Saturday, June 25, 2011

Jangan Jadi Sesumpah?

SAUDARA terdekat Menteri Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Azizul Sanarul menggesa Shafie agar tidak menjadikan dirinya sebagai ‘Sesumpah’ yang bertukar rupa mengikut keadaan demi untuk menyelamatkan diri.

Tegas Azizul, Shafie sewajarnya lebih prihatin terhadap rakyat Sabah, terutama di mendiami kawasan Kepulauan di Semporna dan rakyat di luar bandar Sabah ketika membuat keputusan untuk terus menggunakan bateri asid plumbum yang berbahaya dalam projek solar hibrid dan projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB).

“Cukuplah dengan segala kemusnahan yang dilakukan selama ini. Kami bukan lagi rakyat Sabah yang boleh diperbodohkan dengan alasan terpaksa menggunakan bateri berkenaan demi pembangunan kerana murah dan pelbagai alasan yang tidak masuk akal,” kata Azizul yang kesal setelah mendapat tahu KKLW masih menggunakan bateri Asid Plumbum dalam projek Janakuasa Solar Hibrid Fasa 2 di Karakit, Pulau Banggi, Kudat dan beberapa projek solar di kepulauan di Semporna.

Menurut Azizul, beliau agak kesal kerana Shafie terpaksa menanggung malu kerana ditohmah rakyat Sabah sedangkan pada pandangan peribadi beliau, keputusan untuk terus mempergunakan bateri asid plumbum berkenaan dibuat oleh agensi Pelaksana iaitu Tenaga Nasional Berhad yang tidak peka terhadap aspirasi rakyat Sabah.

“Apapun alasannya, Shafie terpaksa bertanggung jawab dan membersihkan nama baiknya yang dianggap sebagai penjenayah alam sekitar kerana bersekongkol dengan TNB dan juga SESB yang menetapkan spesifikasi kontrak yang ditawarkan dan hanya menggunakan peruntukan KKLW melalui beberapa projek NKRA,” tegas Azizul yang menggesa Kabinet Persekutuan membuat pendirian berhubung isu berkenaan.

Membiarkan Shafie seorang diri menanggung kecaman dan tohmahan rakyat Sabah kata Azizul adalah tidak wajar kerana keputusan berkenaan dibuat secara kolektif oleh TNB dengan persetujuan Kabinet Persekutuan yang turut menandatangani Basel Convention; sekaligus menghindar daripada mengeksport, mengimport atau transit logam berat berbahaya seperti plumbum.

“Jadi saya minta agar Shafie tidak tunduk kepada tekanan TNB dan wajib mendesak spesifikasi kontrak mengutamakan bateri yang tidak berbahaya seperti Lithium Polymer yang bukan sahaja murah, malah mesra alam dan menjimatkan,” kata Azizul yang sempat melawat sebuah kilang bateri lithium di Kulim, Kedah dalam kunjungannya baru-baru ini.

Memandangkan pilihanraya semakin hampir, maka kata Azizul, Ketua Cawangan UMNO sepertinya akan dihujani dengan pelbagai soalan termasuk bateri asid plumbum yang digunakan untuk membekalkan elektrik ke sekolah di pulau dan pedalaman ketika turun berkempen kelak.

Tegas Azizul lagi, sewajarnya KKLW mengadakan Forum Perdana, Dialog atau Seminar Khusus untuk membolehkan rakyat mendapat gambaran sebenar setiap projek KKLW dan membincangkan isu yang menyebabkan kemusnahan alam sekitar dan ekosistem agar tidak terus ditempelak rakyat.

Oleh : HAYATUM SALAHUDDIN (sabahkini)

21 comments:
Write comments
  1. jadi, kalau bateri asid plumbum tu berbahaya carilah alternatif lain.

    ReplyDelete
  2. Ya, pendirian mesti teguh.

    ReplyDelete
  3. isu bateri plumbum telah lama. lebih hentikan penggunaan bateri ni jika berbahaya.

    ReplyDelete
  4. harap isu yang timbul dapat diselesaikan agar kepentingan semua pihak dapat dijaga dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  5. ada masa orang jdi sumpah-sumpah, mungkin ada agenda baru.

    ReplyDelete
  6. Apa hal lagi dengan shafie ni?

    ReplyDelete
  7. Utamakan keselamatan alam sekitar dan penduduk sekitarnya.

    ReplyDelete
  8. Pemimpin Sabah harus berpendirian tegas. Jangan biarkan diri anda menjadi pak turut. Yang menerima kesan sampingan adalah rakyat juga.

    ReplyDelete
  9. Jangan anggap rakyat Sabah ini penduduk grad rendah yang cuma layak menggunakan barang yang murah dan membahayakan kesihatan.

    ReplyDelete
  10. Peruntukan memang cukup untuk membeli barang yang berkualiti. Wang dilesap tengah jalan.

    ReplyDelete
  11. Isu mengenai Shafie semakin hangat. Itu terpulang dengan shafie mahu melakukan apa yang beliau mahukan, tapi pastikan adalah niat untuk rakyat dan bukannya ada agenda tersendiri.

    ReplyDelete
  12. Matlamat kerajaan adalah baik tetapi jangan abaikan pemantauan setelah perutukan dikeluarkan.
    Jika didapati barang yang dipasang tidak menepati piawaian, kerajaan harus bertindak terhadap pembekal atau kontraktor.

    ReplyDelete
  13. Bateri plumbum bahaya kan?
    Merosakan alam sekitar nanti.

    ReplyDelete
  14. Menteri berkenaan harus bertanggungjawab atas kesilapan yang dilakukan oleh orangnya.

    ReplyDelete
  15. Tidak sudah2 dengan Shafie.Aduhai.

    ReplyDelete
  16. pihak yang meluluskan dan melaksanakan penggunaan bateri asid plumbum ini patut lebih dulu menggunakan bateri ini dirumah mereka atau kampung mereka..

    ReplyDelete
  17. Contributions are far more important.

    ReplyDelete
  18. Jangan salahkan pemimpin hanya kerana kepincangan yang ada.

    ReplyDelete
  19. A stepping stone to ruin people lives.

    ReplyDelete
  20. Bateri asid plumbum merupakan satu kimia yang sangat beracun, keracunan pada asid plumbum ini sangat memudaratkan kesihatan. banyak negara telah pun mengharamkan bateri asid plumbum. Tetapi di Malaysia belum mengharamkan penggunaannya. Bagi mengatasi masalah ini, undang2 malaysia mempunyai satu undang2 yang boleh mengatasi penggunaan asid plumbum ini. Akta keselamatan dan kesihataan pekerjaan, ada khusus dalam mengatasi serta peraturan2 yang boleh diikuti. Tetapi akta ini hanya khusus kepada pekerjaan sahaja, namun peraturan yang ada pada akta ini dapat menyelasaikan masalah yang kita hadapi sekarang.

    ReplyDelete
  21. Betul tu, jangan menyusahkan orang kampung.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.