Akibat terpedaya dengan janji manis seorang lelaki, seorang gadis, 17, menjadi hamba seks lelaki berkenaan yang kononnya berjanji mahu membantu gadis terbabit selepas dibuang keluarga.
Mangsa mengenali lelaki berusia 29 tahun itu menerusi seorang rakannya, sebelum dibawa dan dikurung di sebuah rumah dekat Taman Asia Selatan, Jasin, di sini selama seminggu.
Sumber berkata, mangsa dikurung pada 19 hingga 25 Jun lalu, selain dipukul sehingga mendatangkan kecederaan kepada tubuh.
Selain itu, menurutnya, mangsa yang tidak bersekolah itu mendakwa turut dirogol lelaki terbabit.
“Bagaimanapun, mangsa bernasib baik apabila dibebaskan dari kurungan Sabtu lalu, sebelum bertindak membuat laporan polis sehari kemudian,” katanya.
Menurutnya, polis berjaya menangkap lelaki berkenaan pada hari sama mangsa membuat laporan.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Berikutan itu, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara 20 tahun maksimum serta sebatan.
Menurutnya, lelaki terbabit direman selama tujuh hari bermula semalam.
Sementara itu, menurutnya, mangsa kini sedang dirawat di sebuah hospital berdekatan. -SH
Monday, June 27, 2011
Gadis Hamba Seks Seminggu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kenapa pula gadis ini dibuang keluarga?
ReplyDeleteJangan mudah terpengaruh dengan orang yang tidak kita kenali kerana budi pekerti seseorang susah untuk kita tafsirkan.
ReplyDeleteWalau apapun alasan keluarga tetap keluarga kita. Ada kemungkinan beliau di buang keluarga disebabkan oleh lelaki yang beliau kenali ini. Mungkin keluarga tidak merestui perhubungan mereka.
ReplyDeleteKurangnya bimbingan mengakibatkan gadis remaja ini senang diperdaya oleh individu2 yang berniat jahat.
ReplyDeletegadis remaja ini sepatutnya tidak mudah mempercayai orang lain semata-mata kerana menawarkan bantuan ketika dia dibuang oleh keluarga. apa lagi dengan seorang lelaki yang tidak dikenali.
ReplyDeleteAir tenang jangan disangka tiada buaya, muka saja nampak baik tapi hati belum tentu lagi. Jadi, kenalah berhati-hati. Jangan mudah terpedaya.
ReplyDeletelelaki tersebut perlu dikenakan hukuman yang berat. remaja terutamanya wanita tidak harus mudah mempercayai orang lain. perlu berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu.
ReplyDeleteMungkin gadis ini terlalu nakal dan liar. Zaman sekarang tidak hairan, ramai orang inginkan keseronokkan.
ReplyDeleteBerhati-hati dengan janji-janji manis terutamanya dari orang yang tidak dikenali. Gadis-gadis harus ambil iktibar dari kes ini.
ReplyDeleteSerigala yang bertopeng kambing. Harap penjenayah ini dijatuhkan hukuman yang setimpa.
ReplyDeleteGadis ini terdesak sehingga diambil kesempatan lelaki ini.
ReplyDeleteMana ibubapa gadis ini? Ia sepatutnya dibawah jagaan ibubapa.
ReplyDeleteHukuman penjara dan sebatan harus dikenakan penjenayah berkenaan.
ReplyDeleteKesian gadis ini. Kecuaian gadis ini mendatangkan kesengsaraan.
ReplyDeletetakkan tidak ada ahli keluarga langsung sampai terpaksa bergantung dengan orang yang baru dikenali?
ReplyDeleteBetul tu neji. Lepas napa lah dia boleh percaya dengan orng luar yang langsung tak dikenali. huhu
ReplyDeletekesiannya..harap tidak ada gangguan emosi/mental...
ReplyDelete