Polis menahan seorang bekas pelajar PTPL Kota Baru ditahan kerana dipercayai terlibat dengan kes menghina gambar Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin yang dikeluarkan dalam laman sosial baru-baru ini.
Lelaki berusia 24 tahun yang merupakan seorang penganggur, telah menyerah diri di Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu pada 8 malam dua hari lepas.
Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata, polis turut merampas sebuah komputer riba yang dibawa oleh lelaki itu yang berasal dari Kubang Kerian, Kelantan.
"Siasatan awal polis mendapati dua individu yang disyaki terlibat dan kita masih mencari seorang lagi untuk membantu siasatan kes ini," katanya.
Pada 13 Jun lepas Kelab Penyokong Bola Sepak Terengganu FC membuat laporan polis berhubung kes penghinaan terhadap gambar Yang di-Pertuan Agong dalam sebuah laman sosial dengan mengubahsuai muka Seri Paduka Baginda. - BERNAMA
Wednesday, June 22, 2011
Ditahan Kerana Hina Gambar Agong
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Perbuatan ini boleh menyebabkan lelaki itu ditahan di bawah ISA.
ReplyDeletelelaki tersebut harus menjadikan pekara ini sebagai pengajaran.
ReplyDeletepengguna laman sosial janganlah suka-suka nak post sesuatu yang tak baik di laman sosial. buruk padahnya nanti. harap pengguna lain mengambil iktibar dari kejadian ini.
ReplyDeleteCepat betul tindakan diambil ke atas penganggur itu. Bagaimana pula dengan Ibrahim Ali yang sering membangkitkan isu2 perkauman?
ReplyDeleteMakanya, jangan salah gunakan teknologi.
ReplyDeleteTiada penyakit cari penyakit. Pengajaran bersama, kena lebih berhati hati dalam hal isu2 sensitif. Tu Ibrahim Ali membuat keadaan lebih keruh.
ReplyDeletelain kali jgn sesuka hati menghina Agong. entah apa hukuman mereka akan terima nnti.
ReplyDeletesatu ja nasihat saya, jangan samakan Malaysia dengan negara2 barat.. kalau mahu bebas melakukan apa sahaja, buat la negara sendiri.
ReplyDeleteHormatlah sikit dengan raja kita.
ReplyDeleteBahaya kalau menghina raja. Jangan sekali membuat demikian.
ReplyDeletePasal Ibrahim Ali pula, Najib patut mengenakan hukuman dibawah ISA kerana melanggar konsep 1 Malaysia dan juga menimbulkan kemarahan.
ReplyDeleteorang Melayu tetapi tidak hormat dengan rajanya sendiri..
ReplyDeletekalau muka ibrahim ali yang diubah suai tiada hal..tetapi kalau YDPA lainlah cerita..
ReplyDeletesebagai seorang melayu, perkara ini tidak sepatutnya dilakukan..
ReplyDeletedurhaka kepada sultan..hukumannya, PANCUNG..
ReplyDeleteibrahim ali, manusia hina yang hanya memalukan orang melayu..
ReplyDeleteKita bukan saja hormati Agung, hormati juga orang lain.
ReplyDeleteKenapa sampai menghina gambar Agung? Kalau tidak puas pun carilah jalan untuk menyalurkan ketidakpuasan itu kepada pihak yang berkenaan.
ReplyDeleteTiada kerja cari kerja betul-betul, terlalu lapang akibatnya buat yang bukan-bukan. Tiada faedah tau.
ReplyDeleteMau lepas geram carilah sumber lain, jangan guna gambar Agung.
ReplyDeleteKalu boleh jangan sebut nama ibraim ali, tak perlu buang masa atas manusia ini.
ReplyDeleteTiada gambar lainkah? Kalau ubah gambar Lady Gaga, mungkin dia tidak peduli.
ReplyDelete