Wednesday, June 22, 2011

Mahasiswa sokong BERSIH 2.0

Dalam kehangatan massa memperbincangkan mengenai Himpunan Aman BERSIH 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini, Mahasiswa konsisten untuk terus memberi perhatian kepada perkara asas perjuangan iaitu membela rakyat Gebeng yang sedang diancam risiko keselamatan. Mahasiswa tegaskan bahawa mahasiswa menyokong sepenuhnya Himpunan Aman BERSIH 2.0 dan akan mengerahkan sepenuhkan kekuatan untuk bersama dengan rakyat pada perhimpunan tersebut.


Namun bagi mahasiswa, BERSIH 2.0 bukan kemuncak kepada perjuangan mahasiswa dalam membina negara Malaysia yang lebih baik. Hal ini kerana masih banyak prioriti yang lebih penting untuk mahasiswa perhalusi seperti isu rakyat Gebeng yang sedang berhadapan dengan ancaman bahaya radiasi apabila syarikat Lynas terus berkeras untuk meneruskan rancangan pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi di kawasan tersebut.


Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) tegaskan bahawa mahasiswa menyokong sepenuhnya pendirian rakyat Gebeng yang menolak pembinaan kilang tersebut dikawasan mereka. Oleh itu SMM dengan kerjasama 11 kumpulan mahasiswa akan mengadakan Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat Gebeng pada 24 sehingga 25 Jun ini. Jelajah ini antara lain memberi fokus untuk membangkitkan kefahaman dan kesedaran dalam kalangan rakyat Gebeng khususnya generasi muda mengenai hak mereka yang perlu dipertahankan.


Mahasiswa merasa sangat terkesan apabila mendengar sendiri rintihan anak muda dan warga Gebeng semasa lawatan pertama ke Gebeng pada 11 Jun yang lalu. Apabila kami bertanya kepada generasi muda yang berumur sekitar 15 hingga 16 tahun, mereka menjelaskan bahawa tanpa Lynas mereka sudah hidup dalam keadaan yang cukup tidak selesa apabila rumah sentiasa berdebu dan udara sering berbau. Mereka juga merasakan dengan adanya Lynas semestinya akan meningkatkan ancaman bahaya terhadap kehidupan mereka.


Bagi warga tua yang sudah mendiami di sekitar kawasan Lynas selama puluhan tahun pula berkata, mereka tidak ada pilihan lain selain berpindah bagi menjamin masa depan mereka dan generasi mereka. Mereka tidak sanggup berhadapan dengan ancaman radiasi yang boleh menimpa mereka seperti mana yang telah menimpa warga Bukit Merah suatu ketika dahulu.


Dalam aktiviti tiga hari dua malam tersebut, mahasiswa akan menjelajah dari pintu ke pintu dengan bahan edaran untuk masyarakat setempat. Bahan edaran tersebut mengandungi fakta radiasi yang pernah berlaku di Bukit Merah dan juga lampiran cerita peristiwa Chernobil yang pernah menggemparkan seluruh dunia. Selain itu, mahasiswa juga akan mengadakan malam santai anak muda untuk membolehkan mahasiswa berada lebih dekat dengan generasi muda Gebeng. Antara aktiviti yang akan diadakan adalah seperti tayangan video Chernobil, Bukit Merah dan juga perkongsian ilmiah antara mahasiswa dan anak muda Gebeng.


Ini merupakan langkah awal mahasiswa untuk membuktikan betapa mahasiswa memandang berat terhadap tekanan yang sedang dihadapi oleh rakyat di Gebeng. Mahasiswa tidak menolak untuk mengadakan aksi seterusnya jika keadaan mendesak untuk mahasiswa terus menekan pihak yang bertanggungjawab daripada terus menganiaya rakyat. Dalam masa terdekat juga mahasiswa akan menyerahkan memorandum kepada pihak Kedutaan Asia bagi memohon sokongan mereka terhadap perjuangan rakyat Malaysia yang menolak pembinaan kilang Lynas.


Mahasiswa meyakini bahawa negara serantau juga berhak merisaui kekalutan semasa ini yang boleh mendatang kesan yang boleh memudaratkan banyak pihak termasuk negara-negara jiran kepada Malaysia. Sesungguhnya mahasiswa berasa sangat hairan mengapa Kerajaan Malaysia menerima projek yang berisiko tinggi seperti Lynas sedangkan negara Australia sendiri tidak menerima cadangan pembinaan kilang tersebut di negara mereka. Mahasiswa bertekad untuk berjuang bersama rakyat Gebeng sehingga masyarakat di sana benar-benar bebas daripada ancaman radiasi.


