Jika sebelum ini pihak lawan sudah mula memalu gendang perang, memberi arahan kepada jentera mereka untuk bersiap sedia dan banyak lagi, adakah pihak jentera Pakatan Rakyat (PR) khususnya PAS masih berada dalam zon selesa, tidak mahu menggerakkan jentera dari akar umbi dengan segera secara serius?? Saya puji ada beberapa PAS negeri yang telah melancarkan jentera PRU 13 mereka baru-baru ini.
Dengan rentetan kenyataan Najib Tun Razak yang sanggup menggunakan apa sahaja ‘senjata’ untuk merampas negeri-negeri yang dimenangi terutama negeri Selangor, adakah kita masih mahu berdiam diri?
Jika tuntutan-tuntutan BERSIH 2.0 dipenuhi, mungkin kita lebih yakin untuk sedikit selesa dengan situasi rakyat yang mahukan perubahan. Jika tidak, jangan harap untuk kita berlengah, kecuali suasana getir akan berlaku oleh perancangan licik pihak musuh.
Tambahan dengan pendedahan beberapa kawasan di Selangor terdapat penambahan pengundi berdaftar secara mendadak di beberapa kawasan yang dimenangi PAS dalam PRU 12 yang lepas, adakah tiada lagi semboyan perang yang bersungguh dan serius dari PAS Pusat kepada seluruh jentera PAS peringkat kawasan dan cawangan?
Dari Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak yang lalu, sewajarnya PAS Pusat terutama Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat yang baru, yang saya kira memberikan kita harapan lebih segar, mengambil iktibar dari PRN Sarawak bahawa pilihanraya ini bukanlah sesuatu yang boleh dibuat kerja berfokus hanya setelah Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) itu dibubarkan.
Lihat sahaja di Sarawak, PAS hampir-hampir sahaja mencipta sejarah dengan memenangi DUN yang pertama di Sarawak, tetapi ternyata jika gerak kerja pilihanraya hanya betul-betul serius bermula setelah tarikh pembubaran dibuat, hasilnya belum cukup menyeluruh dan membekas.
Gelombang rakyat yang mahukan perubahan tidak cukup jika jentera pilihanraya PAS hanya bersikap tunggu dan lihat sahaja. Kita seharusnya mengambil iktibar dari PRU yang lalu, bagaimana Terengganu yang PAS berjaya menawannya tahun 1999, namun tidak dapat dikekalkan dalam PRU 11 dan tidak berjaya untuk merampasnya juga dalam PRU 12 yang lepas.
Kita tidak mahu perkara seperti itu berulang di Kedah dan Selangor yang telah kita tawan dalam PRU yang lepas. Banyak juga kerusi PAS di dua buah negeri tersebut. Kita tahu SPR dan JPN pula bukanlah dari pasukan yang akan menyebelahi kita, jadi mahukah kita sekadar berpeluk tubuh dari sekarang?
Contohilah DAP yang mana jentera mereka bergerak dengan tersusun malah menggandakan jumlah kerusi dimenangi mereka dalam PRN Sarawak yang lalu. PAS yang yakin mampu menawan sekurang-kurangnya 2 atau 3 kerusi di Sarawak, namun ianya hanya tinggal harapan. Kesemuanya tewas. Di Dun Beting Maro sahaja PAS tewas dengan majoriti tipis.
Kita tidak mahu jawapan yang sama keluar dari mulut pimpinan setelah PAS kalah, seperti mana BN yang sudah menyediakan alasan-alasan yang sudah dihafal rakyat bawahan apabila mereka menang atau kalah. Begitu juga skrip yang serupa, ketika pimpinan BN memberi jawapan yang sudah dihafal oleh rakyat bila harga minyak atau barang naik.
PAS juga tidak boleh meniru cara BN. Memberi alasan serupa setiap kali tewas. Kenapa tiada usaha berkesan untuk menangani media yang hanya dikuasai BN? Tiadakah media alternatif? Kenapa isu pengundi hantu tidak diperjuangkan PAS dari sekarang?? Soal SPR telus dan penggunaan dakwat semasa pilihanraya untuk mengelakkan orang mengundi dua kali? Undi pos sudahkah PAS perjuangkan habis-habisan sebelum ini sejak PRU 2008, setelah 3 tahun berlalu?
PAS jika tidak mampu menang, PAS tidak akan mampu berbuat apa-apa untuk melakukan perubahan dalam negara. Jika kalah namun masih berbangga dengan alasan tewas dengan majoriti yang semakin mengecil, adakah itu sudah cukup memuaskan hati ahli dan rakyat yang mengundi PAS?
