Tuesday, June 28, 2011

Sabah Miskin Vs PATI Miskin?

TINDAKAN Bank Dunia secara khilaf memberikan ‘rating’ paling rendah selepas melawat Pitas dan Tongod dengan ‘tagging’ negeri paling miskin di Malaysia memaksa saya berfikir di luar kotak fikiran untuk melihat konsekwensi ekonomi dan maruah Sabah yang tergadai di era BN berada di kemuncak kuasa.

Sebagai Mantan Penolong Juruaudit di Jabatan Audit Negara Malaysia selama 13 tahun, saya agak terkejut dengan statistik kemiskinan di Sabah iaitu 24 % daripada jumlah penduduk Sabah seramai 3,271,921 iaitu lebih kurang 785,261 orang.

Mengikut Banci 2010, daripada Jumlah 3,271,921 penduduk Sabah, hanya 2,435,295 sahaja ‘Warganegara’ manakala 836,626 lagi bukan Warganegara. Daripada Jumlah Warganegara tersebut, 1,975,699 ialah bumiputera berdasarkan komposisi 375,935 Melayu dan 1,600,764 bumiputera lain.

Kehadiran ‘Melayu’ dan ‘Bumiputera Lain’ di Sabah menimbulkan tandatanya kerana dalam sejarah Sabah tidak ada ‘Melayu’ melainkan ‘Orang Malaya’ dan kini semua Warga Asing India dan Pakistan yang mendapat MyKad Malaysia dikategorikan sebagai ‘Melayu’.

Kewujudan golongan minoriti 303,426 Cina dan 12,004 India di Sabah tidak langsung memberikan sebarang kesan kepada Kadar Kemiskinan berbanding sebahagian daripada 1,600,764 ‘Bumiputera Lain’; sekalipun tidak dinafikan memberi kesan timbang tara kepada lanskap politik Sabah.

Angka kemiskinan ini mungkin munasabah jika kita lihat rekod bertulis Kerajaan Negeri Sabah iaitu berdasarkan Kajian Separuh Penggal RMK9, yang mencatatkan Kadar Kemiskinan di negeri Sabah sebenarnya telah berjaya diturunkan 7% dari angka 23% (2004) kepada 16% (2007).

Manakala angka Miskin Tegar pula telah dapat dikurangkan dari 6.5% (2004) kepada 3.7% (2007). Dalam tahun 2007, jumlah Miskin Tegar di Sabah adalah seramai 21,514 termasuk 13,802 Miskin Tegar Produktif dan 7,712 Miskin Tegar Tidak-Produktif.



Bilangan Miskin Tegar ini berkurang kepada 16,403 pada tahun 2009 hasil pelbagai Program Pembasmian Kemiskinan yang dijalankan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Daripada jumlah tersebut 12,580 adalah Miskin Tegar Produktif manakala 3,823 adalah Miskin Tegar Tidak-Produktif.

Berdasarkan Senarai E-Kasih terkini, jumlah Miskin Tegar di Sabah adalah 15,293 termasuk lebih 2,000 Miskin Tegar Tidak-Produktif. Sasaran kerajaan untuk memastikan Sifar Miskin Tegar menjelang Disember 2010 telah tersasar jauh kerana kesemua 15,293 Miskin Tegar ini gagal dilibatkan dengan salah-satu Program Pembasmian Kemiskinan sehingga pendapatan bulanan mereka kurang daripada PGK Miskin Tegar RM540.

Tidak tahu di mana silapnya kerana dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) Kerajaan Persekutuan telah memperuntukan RM15.7 bilion kepada Sabah dan Kerajaan Negeri menambah RM2.8 bilion menjadikan jumlah peruntukan pembangunan di Sabah sejumlah RM18.5 bilion; namun gagal mencapai target kerajaan Negeri Sabah untuk memastikan Miskin Sifar pada Disember 2010.

Ketirisan mungkin menjadi punca utama kerana kebanyakan peruntukan persekutuan tidak mencapai sasaran dan hilang di ‘Pasir Jerlus’ ekonomi iaitu projek ‘sakit dan superficial’ kerana dibuat tanpa restu kerajaan Negeri Sabah melalui agensi Persekutuan dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Sebagai rakyat Sabah yang menghirup udara merdeka sejak zaman USNO, Berjaya, PBS dan UMNO, mungkin agak sukar bagi saya menerima fakta daripada Bank Dunia kerana mereka tidak tahu ‘Weltanschauung’ di Sabah, terutama kehadiran lebih 1.3 juta warga asing.