*Kenyataan media oleh Ahmad Syukri Ab Razab (gambar kiri) selaku Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)


Disokong penuh oleh:


Nama: Ahmad Afif Bin Ahmad Mohtari Yasim
Jawatan: Exco Pendidikan dan Penyelidikan
Nama Pertubuhan: Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)


Nama: Khairul Fadhli Ismail
Jawatan: Presiden
Nama Pertubuhan: Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA)


Nama: Wong Sweenee
Jawatan: Setiausaha Pengurusan
Nama Pertubuhan: Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA)


Nama: Mohd Syahid Zaini
Jawatan: Presiden
Nama Pertubuhan: Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN)


Nama: Mohd Nazreen bin Jaafar
Jawatan: Setiausaha
Nama Pertubuhan: Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI)


Nama: Masturah Binti Abu Bakar
Jawatan: Koordinator
Nama Pertubuhan: Sister’s In Movement (SIM)


Nama: Muhammad Shahimi Ariffin
Jawatan: Koordinator
Nama Pertubuhan: Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI)


Nama: Mohd Taufiq Abdul
Jawatan: Pengerusi
Nama Pertubuhan: Pro-Mahasiswa Nasional (Pro-MN)


Nama: Ahmad Syazwan Hassan
Jawatan: Presiden
Nama Pertubuhan: Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS)


-Merdekariview

16 comments:
Write comments
  1. Nampaknya kebanyakan rakyat turut bersetuju dan menyokong perjuangan Bersih.

    ReplyDelete
  2. saya yakin, setiap orang ada pendapat masing-masing. apa pun, lebih baik jika kita mengelakkan diri daripada melakukan pekara yang boleh menimbulkan masalah.

    ReplyDelete
  3. harap perjuangan mereka berhasil. biarlah demonstrasi Bersih ni dapat dijalankan dengan aman.

    ReplyDelete
  4. "hairan mengapa Kerajaan Malaysia menerima projek yang berisiko tinggi seperti Lynas sedangkan negara Australia sendiri tidak menerima cadangan pembinaan kilang tersebut di negara mereka"

    Mengapa ya? Takkan demi mengaut keuntungan semata-mata tanpa memikirkan kesannya?

    ReplyDelete
  5. Generasi muda masa kini berani menyuarakan pendapat mereka. Ini adalah satu perkembangan yang baik dan harap ianya disalurkan melaui kaedah yang betul.

    ReplyDelete
  6. Keselamatan perlu diutamakan. Harap2 perhimpunan tersebut tidak menimbulkan keganasan & kecederaan. Usaha mahasiswa patut dipuji dan diteruskan.

    ReplyDelete
  7. saya tidak menyokong penganjuran perhimpunan Bersih, tetapi saya menyokong sepenuhnya penganjuran perhimpunan untuk membela rakyat Gebeng.. rakyat Gebeng lebih memerlukan perhatian dari rakyat Malaysia dan juga rakyat luar negara berbanding dengan pemimpin2 Pakatan..

    ReplyDelete
  8. dalam perhimpunan bersih ni ada yang setuju dan ada yang membantah. tapi rasanya lebih baik jgn kita timbulkan kekecohan.

    ReplyDelete
  9. Nampaknya semakin hangat perhimpunan BERSIH ini.

    ReplyDelete
  10. Kematangan mahasiswa patut dipuji dan tindakan mereka harus diberi galakan.
    Keperihatinan mereka terhadap isu semasa yang berkait langsung dengan masa depan mereka tidak boleh dilepas atas tanggungjawab mereka sebagai aset masa depan negara yang penting.

    ReplyDelete
  11. Apa yang kita ambil hati, begitu juga mahasiswa. Mereka generasi muda yang bakal mewarisi negara ini. Apa yang sampai ditangan mereka terpulang kepada bagamana kita mengurus negara ini.

    ReplyDelete
  12. Projek Lynes patut dihentikan. Sesiapa yang tegas menyokong pembinaan kilang ini, baik kamu minta supaya ia dibina disebelah rumah kamu.
    Kalau boleh disebelah rumah MB Pahang dan Ahli Exco Pahang.

    ReplyDelete
  13. Syukur kita ada mahasiswa yang perihatin dengan keadan semasa negara yang kini ditimpa berbagai tekanan.

    ReplyDelete
  14. Jangan halang mereka dari berhimpun engan aman, jika kerajaan menghalang dengan apa jua alasan, kerajaan akan dikatakan tidak menyokong pilihan raya yang bersih dan adil.

    ReplyDelete
  15. Siapa mahu sebuah kilang yang memudaratkan kesihatang dibina berhampiran kampung halaman?

    ReplyDelete
  16. Perjuangan Bersih ini adalah bagus, tidak salah menyokong mereka.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.