Dua tiga hari ini ramai rakyat Malaysia rakyat didahulukan merungut. Tidak dinafikan selama ini mereka merungut juga, tapi tak semacam hari ini. Mungkin kerana terlalu dibebani sedemikian rupa oleh Kerajaan yang "utamakan pencapaian".
Mengapa tidak? Bayangkan sebelum ini bil api rumah mereka hanya RM 40.00 saja satu bulan, Tapi bulan Jun 2011 ini melambung naik jadi 100 peratus.
Seorang suri rumah sepenuh masa mengadu kepada penulis bahawa bil terkininya jadi RM 80.00, sedangkan bil terdahulu hanya RM 40.00 saja.Masakan tak marah jika kadar bil literiknya melambung jadi 100 peratus.
Oleh kerana terlalu ramai yang merungut didepan penulis, maka penulis juga rasa hairan dan dukacita kerana bil dahulu penulis RM 90.00 saja sebulan, tapi bil bulan Jun naik jadi RM 214. Bermakna naik lebih daripada 100 peratus. Ini membebankan dan sangat tak munasabah.
Mengapa penulis berkata demikian? Mengapa tidak? Ia sangat membebankan rakyat yang berada dibawah kerajaan yang "rakyat didahukukan" ini.
Persoalan yang timbul dimana letaknya slogan "rakyat didahulukan",Mana dia rakyat didahulukan, sedangkan rakyat tak lekang menanggung beban disamping dibebani kenaikan harga barang yang bukan saja semakin ringan, tetapi semakin hari semakin berat dipikulnya.
Oleh Abdullah Ngah (tranungkite)
Sunday, June 26, 2011
Rakyat merungut, bil Leterik naik 100 peratus
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kerajaan patut cuba mengawal harga bil elektrik.
ReplyDeletetak wajarlah jika bayaran bil elektrik naik 100%
ReplyDeleteApa sudah jadi ni? Kalau semua naik, gaji pun kena naiklah.
ReplyDeleteIni hanya menambahkan lagi beban rakyat.
ReplyDeletejgn terus bebankan rakyat.
ReplyDeleteNampaknya membimbangkan kenaikan yang dialami oleh rakyat. 100% kenaikan bil elektrik.
ReplyDeleteKenaikan bil mereka mungkin ada sebab yang tertentu. Mungkin kerosakan meter? Buat aduan rasmi, jika masih sama, bantah kenaikan itu.
ReplyDeleteNaik 100% sudah terlampau. Katakan 5% hingga 10%, itu tahap yang munasabah.
ReplyDeleteKenaikan bil dengan kadar 100% cukup menakutkan. Nampaknya kena balik ke zaman pakai lilin. Tapi nanti lilin pun naik harga.
ReplyDeleteRakyat diutamakan, bil elektrik dinaikan.
ReplyDeleteNaik 10% pun mau pengsan sudah, ini naik 100%, pengsan 10 kali lah.
ReplyDeleteKenaikan kadar elektrik akan jadi kenyataan. Bersedia menerima cabaran ini.
ReplyDeleteSemua pasti merungut jika bil naik secara mendadak.
ReplyDeletebenarkah kadar elektrik naik hingga 100 peratus? harap penjelasan diberikan.
ReplyDeletesaya harap mana2 parti yang berjaya merampas kerajaan mampu menurunkan semua harga di Malaysia untuk selama2nya..
ReplyDeletekenaikan tarif elektik memang suda di jangkakan, cuma rakyat tidak dapat menerima kenaikan tarif elektrik.bagi mengatasi bil elektrik meningkat, dengan cara pengunaan elektrik yng paling minimum, dan jika pilihnraya ke 13 akan diadakan, fikir masak2 sebelum memangka.
ReplyDeletetidak ada kerajaan di dunia ini yang sanggup merisikokan partinya dengan menaikkan harga barang dan perkhidmatan sewenang2nya. sebenarnya semua ini tidak boleh dielak walaupun parti pembangkang mengambil alih kerajaan negara ini.
ReplyDelete