Daripada jumlah keseluruhan 1,600,764 ‘Bumiputera Lain’ dan 375,935 Melayu tersebut, 322,903 telah memiliki MyKad melalui Projek Songsang X-Files Kerajaan Persekutuan dan 400,000 anak mereka yang sudah boleh didaftarkan sebagai pemilih dianggap sebagai ‘Fixed Deposit’.

Manakala sebahagian daripada 836,626 warga asing ini dikategorikan sebagai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang sebenarnya menjadi ‘Sampah’ dalam Sistem Ekonomi Sabah kerana akan dianggap sebagai ‘Perkapita’ Malaysia.

722,903 pemegang MyKad Malaysia secara songsang dan 836,626 warga asing inilah yang menyebabkan ketirisan kepada Ekonomi Sabah sehingga dikategorikan sebagai Termiskin di Malaysia sedangkan hakikatnya Sabah adalah negeri yang mempunyai Perkapita tertinggi di Malaysia jika ditolak ‘manusia’ yang dikategorikan sebagai sampah sarap oleh rakyat tulen Sabah ini.

Seorang penoreh getah mampu memperolehi pendapatan RM5,000 sebulan, begitu juga dengan pekebun kecil yang memperolehi RM20,000 sebulan daripada ladang sawitnya. Bagaimana Bank Dunia boleh membuat kesimpulan rakyat Sabah termiskin? Mungkin ada juga yang termiskin, tetapi atas pilihannya sendiri kerana malas atau tidak mahu bekerja.

Akibatnya, ramai pihak termasuk pemimpin Pembangkang di Sabah dan BN Semenanjung menyerang Kerajaan Negeri Sabah tanpa mengambil kira ‘Ibu Kepada Segala Masalah’ iaitu PATI yang menjadi punca Bank Negara memberi Anugerah Negeri Termiskin di Malaysia.

Program Pengampunan PATI yang bakal dilancarkan Kerajaan Persekutuan pada 11 Julai 2011 untuk melegalisasikan lebih 2 juta PATI di Malaysia, sebahagian besarnya di Sabah ternyata mengesahkan dakwaan saya selama ini melalui buku IC PALSU Merampas Hak Anak Sabah, Pengundi Untuk Disewa, IC PROJEK Agenda Tersembunyi Mahathir dan 007-Lelaki Malaysia Terakhir.

Mengikut Statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, KDNK (GDP) Per Kapita Sabah telah meningkat hampir 100 peratus iaitu RM10,687 pada 31 Disember 2005 kepada RM17,239 pada 31 Disember 2008, namun jumlah KDNK tersebut meningkat 700 kali ganda jika mengeluarkan 1,559,529 PATI termasuk yang mendapat MyKad.

Curiganya rakyat tulen Sabah terhadap Warganegara Segera yang mendapat MyKad melalui pintu belakang menyebabkan saya agak terkesima kerana ramai rakyat Sabah tidak tahu dan bertanya saya, sama ada Shafie itu PATI atau rakyat tulen Sabah!

Oleh itu saya tidak menganggap isu yang ditimbulkan CLC SAPP bagi Api-Api, Clement Lee melalui artikel ‘Sabah Bonds Vs James Bond?’ sebagai isu penting, terutama berhubung Bon RM544 yang diterbitkan Kerajaan Negeri Sabah pada 2009 kerana dengan izin Kerajaan Persekutuan.

Mengikut Artikel 111 (2) Perlembagaan Persekutuan, Kerajaan Negeri tidak boleh meminjam wang di bawah Undang-Undang Kerajaan Negeri melainkan dengan izin Kerajaan Persekutuan bagi tempoh tidak melebihi lima tahun; iaitu daripada bank atau institusi kewangan yang diiktiraf Kerajaan Persekutuan. Bagaimanapun sekatan tersebut tidak termasuk Sabah dan Sarawak jika pinjaman tersebut diluluskan oleh Bank Negara (Article 112B).

Walaupun ramai ahli politik Sabah mempertikaikan keputusan Kerajaan Negeri Sabah menerbitkan Bon kali kedua setelah berjaya dengan Bon bernilai RM500 juta pada 2006, dengan alasan jika kedudukan ekonomi Kerajaan Negeri Sabah kukuh sehingga mempunyai Surplus, kenapa harus menerbitkan Bon RM544 juta?

Rakyat biasa dan pemimpin politik di Sabah mungkin tidak faham bahasa ekonomi atau istilah kewangan, namun penerbitan bon kali kedua pada 2009 bukanlah ganjil atau menyalahi akauntabiliti Kerajaan Negeri Sabah.



