Tuesday, June 28, 2011

KEADILAN Ranau terima 226 anggota baru

RANAU : KEADILAN Ranau terus kukuh dengan penyertaan 201 ahli baru yang terdiri daripada bekas ahli komponen Barisan Nasional Sabah dan penduduk Kampung Nalapak dalam Parlimen Ranau.

Ketua Cabang KEADILAN Ranau, Jonathan Yasin berkata, penyertaan itu membuktikan parti itu terus mendapat sokongan rakyat termasuk di luar bandar.

“Penyertaan 201 anggota baru itu kita terima pada 25 Jun lalu di mana seminggu sebelumnya kita turut menerima 25 anggota baru menyertai Cabang ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, KEADILAN Cabang sama akan mengadakan gotong royong untuk membaiki jalan Ke Kampung Kinaundusan bermula 8 pagi pada 9 Julai ini.

“Kita sudah pun memesan sebanyak 30 baju Bersih untuk dipakai semasa mengadakan gotong royong itu pagi itu.

“Oleh itu, KEADILAN Ranau mengalu-alukan penyertaan aktivis rakyat, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), pimpinan masyarakat setempat untuk menyertai gotong royong ini,” katanya.

Menurutnya, walaupun tidak menyertai Bersih di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini, gotong royong ‘Bersih’ di kampung itu sebagai simbolik sokongan kepada himpunan aman anjuran Gabungan pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) itu.

“Bagi KEADILAN Ranau, gotong royong membaiki jalan rosak di simpang masuk ke jalan Kampung Kinaundusan, Kundasang (selepas Resort Zen Garden) pada 9 Julai ini membuktikan sokongan kami kepada hasrat yang terkandung dalam Himpunan Aman Bersih itu,” katanya.

Keterangan lanjut mengenai program itu boleh menghubungi Anwar Leef Malandi (0198407014), Yasis @ francis Bangkilan (0198007872), Kaibi Laiman (0135578062) dan Mahat Saidin (0148733107).

Short URL: http://www.keadilandaily.com

15 comments:
Write comments
  1. Seperti biasa, ada ahli yang masuk, ada ahli yang keluar.

    ReplyDelete
  2. Bilangan keahlian tidak menentukan jumlah undi. Berpindah parti adalah perkara biasa.

    ReplyDelete
  3. Rakyat harus ada pendirian. jangan asyik keluar masuk parti.

    ReplyDelete
  4. Tunggu dan lihat sejauh mana prestasi PKR ini.

    ReplyDelete
  5. hal ini hnyalah perkara biasa, tapi ia tak menentukan apa2 pun.

    ReplyDelete
  6. mana-mana parti pun akan ada ahli yang keluar dan akan ada pula yang masuk..

    ReplyDelete
  7. Tahniahlah kepada Keadilan jika bagitu. Cuma 226 orang. Berapa jumlah penduduk Ranau?? 70ribu lebih penduduk ranau..mungkin juga 80ribu tahun 2011 ini. Jadi adakah dengan hanya 226orang itu dapat mengugat sokongan penduduk ranau terhadap parti pilihan mereka.

    ReplyDelete
  8. Pekara ini tidak mengembirakan kerana golongan seprti ini tahap kesetian mereka amat rendah dan mungkin melompat ke parti lain sekiranya mereka tidak mendapati keuntungan dari parti yang mereka sertai.

    ReplyDelete
  9. Lompat sini lompat sana. Lompat macam kutu.

    ReplyDelete
  10. Jangan membazirkan sumber, 226 orang bukan 2260 orang. Kalau ada 2260, bolehlah heboh secara besar-besaran.

    ReplyDelete
  11. 226 orang tidak mampu membawa perubahan besar.
    Mereka cuma syok sendiri saja.

    ReplyDelete
  12. PKR menyambut kemasukan ahli dari BN, nanti BN pun menyambut kemasukan ahli dari PR. Sama-sama rebut orang yang sama saja.

    ReplyDelete
  13. Pesta lompat sudah mula. Gendang pilihan raya umum makin dekat didengar.

    ReplyDelete
  14. buat pengumuman sana sini konon ahli baru masuk, tapi bila masuk pilihanraya kalah juga.

    ReplyDelete
  15. kalau ikut skrip pembangkang.. tindakan mereka menyertai parti pembangkang tidak akan membawa apa2 kesan kepada parti, malah parti akan semakin kuat tanpa mereka..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.