Sunday, June 26, 2011

Biasiswa JPA Akan Disemak Menyeluruh

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiAgNwvcAL0QO8ixYqZG2C9Dv5oPe54iznlKhVZW4a3MV-4dGec20LokVbx6i4VbfJ1Ykk5Is6PCGnFKYiw2Ks5hCLE37eDxUr6rF1bkxqEc72mj17M-BaWk-gnncPTHGhrOV9y8AaF-eXL/s1600/jpa.jpgDatuk Seri Najib Tun Razak berkata se- makan secara menyeluruh dasar biasiswa Jabatan Perkhid- matan Awam (JPA) akan dilakukan pada tahun depan.

Perdana Menteri berkata semakan itu akan termasuk sama ada memperuntukkan tawaran biasiswa kepada pelajar cemerlang di peringkat kemasukan universiti dan menawarkan dermasiswa untuk pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mereka mengikuti kursus prauniversiti seperti Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), matrikulasi atau A-level.

Beliau berkata dasar sedia ada patut disemak semula kerana kerajaan juga mengambil kira bahawa pemberian biasiswa di peringkat SPM bukan idea yang bagus kerana ia setaraf dengan O-level.

“Memberikan biasiswa di peringkat SPM bukan idea yang bagus. Malahan jika pelajar cemerlang dalam O-level mereka, ini tidak bermakna mereka akan cemerlang dalam A-level mereka.

“Jadi akan diadakan semakan menyeluruh terhadap dasar kami tahun depan,” katanya semasa menjawab soalan seorang pemanggil semasa ditemu bual di konti Radio One FM di Sri Pentas di sini kelmarin.

Pemanggil itu mahu tahu mengenai rungutan MCA berhubung perkara itu dan kaedah sebenar pengagihan biasiswa JPA.

Program sejam itu yang dihoskan Jack Yap Chaun Ming, Nicholas Ong Sea Wei dan Jane Ng Meng Hui turut disiarkan secara langsung di NTV7.

Najib berkata tujuan utama pemberian biasiswa adalah untuk mereka yang berjaya mencapai keputusan amat baik dan mendapat tempat di universiti-universiti terkemuka.

Perdana Menteri berkata kerajaan juga tidak mahu menghantar semua pelajar cemerlang ke luar negara kerana universiti tempatan juga memerlukan mereka untuk mengekalkan kedudukan baik institusi berkenaan di peringkat dunia.

“Kita selalu merungut bahawa universiti kita tidak diberi penilaian yang tinggi daripada segi ranking di peringkat dunia, ini adalah bercanggah daripada segi mengenai apa yang kita mahu capai, jadi semua elemen perlu dikaji semasa kami merumuskan dasar baru itu nanti.

“...Tetapi, biasiswa tetap diperuntukkan jika anda mampu mendapat keputusan yang amat cemerlang dan tempat di universiti terkemuka dengan institusi itu akan dikenal pasti kemudian,” katanya.

Bagi soalan mengenai pengagihan biasiswa, Najib berkata kerajaan telah mengumumkan bahawa pelajar yang mendapat 8A+ dalam SPM akan diberikan biasiswa JPA tetapi tidak pernah berjanji mereka akan ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di luar negara.

Perdana Menteri berkata kerajaan telah mencuba sebaik mungkin untuk berlaku adil, tetapi pelajar tidak perlu bimbang kerana mereka masih mempunyai akses kepada biasiswa yang ditawarkan program 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Jadi, mereka yang berasa yang mereka telah terlepas peluang, akan ada pusingan kedua dan 1MDB akan memilih pelajar ini, menghantar mereka sama ada ke universiti awam dan swasta di sini seperti Universiti Monash atau Universiti Nottingham,” katanya.

Awal bulan ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz dipetik sebagai berkata 1MDB akan menawarkan 500 biasiswa kepada pelajar SPM yang memperoleh 8A+ untuk belajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan IPTS, pada tahun ini. -NST

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.