Saturday, June 25, 2011

Datuk T Didenda RM5,500 Tetapi Anwar Bakal Terperangkap?

Tiga individu di sebalik video seks lelaki mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini - tiga bulan selepas mereka menayangkan video tersebut di sebuah hotel kepada sekumpulan wartawan.

Mereka adalah bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim.

Eskay didenda RM3,000 atas kesalahan itu, Shuib RM1,500 dan Rahim sebanyak RM1,000 - menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM5,500.
Eskay dan Shuib dituduh mengikut Seksyen 292(a) Kanun Kesiksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 yang berbunyi:

“Bahawa kamu dengan niat bersama, tayang tempat terbuka video lucah, hubungan seks seorang lelaki dan perempuan antara 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari pada 21 Mac lalu.”

Sementara itu, tuduhan ke atas Rahim pula berbunyi: “Bahawa kamu telah bersuhabat dengan Eskay dan Shuib untuk menayangkan secara terbuka hubung seks seorang lelaki dan perempuan, kamu melakukan kesalahan di bawah Seksyen 292(a), dan Seksyen 109 Kanun Kesiksaan.”

Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Aizatul Akmal Maharani.

'Bukan menyerupai, tapi Anwar'

Rahim diwakili oleh peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah.

Majistret Aizatul Akmal sebelum itu menangguhkan perbicaraan bagi membolehkan ketiga-tiga tertuduh merujuk dan berunding dengan peguam mereka.

NONESelepas sidang mahkamah disambung, ketiga-tiga mereka mengaku bersalah terhadap tuduhan berkenaan.

Pihak pendakwaan termasuk timbalan ketua pendakwaraya Mohamad Hanafiah Zakaria dan pendakwaraya kanan Kamaludin Md Said.

Ketika fakta kes dibacakan, beberapa kali disebut individu dalam video itu "menyerupai Anwar Ibrahim" dan wanita daripada China.

Disebut juga keterangan terdapat adegan seks oral dan bersetubuhan.

Ketika majistret bertanya tertuduh sama ada mereka faham tuduhan yang dibacakan itu, Eskay berkata beliau tidak bersetuju bagaimana pelaku dalam video itu disebut.

"Bukan menyerupai, tapi Anwar," katanya. -mk

17 comments:
Write comments
  1. Macam mana nasib DSAI selepas ini?

    ReplyDelete
  2. memang wajar trio Datuk T dikenakan hukuman atas kesalahan mereka menyebarkan dan menayangkan video lucah kepada umum.

    ReplyDelete
  3. kebenaran pasti akan diketahui juga nanti...

    ReplyDelete
  4. Apa hak mereka untuk mengaibkan Anwar? Tidak kiralah jika ada perselisihan faham ataupun tidak, tapi perbuatan mereka ini agak melampau.

    ReplyDelete
  5. Makanya dalam politik ini macam2 boleh berlaku, apatah lagi untuk menjatuhkan pihak lawan. Ahli2 politik yang lain pun belum tentu bersih daripada skandal2 begini. Jadi berhati-hatilah.

    ReplyDelete
  6. aish benci betul aku dengar cerita ni oo. huhu

    ReplyDelete
  7. Semoga suatu masa nanti kebenaran dapat ditemukan.

    ReplyDelete
  8. Baik mereka bersumpah bahawa mereka tidak pernah berbuat dosa seperti apa yang mereka menuduh orang.

    ReplyDelete
  9. Muslihat mereka tercapai dengan kos yang begitu rendah. Denda mereka cuma kacang buat mereka.

    ReplyDelete
  10. Mereka cuma satu kumpulan yang muflis reputasi dan kelakuan mereka dikutuk sekeras-kerasnya.

    ReplyDelete
  11. Ini semua dalam jangkaan mereka. Tujuan mereka mudah, rosakan nama Anwar.

    ReplyDelete
  12. Hukuman mereka terlalu ringan. Kesan perbuatan mereka terhadap DSAI besar dan reputasi negara juga terjejas.

    ReplyDelete
  13. Mau muntah nampak muka tiga orang ini. Harap muka mereka tidak lagi dipapar dalam surat khabar.

    ReplyDelete
  14. Apa yang akan berlaku seterusnya cerita anwar ini.

    ReplyDelete
  15. walau apapun yang berlaku kepada tiga orang ini, yang penting sebilangan besar rakyat Malaysia akan sedar siapa sebenarnya Anwar yang kononnya bercita2 mahu menjadi Perdana Menteri..

    ReplyDelete
  16. kita tunggu sahajalah apa berita selanjutnya...

    ReplyDelete
  17. semoga ada pihak yang mendapat balasan yang setimpalnya

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.