Wednesday, June 15, 2011

Cuti-cuti atau Curi-Curi Wang Malaysia?

Perbelanjaan RM1.8 juta untuk membina dan menyelenggara laman Facebook Kementerian Pelancongan Malaysia cukup membeliakkan - buat mereka yang berlegar dalam dunia internet, sehingga satu laman bertajuk "Curi-Curi Wang Malaysia" ditubuhkan di Facebook sejurus khabar ini didedahkan.

Ahli parlimen Rasah, merangkap Ketua DAPSY Anthony Loke mempersoalkan Menteri Pelancongan Malaysia, Ng Yen Yen - mengapa kontrak RM1.8 juta diberikan kepada Impact Creations Sdn Bhd untuk menyelenggara laman Facebook kementeriannya, sedangkan ia boleh dilakukan secara percuma?


Setelah khabar ini dilaporkan, pelayar internet telah menubuhkan satu laman yang bertajuk "Curi-Curi Wang Malaysia", sebagai sindiran kepada slogan "Cuti-Cuti Malaysia". Pengasas laman tersebut meninggalkan mesej pertamanya pada jam 6.03 petang tadi, dan telah mempunyai kira-kira 150 peminat pada 7.10 petang.


Antara komen yang ditinggalkan pada laman tersebut adalah desakan agar wang tidak dibazirkan dengan cara sebegitu, dan harus dikembalikan kepada rakyat. -MerdekaReview

12 comments:
Write comments
  1. RM1.8 juta untuk Facebook Kementerian Pelancongan? satu pembaziran..

    ReplyDelete
  2. Betul juga kan FB free kenapa kena guna wang plak?

    ReplyDelete
  3. Penjelasan harus diberikan kepada rakyat kerana itu hak rakyat untuk mengetahuinya ....

    ReplyDelete
  4. Does it really cost so much to build a fan page? Hope that the Ministry of Tourism can explain this.

    ReplyDelete
  5. sebaiknya jika penjelasan diberikan berkaitan dengan pekara ini.

    ReplyDelete
  6. perbelanjaan 1.8 juta itu merangkumi designing, flash programming and coding, testing and debugging, uploading and launching the application, system server deployment and campaign management.. semua ini tentunya memerlukan perbelanjaan yang tinggi..

    cuma harapan saya jumlah pelancong masuk ke negara ini akan berlipat kali ganda melebihi jumlah pelancong sebelum adanya FB ini..

    ReplyDelete
  7. mmg tak patut membelanjakan wang sebegitu banyak semata mata untuk sebuah facebook. lebih bak wang itu digunakan untuk pembangunan infrastruktur.

    ReplyDelete
  8. Relevankah sampai RM1.8 juta? Rombak balik.

    ReplyDelete
  9. Penjelasan yang lebih terperinci perlu.

    ReplyDelete
  10. Kita masih tidak pasti benar atau tidak perbelanjaan dengan jumlah demikian.

    ReplyDelete
  11. semoga perbelanjaan jutaan ini akan melipatgandakan keuntungan kepada Malaysia.

    ReplyDelete
  12. Menteri Pelancongan Malaysia, Ng Yen Yen setakat ini telah memainkan peranannya dengan berkesan dan semoga pembinaan dan penyelenggaraan laman Facebook Kementerian Pelancongan Malaysia ini dapat menarik lebih ramai pelancong-pelancong dari luar negara melawat Malaysia.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.