. perhimpunan tersebut boleh menimbulkan pelbagai masalah.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.