Tuesday, June 21, 2011

WIKILEAKS : Malaysia Sedang Menghampiri Bankrupsi.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiLAqKuSLZeMqytj2OPHPhOFHF_k5ixsNf5r9yss6Af3u84EemkKVziwyWXZmJtpa8YF_GXWlBdgq65JiJ7r5mg0hnNKRiH5yDeIWRk8GAs_zxPYo8u8_T1iHpMcj6CgCCnQ9rlys91jLM/s400/kilang-minyak.jpgWIKILEAKS (Laporan Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur) telah mengambil kenyataan Ahli Lembaga Pengarah Petronas bernama Mohd Azhar Osman Khairuddin(Azhar). Tulang Besi ingin memetik beberapa kenyataan beliau yang dilaporkan oleh WIKILEAKS dari kabel yang boleh di baca di bawah:

1.0 Jumlah minyak di Malaysia adalah kecil dan akan kehabisan dalam masa yang terdekat. (Mengikut CONOCO, rezab minyak di Malaysia menurun 10% setiap tahun. Mengikut jangakaan Tulang Besi, Malaysia akan menjadi pengimpot minyak sebelum tahun 2020.

(5. (C) Azhar told us that Malaysian O&G reserves are not large and are running out soon. (Note: Conoco Philips Malaysia confirmed that without new discoveries, Malaysian oil production will decline at approximately 10% per year, from 550,000 bpd in 2008 to roughly 490,000 bpd in 2009 and 450,000 bpd in 2010.) )

2.0 45% dari perbelanjaan kerajaan Malaysia adalah dari hasil minyak. Ini bermakna, kerajaan Malaysia akan bangkrap apbila minyak di Malaysia kering nanti.

( Azhar noted that revenues from Petronas accounted for 45% of the GOM budget last year and stated that the GOM is over-reliant on Petronas to fund its operations.)

Kedua-kedua kenyataan yang dipetik Kedutaan Amerika bersumber dari Ahli Lembaga Pengarah Petronas ini adalah SANGAT-SANGAT merisaukan Tulang Besi.
Ia bermakna:

1.0 Apabila minyak habis nanti, Malaysia akan bangkrap. Ini adalah kerana 45% dari perbelanjaan kerajaan Malaysia datang dari hasil minyak. Apabila hasil minyak ini habis, hasil kerajaan Malaysia akan berkurangan 45% dan ini bermakna kerajaan Malaysia akan bangrap laksana kerajaan Greece sekarang ini.

2.0 Hasil minyak Malaysia seharusnya ditabung untuk masa depan anak cucu kita. Bukan untuk dibelanjakan bagi tujuan pembangunan ataupun mengkayakan kroni serta UMNOPUTRA

3.0 Kerajaan Barisan Nasional telah gagal menaikkan hasil negara sehingga terpaksa bergantung kepada hasil minyak dengan begitu besar sekali untuk perbelanjaan. Tidak seperti kerajaan Norway yang menyimpan semua hasil minyak mereka untuk masa depan rakyat mereka. Rakyat Malaysia pula akan berhadapan dengan kelaparan, kemiskinan, kepapaan dan berbagai masaalah sosial apabila hasil minyak Malaysia habis nanti

4.0 Membuktikan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional tidak mampu mengurus kekayaan negara. Segala hasil minyak negara sudah habis dibelanjakan, namun rakyat Malaysia tidak dapat melihat dengan jelas hasil dari perbelanjaan tersebut.

5.0 Bantuan2 kepada orang miskin dan yang memerlukan sudah tentu akan berkurangan atau dipotong sama sekali memandangkan Kerajaan Barisan Nasional yang lebih mementingkan kroni dari rakyat Malaysia.

6.0 Malaysia akan menerima nasib seperti Indonesia apabila hasil minyak Malaysia habis kelak

Dengan kata lain, rakyat Malaysia sedang menuju ke arah masa depan yang begitu gelap dan mendung sekali. Wajiblah kerajaan Barisan Nasional ditukar.

Nasihat Tulang Besi kepada rakyat Malaysia. Jangan berhutang. Selesaikan semua hutang tidak kira hutang apa. Kalau ditakdirkan Malaysia bangkrap, maka BLR semua akan naik. Percayalah.

-http://www.malaysiawaves.com

21 comments:
Write comments
  1. Kerajaan Malaysia perlulah mendengar nasihat mereka. Jelaskan hutang sebelum bankrap.

    ReplyDelete
  2. Benarkah begitu. Ini merisaukan. Apa akan jadi jika M'sia bankrap.

    ReplyDelete
  3. Risau juga selepas membaca laporan ini. harap ianya tidak akan terjadi.

    ReplyDelete
  4. Kerajaan Malaysia harus bijak mengawal kewangan negara dari sekarang.

    ReplyDelete
  5. janganlah perkara ni terjadi ke atas Malaysia.

    ReplyDelete
  6. Sungguh merisaukan otak. Tapi saya pasti kerajaan sudah ada rancangan untuk menghadapi semuanya.

    ReplyDelete
  7. Harus ada plan kedua untuk menghadapi sekiranya berlaku seperti yang dijangkakan.

    ReplyDelete
  8. boleh dipercayaikah laporan wikileaks ni?? yang penting kewangan perlu diuruskan dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  9. Tiada bukti yg benar2 menunjukkan bahawa Semua hasil minyak dibelanjakan untuk tujuan projek2 besar. Petronas merupakan sebuah syarikat bertaraf MNC, maknanya aktivitinya bukan hanya bersandarkan kepada aktiviti dalam negara saja.

    ReplyDelete
  10. laporan ini belum tntu benar, mungkin ia direka untuk wujudkan suasana takut dan panik rakyat Malaysia. tapi bagaimanapun, kerajaan kena bijak dalam mengurus ekonomi negara.

    ReplyDelete
  11. simpan macam mana sekalipun, ia tetap akan habis... kalau tukar kerajaan sekalipun minyak tidak akan bertambah.. hanya pembangkang sahaja yang suka buat analisis seperti ini semata2 untuk menakutkan rakyat supaya menukar kerajaan.. ada juga negara yang boleh hidup tanpa bergantung dengan minyak..

    ReplyDelete
  12. Jika betul. PM perlulah merancang yang terbaik untuk Negara. Pengurusan yang memainkan peranan untuk menangani masalah ini.

    ReplyDelete
  13. Tidak kira bertapa kayanya negara ini, sekiranya kekayaan negara tidak diurus dengan telus dan teliti, keadaan ini mungkin berlaku.

    ReplyDelete
  14. Malaysia kaya dengan sumber alam. Jangan fikir ia boleh membuah hasil tidak berhad. Gunung emas turut runtuh jika tidak dijaga dengan baik.

    ReplyDelete
  15. Boleh percayakah kenyataan ini? Harap tidak benar sama sekali.

    ReplyDelete
  16. Malaysia tidak akan bangkrup dengan adanya pengurusan dana kerajaan yang cekap dan berkesan.

    ReplyDelete
  17. Negara yang kaya raya ini jika bangkrup, kerajaan harus bertanggungjawab dan letak jawatan.

    ReplyDelete
  18. Risau juga kalau hal ini berlaku. huhu. semoga ia tidak benar sama sekali.

    ReplyDelete
  19. Adakah ini satu ugutan atau benar akan berlaku? Bukankah kita bangga dengan 'Boleh'?

    ReplyDelete
  20. Appaun, usaha berterusan untuk membangunkan ekonomi negeri harus dilakukan:)

    ReplyDelete
  21. Kerajaan perlu mengambil perhatian mengenai amaran Wikileaks ini.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.