Monday, June 20, 2011

Pemuda UMNO Akan Sertai BERSIH?

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, pergerakan itu akan tetap mengadakan perhimpunannya pada 9 Julai walaupun polis memberi amaran akan mengambil tindakan.

NONEKatanya, waktu untuk membincangkan mengenai permit bagi perhimpunan berkenaan juga telah berakhir.

"Saya rasa (berhubung) isu permit ini, keretapi dah lepas dah.

"Apa sajalah, permit polis, amaran dia nak bagi, Pemuda tetap akan hadir.

"Hendak bagi arahan macam mana pun, maaflah. Waktu untuk amaran sudah berakhir," katanya lagi ketika ditanya dalam satu sidang media hari ini.

'Lantak dia orang lah'

Khairy pada Khamis lalu mengumumkan rancangan Pemuda Umno untuk mengadakan perhimpunan pada tarikh sama bagi menyatakan sokongan ke atas sistem pilihan raya sedia ada.

Beliau mendakwa perhimpunan berkenaan tidak ada kena mengena dengan perhimpunan BERSIH 2.0 yang menuntut reformasi ke atas pilihan raya dan mengukuhkan demokrasi.

NONENamun, sokongan dari pergerakan pemuda dalam komponen BN setakat ini masih belum dapat dijangka.

Malah, Khairy sendiri ketika ditanya sama ada beliau akan disokong pemuda MCA dan MIC berkata:

“Lantak dia oranglah hendak datang ke tidak datang. Saya tidak kisah.”


Dalam pada itu Khairy turut mengambil peluang untuk memperlekehkan gerakan BERSIH 2.0 yang turut berkeras untuk mengadakan perhimpunan pada hari berkenaan.

Katanya, kenyataan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang boleh mengarahkan supaya BERSIH 2.0 dihentikan, menunjukkan gerakan berkenaan membawa agenda pembangkang.

Prinsip BERSIH dikompromi

"Itu (Anwar) tersilap cakap ke, saya tak tahu, tapi tunjukkan aspek agenda pembangkang di sebalik BERSIH.

"Walaupun semalam (pengerusi BERSIH) Ambiga (Sreevanasan) cakap tak ada pihak yang boleh arahkan untuk batalkan BERSIH tapi kenyataan itu bagi gambaran bahawa bagi (Anwar) sendiri ada pengaruh, maknanya BERSIH diberi peluang besar kepada pembangkang.

NONE"Di situ kita nampak prinsipnya telah dikompromi. (BERSIH) dah jadi alat kepada pembangkang," kata Khairy lagi di bangunan UDA Holdings Bhd hari ini.

Tambahnya, kenyataan Anwar itu memberi gambaran seolah-olah ketua umum PKR itu mempunyai pengaruh dalam perhimpunan BERSIH.

“Maknanya BERSIH ini diberi peluang yang begitu besar kepada pihak pembangkang untuk buat keputusan sampai ada tanggapan di pihak Anwar sendiri, dia boleh pengaruhi BERSIH,” kata Khairy.

Ibrahim Ali 'bakar perkauman'

Dalam pada itu, Khairy turut mengulas laporan yang memetik kenyataan presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali yang membayangkan bahawa keadaan huru-hara akan berlaku sekiranya perhimpunan BERSIH 2.0 tidak dihentikan.

Khairy dengan tegas menyatakan pendiriannya bahawa beliau tidak bersetuju dengan pendapat Ibrahim yang disifatkannya sebagai pandangan "gila."


“Saya tidak bersetuju juga dengan Ibrahim Ali. Ini membakar perkauman. Ini gila. Kita buat benda yang baik bukan benda yang menghasut,” katanya. -MK

23 comments:
Write comments
  1. Bagus Pemuda Umno kerana sanggup bersama-sama BERSIH untuk memperjuangkan pilihan raya yang bebas.

    ReplyDelete
  2. Semua rakyat mahu pilihanraya akan datang benar2 bersih. Harap2 ni benar2 menunjukkan platform suara rakyat bukan hanya gimik politik semata-mata.