Alasan pengundi hantu misalnya, kenapa dari sekarang tidak menggempur habis-habisan setelah terdapat pendedahan di beberapa kawasan melayu yang ditandingi PAS di Selangor dan Perak? Di Kelantan dan Kedah juga, hati-hati dengan warga ‘import’ sama ada dari Siam atau Kemboja, untuk dieksploitasi pihak musuh kita. Pendedahan YB Siti Zailah, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat merangkap ahli parlimen Rantau Panjang mengenai penyusupan masuk warga Kemboja ke Malaysia akhir-akhir ini juga amat merisaukan kita.
Kita khuatir, setelah BN telah pun selesai berkomplot dengan SPR dan JPN di seluruh kawasan sasaran mereka, barulah PAS mahu membuat bantahan tanpa bukti yang kukuh? Malah barulah mahu memperjuangkannya di mahkamah milik mereka? Menangkah kita di mahkamah mereka? Di Perak sebelum ini juga pernah dilaporkan ada penambahan pengundi berdaftar secara mendadak, namun apakah tindakan kita?
Bagi kami ahli yang tidak mempunyai ‘kuasa’ sebagai mana pimpinan yang berada di atas, kami insyaAllah akan berusaha membantu dari akar umbi dan bersikap wala’ kepada arahan pimpinan, cuma kami juga berharap pimpinan dapat mendengar cadangan dan permasalahan di peringkat bawahan jikalau ada.
Kita mahukan perubahan dan penambahbaikan itu dapat dilakukan sesegera yang mampu, untuk PAS terus mempertahankan kawasan-kawasan yang telah dimenangi dan menawan lagi kerusi tambahan untuk memastikan suara PAS lebih didengari selepas PRU 13 ini.
Kita tidak mahu PAS tewas seperti PRU 11 di mana PAS tewas banyak kerusi dan kehilangan negeri Terengganu yang dimenangi PAS sebelumnya. Jika masih bersikap sama, PAS boleh melupakan hasrat untuk menegakkan Islam di Malaysia ini.
Saya positif dengan perkembangan dalam PAS dan meletakkan keyakinan bahawa YB Dr. Hatta dapat mengemudi jentera PRU PAS dengan baik. Harapan kita, lantiklah ahli-ahli yang segar untuk berada dalam pasukan jabatan pilihanraya PAS Pusat, yang bukannya hanya memilih ahli-ahli negeri dari pantai timur semata-mata sebagai contoh, kerana situasi dan suasana pilihanraya di setiap negeri adalah agak berbeza.
Kemudian wakil-wakil pasukan jabatan pilihanraya PAS negeri dari setiap negeri juga perlu menyertai pasukan jabatan pilihanraya PAS Pusat untuk memantapkan strategi dan pendekatan yang bersesuaian untuk digunapakai oleh PAS di setiap negeri. Malah jentera negeri juga perlu dilengkapkan dengan jentera pasukan IT untuk menangkis serangan-serangan perang saraf dalam media alternatif di peringkat negeri masing-masing.
Akhir kata, cadangan dan teguran ini bukanlah untuk memburuk-burukkan sesiapa cuma ianya ikhlas dari ahli-ahli bawahan dan rakyat yang mahukan jentera pilihanraya PAS Pusat lebih terkehadapan berbanding pihak lawan. Jika kita masih terlena di saat musuh sudah bersiap sedia dengan jentera dan peluru-pelurunya, maka tunggulah saat kekalahan kita yang nyata!!
http://faris-zaini.blogspot.com
Thursday, June 16, 2011
Aktifkan Segera Jentera Pilihanraya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Harap semua bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya. Selamat bertanding.
ReplyDeleteRakyat fikirlah baik-baik sebelum PRU-13 menjelang. Buatlah keputusan yang terbaik.
ReplyDeletekalau mahu buat serangan pun jangan la guna fitnah.. sebab itulah PAS sentiasa kalah setiap kali pilihanraya kecil hingga ke pilihanraya negeri. rakyat di kelantan dan kedah diabaikan sebab pemimpin2 PAS sibuk kehulu kehilir mencari bahan2 yang boleh dipolitikkan, sibuk menganjurkan demo jalanan, akhirnya rakyat terus terabai. bila rakyat tidak sokong PAS dikatanya pula SPR tidak adil.....
ReplyDeleteTidak salah berangan-angan tapi jangan sampai tidak berpijak di bumi yang nyata.
ReplyDeletePAS sendiri tidak akan mampu menjadi kerajaan M'sia.
ReplyDeletekini semua parti sibuk untuk menyiapkan jentera pilihanraya..
ReplyDeletebertindaklah sekarang dan aktifkan segera jentera pilihan raya.
ReplyDeletepersiapan untuk piliharaya telah ada. hnya menunggu ia dilancarkan.
ReplyDeletePRU 13 akan tiba tidak lama lagi. Setiap parti mula aktif. PAS seperti parti yakin menang saja. Kita tunggu PRU 13 ini. Adakah PAS kekal atau tidak.
ReplyDeleteKita tunggulah kedatangan PRU-13.
ReplyDelete