Seramai 12 anggota polis termasuk seorang pegawai ditahan dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah di ibu negara, dalam dua serbuan, baru-baru ini.
Anggota polis berpangkat inspektor, pegawai dan konstabel, berusia lingku-ngan 20 hingga 30 tahun itu ditahan selepas pemantauan berdasarkan maklumat diperoleh.
"Mereka boleh dituduh mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabit kesalahan, boleh membawa hukuman mati mandatori dan dikenakan tindakan mengikut Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, dalam serbuan pertama, enam anggota polis dari cawa-ngan Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur itu ditahan minggu lalu.
Menurutnya, biarpun polis tidak menemui dadah, namun siasatan menujukan suspek dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah.
“Ini adalah kes pertama tangkapan narkotik membabitkan anggota polis pada tahun ini.
“Keputusan sama ada mereka akan digantung kerja dijangka diketahui selepas selesai siasatan nanti,” katanya pada sidang akhbar semasa mewakili Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar merasmikan Majlis Ihtifal Peringkat Kebangsaan Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (Gepima) Kali Ke-12 di Masjid Bukit Aman, semalam.
Kelmarin, enam anggota dipercayai bertugas di Balai Polis Petaling dan Balai Polis Sri Petaling ditahan.
Sumber berkata, terdahulu, dua suspek diberkas sebelum polis membuat serbuan di sebuah rumah di Apartmen Mutiara di Jalan Klang Lama, kira-kira jam 3 petang.
Difahamkan, polis menemui sebahagian ketulan mampat dadah dan turut menyita beberapa kenderaan milik suspek.
Noor Rashid berkata, tangkapan pegawai dan anggota terbabit membuktikan polis tidak melindungi sesiapa daripada undang-undang.
Dalam pada itu, menurutnya, beliau berharap masyarakat tidak memandang serong terhadap PDRM kerana penglibatan pegawai dan anggota polis dalam penyalahgunaan kuasa serta kegiatan jenayah adalah kecil berbanding lebih 100,000 keanggotaan dalam pasukan itu. -SH
Monday, June 20, 2011
Polis Ditahan Kerana Edar Dadah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pihak polis pun terlibat dalam pengedaran dadah. Macam mana masalah pengedaran dadah dapat ditangani?
ReplyDeleteWalaupun jumlah penglibatan jenayah penyalahgunaan dalam di kalangan polis kecil, tapi disebabkan sikap tidak bertanggungjawab mereka inilah akan membuatkan masalah ini menjadi besar dan sukar untuk ditangani.
ReplyDeletesepatutnya pihak polis yang menangkap pengedar dadah bukan pihak polis pula yang menjadi pengedar dadah. harap tiada kes sebegini akan berlaku di masa akan datang.
ReplyDeletebagus dengan tindakkan ini. Tidak ada orang berkecuali sekiranya melakukan kesalahan.
ReplyDeleteNobody can escape from law.
ReplyDeleteNobody can escape from law.
ReplyDeletemereka inilah yang mencemarkan nama baik PDRM, mereka sebagai polis harus membenteras pengedaran dada bukan ikut mengedar. namum penangkapan mereka menunjukkan bahawa PDRM amat serius dalam membanteras jenayah.
ReplyDeleteyang penting pegawai2 polis yang melakukan jenayah ini dikenakan tindakan undang2 sama seperti banduan/penjenayah yang lain.
ReplyDeleteGolongan merekalah yang merosakka imej polis dan membuatkan masyarakat memandang serong terhadap PDRM.
ReplyDeletetidak kira siapa pun yang melakukan kesalahan perlulah dihukum.
ReplyDelete