    ReplyDelete
  3. Apa ni? tidak ada hotak ka atau buat2 tidak ada hotak....Malu la skit dengan rakyat Sabah dan Sarawak..... Walaupun ketinggalan dari segi pembanggunan tapi hotak tetap ada.... Tidak la sampai nak adakan perhimpunan kekecohan....

    ReplyDelete
  4. Tidak perlu melakukan kekecohan....

    ReplyDelete
  5. berkesan ke strategi mereka ni untuk menuntut pilihanraya bersih dan adil? nampak macam lebih menjurus kepada keadaan huru-hara.

    ReplyDelete
  6. Jangan sampai kejadian yang tak diingini berlaku. Nanti kena isytihar darurat pula.

    ReplyDelete
  7. Ada siaran langsung kah demonstrasi nanti? Tentu akan mendapat liputan yang meluas oleh media tempatan dan antarabangsa.

    ReplyDelete
  8. Benarkah ni platform suara rakyat

    ReplyDelete
  9. Jangan la buat....orang punya bisnes juga yg kacau...orang2 yg nak pegi kerja semua stuck kerana traffic jamm....

    ReplyDelete
  10. setuju dengan komen demokrasi, jika semua mahu anjurkan perhimpunan perniagaan di sekitar tempat tersebut akan terjejas.

    ReplyDelete
  11. Adakah ini juga menunjukan Pemuda UMNO turut berpendapat bahawa sistem pilihan raya Malaysai tidak adil dan bersih? Sebab itulah mereka berarak untuk menuntut.

    ReplyDelete
  12. Apakah tujuan Pemuda UMNO ini? Adakah mereka turut tidak berkeyakin dengan sistem pilihan raya kita?

    ReplyDelete
  13. Tindakan Pemuda UMNO patut dipuji kerana berdiri membela sesuatu yang benar tanpa menghiraukan kedudukan mereka sebagai sayap parti mentadbir.

    ReplyDelete
  14. Pemuda UMNO tidak menyertai Bersih, mereka berarak sendiri dengan tuntutan sendir yang serupa isi dengan Bersih.

    ReplyDelete
  15. 709 bakal jadi hari penting bagi ketiga pihak ini mempamerkan kehebatan mereka dengan jumlah penyerta perhimpunan masing-masing.

    ReplyDelete
  16. Khairy ingkar nasihat polis supaya tidak berhimpun dan berarak. Harap polis adil melayan semua pihak.

    ReplyDelete
  17. Setuju Lady Morgana. Harus berhati-hati. Jangan kerana nak bersuara akhiranya memakan diri sendiri.

    ReplyDelete
  18. Apapun, harap semua pihak mainkan peranan masing-masing bagi mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku.

    ReplyDelete
  19. semua kekecohan ini bermula daripada penganjuran Bersih.. jika tidak ada perhimpunan Bersih, Perkasa dan pemuda UMNO juga tidak akan menganjurkan perhimpunan.. jika pada waktu ini sudah timbul kekecohan, entah bagaimana keadaannya pada 9 julai nanti..

    ReplyDelete
  20. Nampaknya semakin membimbangkan dengan perhimpunan ini. Bantahan dimana-mana tapi tetap tidak akan memberikan kesan kepada perhimpunan ini. Jadi kita tunggu sajalah apa yang akan diambil. Kalau ada perkara yang tidak diingini berlaku pada masa itu senang cerita jangan Salahkan orang lain. Itu adalah pilihan sendiri.

    ReplyDelete
  21. Tidak pasti lagi benar atau tidak perkara ini harap kita tidak perlulah membuat kekecohan. Elakkan lah jika boleh.

    ReplyDelete
  22. nampaknya pada 9 julai nnti akan bertembunglah 3 kumpulan iaitu kumpulan Bersih, kumpulan Perkasa (anti bersih) dan kumpulan Pemuda UMNO.

    ReplyDelete
  23. Pemuda Umno akan menyertai Bersih juga.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.