Penerbitan ‘Bon’ boleh meluaskan radar pelaburan di Sabah agar pelabur tahu kedudukan dan kewibawaan Sabah dalam sektor ekonomi.

Hanya kerajaan yang mempunyai kedudukan ekonomi yang stabil tidak meminjam wang, sebaliknya menerbitkan ‘Bon’ sebagai ‘Benchmark’ atau ‘Kayu Ukur’ kedudukan ekonomi dan bukannya untuk berbelanja lebih atau berlagak; sama seperti seorang pemilik rumah meminta jurunilai membuat penilaian semasa rumahnya; bukan berniat untuk menjual rumah tersebut, sebaliknya untuk mengetahui nilai semasa hartanah berkenaan dan menguji harga pasaran.

Oleh itu keputusan Kerajaan Negeri Sabah menerbitkan Bon sejumlah RM544 juta melalui Sabah Development Bank (SDB) ketika mempunyai lebihan tunai, membuktikan Kerajaan Negeri Sabah berani mendedahkan kepada umum kedudukan ekonomi semasa Sabah yang kukuh dan tidak ada yang perlu disembunyikan.

Memandangkan RAM merupakan Agensi Rating yang terkenal di seluruh dunia dan laporan yang dikeluarkan RAM diperakui Bank Dunia dan Bank Perdagangan, maka penerbitan Bon sejumlah RM544 juta telah meletakkan Sabah sebagai ‘Halatuju Baru Ekonomi Dunia’ melalui Rating Tertinggi iaitu AAA.

Rating AAA adalah yang pertama kali pernah dicatat oleh sebuah Kerajaan Negeri di Malaysia dan mengatasi Rating Kerajaan Malaysia hanya A ketika menerbitkan Bon RM1 Bilion tahun lalu.

Peningkatan mendadak Rating Bon 2006 daripada AA kepada AAA bagi Bon 2009 Kerajaan Negeri Sabah menunjukkan Bank Dunia membuat kesilapan besar, apatah lagi jika Kerajaan Negeri Sabah menerbitkan Bon RM3 bilion atau RM5 bilion, sudah pasti akan melebihi langganan.

Kebolehpercayaan pelabur kepada Kerajaan Negeri Sabah menyebabkan Bon RM544 juta habis dilanggan dalam masa yang singkat, menunjukkan latarbelakang Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman sebagai ‘Banker’ yang konservatif banyak mempengaruhi sentiment pelabur.

Musa yang bersifat konservatif iaitu tidak suka meminjam wang, sebaliknya suka meminjamkan wang, boleh menerbitkan USD10 Bilion berdasarkan surplus dalam GLC Kerajaan Negeri Sabah, namun mampukah GLC Persekutuan seperti FELDA, PETRONAS, TNB mengikut jejak Sabah?

Mungkin rakyat biasa tidak menyedari bahawa GLC Kerajaan Negeri Sabah seperti Sawit Kinabalu sahaja sudah boleh menumpaskan kedudukan kewangan FELDA kerana mempunyai lebih satu juta hektar ladang kelapa sawit dan berdasarkan harga sekarang, FELDA terketinggalan jauh di belakang Sawit Kinabalu.

Kegelisahan saya ternyata benar kerana pada 10 Ogos 2009, Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) mengumumkan terbitan sulung bon dolar emas dan sukuk dolar emas, masing-masing bernilai AS$3 bilion (kira-kira RM10.5 bilion) dan AS$1.5 bilion (kira-kira RM5.25 bilion) namun terbitan Bon berkenaan hanya diberi Rating A.

Begitu juga dengan YTL Corporation turut menerbitkan bon bernilai US$400 juta (RM1.36 billion) untuk membiayai pembiayaan semula pinjaman, pertumbuhan operasi dan potensi perolehan di Malaysia dan luar Negara.

Tadbir urus Kerajaan Persekutuan tidak selari dengan fokus pembangunan Kerajaan Negeri Sabah terutama dalam sektor perkilangan dan bekalan tenaga. Tidak ada gunanya Kerajaan Persekutuan membina kilang industri berat dan membina lampu di sepanjang jalan jika bekalan eletrik tidak mencukupi sehingga terpaksa dicatu di Sabah.

Tambahan pula semua jalan raya utama di Sabah termasuk Jalan Sepulut-Kalabakan adalah Jalanraya Persekutuan; begitu juga dengan bekalan air dan elektrik. Sabah tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk mencampuri urusan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sekalipun menterinya adalah orang Sabah.

