Tuesday, June 21, 2011

Lebih 51 peratus tak bayar pinjaman PTPTN

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hanya menerima bayaran balik pinjaman sebanyak RM2.45 bilion iaitu daripada 48.56 peratus peminjam.

Ahli Lembaga Pengarahnya, Datuk Tajul Urus Md Zain, berkata PTPN sepatutnya menerima bayaran balik pinjaman berjumlah RM5.04 bilion daripada pelajar yang telah tamat belajar.

ptptn one stop centre kl sentral 260307 booths"Setakat ini kita berjaya dapatkan balik bayaran sebanyak RM2.45 bilion iaitu 48.56 peratus sahaja dan sepatutnya kita perlu dapat pulangan berjumlah RM5.04 bilion daripada pelajar-pelajar yang telah tamat belajar," katanya selepas majlis penyampaian komputer Notebook 1Malaysia kepada 1,500 pelajar dalam kawasan Parlimen Merbok di Sungai Petani, hari ini.

Menurutnya, PTPTN mengeluarkan pinjaman berjumlah RM25.3 bilion bagi tempoh 1997 hingga 30 April tahun ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pelajar yang tamat belajar dan bekerja supaya membayar balik bayaran pinjaman mereka kepada PTPTN bagi memudahkan urusan perbadanan untuk memberi pinjaman kepada pelajar lain.

ptptn one stop centre kl sentral 260307 applicantsTajul juga berkata, pihak PTPTN akan melayan sepenuhnya permohonan yang dibuat untuk mendapatkan sambungan pinjaman sekiranya pelajar memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 2.0.

Sebelum ini, beliau dilapor berkata PTPTN tidak akan berkompromi dengan pelajar yang gagal mencatat keputusan memuaskan dan akan menghentikan pinjaman mereka yang mendapat PNGK 2.0 ke bawah secara automatik.

- Bernama

23 comments:
Write comments
  1. PTPTN perlulah memastikan peminjam membayar balik pinjaman mereka bila sudah berkemampuan.

    ReplyDelete
  2. Peminjam juga bertanggungjawab membayar balik pinjaman mereka supaya murid-murid lain juga berpeluang mendapatkan pinjaman untuk melanjutkan pelajaran mereka.

    ReplyDelete
  3. saman dikeluarkan untuk peminjam PTPTN yang tidak membayar balik pinjaman namun masih ramai yang enggan untuk membayar walaupun sudah mendapat pekerjaan.

    ReplyDelete
  4. dulu peminjam ni senang-senang ja guna PTPTN. beli handphone baru, laptop dan kehidupan memang seperti orang berada. bila dah habis pengajian, langsung tak fikir untuk bayar balik PTPTN lagi.

    ReplyDelete
  5. Ada yang berpendapat tidak mampu untuk membayar walaupun sudh bekerja kerana gaji kecil.. Biasalah dunia hari ini barang semua sudah meningkat harganya...jadi satu penyelesaiannya adalah Gaji graduan dinaikkan. Hal ini kerana bukan semua graduan mendapat pekerjaan yang setaraf dengan sijil degree yang mereka ada dan gaji yang diberi juga bukan mengikut taraf pendidikan mereka..... macam mana nak bayar balik pinjaman jika wang yang ada hanya cukup2 untuk belanja hari2an????

    ReplyDelete
  6. peminjam PTPTN perlulah menjelaskan pinjaman mereka. itu adalah tanggungjawab..

    ReplyDelete
  7. Tapi walau apapun alasan itu tanggungjawab untuk membayar balik harus ditunaikan. Biar lambat asalkan langsai semuanya.

    ReplyDelete
  8. Peminjam perlu membayar balik pinjaman PTPTN untuk mengelakkan diri daripada disenarai hitamkan.

    ReplyDelete
  9. Masuk tandas awam pun bayar, inikan pula pinjaman PTPTN. Pandai pinjam, pandai2 lah bayar. Peminjam harus bertanggugjawab untuk melangsaikan pinjaman tersebut.

    ReplyDelete
  10. segala pinjaman harus kita langsaikan. berdosa tak membayar hutang.

    ReplyDelete
  11. Mungkin ada sebab kenapa mereka tidak membayar pinjaman. Mungkin kerana belum berkerja dan gaji hanya mampu untuk sara hidup. Apa pun harap PTPTN sentiasa memberikan peringatan kepada mereka.

    ReplyDelete
  12. Ada orang mengatakan PTPTN adalah along kerajaan. Kerana setiap bulan bunga akan sentiasa bertambah. Perlukah semua ini? PTPTN telah memberikan syarat bahawa 3% kadar faedah akan dikenakan.

    ReplyDelete
  13. cuba PTPTN minta kerajaan kuatkuasakan undang2 yang membolehkan pemegang ijazah atau diploma menerima bayaran yang setimpal dengan tahap pendidikan mereka.. pasti selepas ini lebih ramai peminjam yang mampu membayar pinjaman mereka.

    ReplyDelete
  14. laksanakan dasar gaji minimum...

    ReplyDelete
  15. sekarang semua harga barang naik..sewa rumah pun naik..jadi mana cukup kalau mahu bayar PTPTN lagi..bukan semua bergaji besar..PTPTN pun cekik darah..setiap bulan bunga bertambah..kalau macam ni, sampai mati pun tidak dapat bayar..

    ReplyDelete
  16. zaman aku belajar dulu x dak la menatang PTPTN nie.. kenapa x bantu pelajar ringankan beban.. dlm media massa siap bgtau lagi untung sana, untung sini, pelaburan negara meningkat, pegi luar negara sampai berjuta-juta lemon.. bila dekat pilihanraya bagi peruntukan sampai juta2.. PETRONAS pulak tiap2 tahun untung gila2 bilion2.. bayangkan dah brapa tahun PETRONAS ditubuhkan? x boleh kah dari keuntungan yg bilion2 tu bagi kat PTPTN ringankan beban pelajar... dulu subsidi, biasiswa, sekarang pinjaman.. cuba tengok kos pentadbiran PTPTN ni sangat mengarut.! seolah2 pelajar wat pinjaman peribadi.. sedangkan tugas sesebuah kerajaan adalah memastikan setiap rakyat hidup dalam keadaan selesa..

    ReplyDelete
  17. Kalau pinjam, mestilah bayar balik.

    ReplyDelete
  18. Semakin tinggi mereka terima pendidikan semakin rendah moral mereka. Sungguh menyedihkan.

    ReplyDelete
  19. Kacang lupa kulitnya.
    Terlalu mementingkan diri saja dan tidak menghiraukan kehendak orang lain yang amat memerlukan bantuan pendidikan.

    ReplyDelete
  20. Majikan-majikan termasuk sektor awam boleh meletakan satu syarat tidak mengaji pemohon yang sudah disenarai hitam oleh PTPTN. Yang sedang bekerja wajib dipotong gaji untuk membayar pinjaman PTPTN.

    ReplyDelete
  21. Tidak tahu malukah? Apa guna sekolah tinggi-tinggi tetapi tidak faham erti amanah? Duit yang dipinjam mesti bayar.

    ReplyDelete
  22. Paparkan maklumat penghutang ini dalam surat khabar awam terkasuk gambar mereka.

    ReplyDelete
  23. Mereka harus faham hutang tertunggak mereka mengakibatkan dana itu tidak cukup untuk disalurkan kepada pemohon baru.

    Sangat tidak adil bagi pemohon baru yang layak.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.