Wednesday, June 22, 2011

Penguin Tersesat Sehingga 3,000 Kilometer

Seekor penguin jenis Emperor tersesat tiba-tiba saja muncul di pantai New Zealand. Sepatutnya penguin tersebut ketika ini berada di Antartika dimana habitat aslinya berada.

Menurut pendapat seorang ahli binatang liar, penguin tersebut dikatakan telah berenang keluar dari jalurnya dan tiba di New Zealand yang jaraknya tiga ribu kilometer dari Antartika. Ada puluhan koloni penguin di Antartika, tetapi baru kali ini di dalam tempoh 44 tahun seekor penguin Emperor tiba di New Zealand.

Penguin jantan tersebut tiba di Pantai Kapiti, sekira 40 kilometer dari Wellington pada petang Isnin waktu tempatan. Menurut Jabatan Konservasi New Zealand (DOC) Peter Simpson, penguin Emperor kelihatan di New Zealand pertama kali tercatat pada tahun 1967 dulu.

Simpson pada awalnya tidak mempercayai laporan tersebut, namun pada saat dirinya melihat sendiri dengan mata kepalanya Simpson langsung terkejut.

"Saya kira itu hanyalah seekor singa laut, pada ketika kami memeriksanya memang benar ia seekor penguin Emperor," ucap Simpson seperti disiar AFP, Rabu (22/6/2011).

Haiwan yang memiliki warna hitam dan kuning keemasan ini dalam keadaan sihat dan biasanya boleh beradaptasi dengan keadaan cuaca New Zealand yang lebih panas. -GB

9 comments:
Write comments
  1. Penguin itu sedang melancong di Pantai New zealand.

    ReplyDelete
  2. Semoga penguin itu dijaga dengan baik.

    ReplyDelete
  3. sekarang ni macam-macam pekara pelik yang berlaku.

    ReplyDelete
  4. kesian pula penguin ni tersesat jauh..

    ReplyDelete
  5. penguin tu nak pergi mengembara bah tu.. nak mengelilingi dunia.

    ReplyDelete
  6. Kesian penguin ini sampai sesat berenang.

    ReplyDelete
  7. Penguin itu mau makan epal & minum susu lembu hahaha

    ReplyDelete
  8. Tidak tahu macam mana dia boleh tersesat sampai 3000 kilometer.

    ReplyDelete
  9. kesiannya penguin ini sesat pula...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.