Sehubungan itu, sebagai rakyat yang mempunyai latar belakang pengauditan dan akauntabiliti, saya menyokong dasar liberalisasi Kewangan Sabah dan berharap Kerajaan akan terus berusaha mencergaskan lagi pasaran modal domestik dengan mengambil langkah berani, terutamanya mempelbagaikan produk pelaburan, meliberalisasi syarat pegangan ekuiti dan had pelaburan, menyediakan insentif yang lebih menarik serta meningkatkan kerjasama dengan bursa asing.

(NOTA : Pandangan penulis tidak semestinya pandangan Sabahkini.net)

Oleh : MUTALIB M.D (sabahkini)

19 comments:
Write comments
  1. Logik juga tulisan Mutalib ini.

    ReplyDelete
  2. Satu penerangan yang baik. Semoga melalui artikel ini dapat membuka mata golongan2 yang suka menghentam/komplen tanpa mengetahui fakta sebenar. Kerajaan negeri sudah berusaha melakukan yang terbaik walaupun bukan kejayaan secara menyeluruh.

    ReplyDelete
  3. Kalau tak tahu istilah2 ekonomi, sudah tentu mudah terpengaruh dengan laporan2 negatif tentang pengurusan wang yang dibuat oleh kerajaan. Pihak pembangkang akan sentiasa mencari peluang untuk menjatuhkan kerajaan, tidak kiralah melalui cara apa pun. Renung2 kan.

    ReplyDelete
  4. dengan mengetahui situasi sebenar yang dihadapi rakyat, masalah kemiskinan akan dapat diatasi dengan cara yang lebih efektif. semoga kerajaan negeri juga dapat memantapkan ekonominya.

    ReplyDelete
  5. ekonomi sabah sebenarnya adalah baik, kemiskinan di Sabah tidaklah begitu teruk kerana kebanyakkan yang miskin di Sabah adalah PATI. dpt kta lihat bahawa Sabah mempunyai pengurusan ekonomi yang baik dan antara negeri yang tidak byk berhutang berbanding negeri2 lain.

    ReplyDelete
  6. melihat politik sejarah sabah, sehingga kini taraf kemiskinan masih lagi sukar dibasmi sehingga sekarang, ini disebabkan faktor geografi, sosial, pendidikan dan yang penting sekali faktor politik.Negeri sabah sudah pun bertukar-tukar pemerintah bermula dari USNO,BERJAYA,PBS, dan UMNO tetapi kemiskinan masih menghantui negeri sabah. Apakan parti politik dari pihak pembangkang dapat mengurangka jumlah kemiskinan di sabah? atau sabah hanya sebagai boneka kepada kerajaan persekutuan? biarpun PR memerintah?...

    ReplyDelete
  7. teruskan usaha untuk membangunkan Sabah....usaha perlu terus dilakukan agar sabah menjadi lebih baik pada masa akan datang.

    ReplyDelete
  8. Harap kerajaan negeri Sabah akan dapat memastikan kemiskinan di Sabah dapat ditangani. Sahut cabaran dari Bank Dunia bahawa Sabah bukannya negeri termiskin.

    ReplyDelete
  9. Menyayat hati melihat infrastrutor kawasan-kawasan tertentu di Sabah.
    Sumber hampir dirampas sehingga tandus tetapi kemiskinan masih tidak dapat dibasmikan.

    ReplyDelete
  10. Ada kebenaran dari atas rakyat Sabah akan jadi kaya sekiranya orang kampung lebih rajin berusaha.

    ReplyDelete
  11. Suka atau tidak, pati merupakan tenaga buruh murah yang banyak menyumbang kepada pembangunan Sabah. Semua bidang di Sabah sukar hidup tanpa pati.

    ReplyDelete
  12. Sabah mempunyai masa depan yang cerah jika kewangan negeri diurus dengan cekap, bersih dan telus.

    ReplyDelete
  13. Pembasmian kemiskinan sedang giat dijalankan. Tidak lama lagi Sabah bakal tersingkir dari senarai negeri termiskin.

    ReplyDelete
  14. Status kewangan Sabah adalah antara terbaik di Malaysia bawah pimpinan Datuk Musa Aman.

    ReplyDelete
  15. ini bermakna jika bukan kerana PATI, Sabah jauh lebih baik dari negeri2 maju yang lain. rasanya memang patut kerajaan persekutuan memberikan kuasa eksekutif kepada kerajaan negeri untuk mecampuri apa sahaja urusan kerajaan persekutuan di negeri ini.

    ReplyDelete
  16. Apa yang berlaku sekarang ialah rata2 PTI bijak mengambil peluang.

    ReplyDelete
  17. I have a big wish this year.May PTI gone forever and forever!

    ReplyDelete
  18. Adakah mungkin PATI akan hilang dengan sendirinya?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.