Wednesday, June 22, 2011

PRU 13 Guna Sistem Biometrik?

TIMBALAN Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Datuk Wilfred Bumburing pada Selasa mengalu-alukan rancangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggunakan sistem biometrik pada pilihan raya umum akan datang.

"Sistem itu baik dan patut digunakan," katanya kepada Bernama di sini.

Bagaimanapun, Bumburing berkata SPR perlu terlebih dahulu membersihkan senarai pemilih daripada mereka yang disyaki sebagai pengundi hantu, terutama di Sabah.

"Ini kerana penggunaan sistem biometrik tidak boleh menjamin keadilan dalam pengundian sebab seseorang pendatang asing tanpa izin mungkin memegang lebih daripada satu MyKad dengan nama yang sama, tapi nombor yang berbeza, yang akan membolehkannya mengundi jika namanya ada dalam senarai pemilih," kata beliau.

Bumburing berkata demikian untuk mengulas kenyataan pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Putrajaya semalam bahawa suruhanjaya itu merancang menggunakan sistem biometrik untuk membolehkan urusan pengesahan pengundi pada pilihan raya umum akan datang dilaksanakan secara elektronik.

Abdul Aziz dipetik sebagai berkata bahawa SPR akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri dalam penggunaan sistem berkenaan, yang kini digunakan dalam urusan pengesahan pengenalan diri warga asing.

Jabatan Imigresen juga menggunakan sistem itu di semua pusat pemeriksaan keluar masuk ke negara ini untuk mencegah jenayah antarabangsa dan kebanjiran pendatang asing tanpa izin ke Malaysia.

Bumburing berkata sekiranya sistem itu diperkenalkan, ia mestilah merupakan suatu sistem bersepadu yang boleh menjamin terlaksananya prinsip "setiap orang hanya satu undi".

"Semua orang tahu Sabah bergelut dengan masalah pendatang asing tanpa izin sejak sekian lama. Sebab itulah, kita perlu berhati-hati sebelum memperkenalkan sistem biometrik ini," katanya. (BERNAMA)

17 comments:
Write comments
  1. SPR perlu memastikan bahawa sistem biometrik ini tidak akan dimanipulasi untuk memastikan keadilan dalam undian.

    ReplyDelete
  2. Bersihkan dahulu senarai pengundi hantu.

    ReplyDelete
  3. jika sistem ini baik, maka ia wajar untuk digunapakai.

    ReplyDelete
  4. harap PRU-13 bebas daripada pengundi hantu yang terdiri daripada PATI.

    ReplyDelete
  5. Penggunaan sistem biometrik mungkin satu permulaan yang baik untuk mengurangkan masalah pengundi hantu. Sistem ini harus diperbaiki dan ditingkatkan dari masa ke masa.

    ReplyDelete
  6. Sistem biometrik sangat2 bagus digunakan untuk mengundi. Ini mungkin dapat membantu meningkatkan kualiti pilihanraya.

    ReplyDelete
  7. sistem ini baik kerana dgn sistem ini ita dpt kenal asti identiti sebenar mereka yang mengundi seterusnya dpt mengelakkan berlakunya undi hantu.

    ReplyDelete
  8. baik pemimpin2 dipihak pembangkang mengemukakan pandangan.. jangan nanti PRU13 berlangsung baru bising konon sistem ini tidak patut digunakan..

    ReplyDelete
  9. Memang pengunaan sistem biometrik ini satu cara yang bagus untuk SPR lakukan dalam PRU13 akan datang.

    ReplyDelete
  10. Sia rasa sistem biometrik ini la yg dapat menghapuskan gejala pengundi hantu, kerana pemegang MyKad yg sebenar saja akan dapat mengundi, disebabkan cap ibujarinya adalah sama seperti yg direkodkan dalam mykad...

    kalau ada orang cuba mengundi dgn guna MyKad orang lain atau palsu, dia tidak akan berjaya kerana cap ibu jarinya tidak sama seperti yg terdapat dalam cip MyKad itu....

    ReplyDelete
  11. Segala usaha cuma tersia-sia sekiranya senarai pemilih tidak dibersih dan dikemaskinikan.

    ReplyDelete
  12. Undi hantu memang ajaib. Dari mana tiada orang tahu. Wujud ke tidak, tiada orang dapat memastikan.
    Undi hantu.

    ReplyDelete
  13. Cadangan memang bagus sekali.
    Perlaksanaan pula teruk sekali.
    Apabila pilihan raya nanti, sama-sama kita jaga supaya hantu tidak mengundi.

    ReplyDelete
  14. Memang benar kenyataan Datuk Wilfred.
    Saya sokong.

    ReplyDelete
  15. Kita puji dan mengalu-alukan segala usaha SPR untuk memperbaiki sistem pengundian Malaysia.
    Semoga berjaya.

    ReplyDelete
  16. Pilihan raya yang adil dan bersih merupakan hak kita dan mesti dilindungi oleh pihak berkenaan.
    Jangan abaikan tugas yang diamalkan.

    ReplyDelete
  17. Yang penting cara ini adalah adil.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.