Kerajaan diminta menjelaskan kos tinggi penyelenggaraan kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya ketika rakyat diseru berjimat ekoran pengurangan subsidi barangan keperluan.
Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Mariah Mahmud (kiri) berkata, ini perlu kerana rakyat diminta mengubah cara hidup mereka bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran ekonomi sekarang.
"Apabila mendidik orang ramai supaya berjimat, ia sepatutnya bermula dengan pemimpin,” kata Siti Maria Mahmud kepada wartawan di lobi parlimen hari ini.
Siti Maria mengulas jawapan bertulis di Dewan Rakyat berhubung soalan yang diajukan oleh ahli parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusof, yang juga ketua Dewan Muslimat PAS yang ingin tahu penyelenggaran kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya.
Mengikut jawapan bertulis, RM48 juta dibelanjakan antara tahun 2006 hingga 2010 bagi penyelenggaran kediaman kedua-dua pemimpin negara itu.
"Begitu tinggi perbelanjaannya sedangkan kediaman itu tidak digunakan sepenuh masa,” kata Siti Zailah, yang hadir bersama.
Menurut jawapan itu, hampir RM33 juta dibelanjakan untuk menyewa kediaman lain semasa tempoh itu. Sewa dibayar kepada Perbadanan Putrajaya.
RM3.5 juta lagi dibelanjakan untuk kerja baik pulih, RM10.2 juta bagi bil elektrik dan RM1.9 juta untuk bil air.
"Kami tidak tahu sebesar mana keluarga perdana menteri dan timbalannya sehingga hari ini,” kata ketua pemuda DAP Anthony Loke, yang turut hadir da;am sidang media itu.
Menurut beliau jika jumlah itu dibahagikan sepanjang lima tahun dan dikira mengikut bulan, kerajaan membelanjakan RM160,000 untuk bil elektrik dan RM33,000 untuk bil air bagi kedua-dua kediaman rasmi.
"Ini cukup untuk bayar bil elektrik saya untuk selama 100 tahun dan air pula cukup untuk 6,000 orang,” katanya. -mk
Wednesday, June 29, 2011
Bil elektrik PM, TPM RM160,000 sebulan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pemimpin perlulah menjadi contoh kepada rakyat.
ReplyDeletemahalnya..kenapa boleh sampai RM160,000?
ReplyDeleteLebih baik guna duit itu untuk bantu rakyat.
ReplyDeletebetulkan sehingga begitu tinggi?
ReplyDeleteMacam tiada saja tu duit bagi golongan2 berada seperti mereka. Kalau orang miskin, RM50K pun mungkin bergegar lutut sudah.
ReplyDeletesetiap wang yang ada perlulah digunakan dengan sebaiknya ke arah yang memberikan manfaat kepada rakyat.
ReplyDeleteAhaaa.... penjelasan harus diberikan kerana rahsia sudah terbongkar.
ReplyDeleteTindakan selamat adalah sama2 seluruh rakyat tidak kira pemimpin @ tidak, semuanya berjimat untuk kebaikan bersama.
ReplyDeleteTinggi juga bil elektrik dan air. Harap kaji kebenaran takut ada yang cuba buat andaian sendiri saja.
ReplyDeleteJika PM menasihati rakyat agar lebih bijak dan jimar berbelanja, lebih baik PM dan TPM duluan berbuat demikian supaya dicontohi rakyat.
ReplyDeleteSuruh kita jimat, kurangkan belanja. Lain pula yang dicakap, lain pula yang dilakukan.
ReplyDeleteRM33,000 untuk bil air??? Banyaknay air yang digunakan. Apakah kegunaan air ini?
ReplyDeleteMacamana kediaman PM boleh mengguankan jumlah air yang boleh dipakai oleh 6000 orang?
ReplyDeletePenjelasan perlu.
How many people live in PM s residence? How come the electric and water bill so high? Seems like thousand are live in PM place.
ReplyDeleteTentu banyak soalan timbul dalam hati rakyat. Kenapa bil air dan bil elektrik sangat tinggi?
ReplyDeleteIni kalilah betul2 mahal oo.. Entah berapa ramai juga yang stay dirumahnya ni. huhu
ReplyDeletePenjelasan harus diberikan segera, jangan biarkan hal ini jadi isu politik pula.
ReplyDeletecuba PM dan TPM jelaskan jika semua itu bukan pembaziran.. para menteri sepatutnya sentiasa berhati2 dengan apa sahaja tindakan mereka kerana hari ini rakyat mudah mendapatkan maklumat...
ReplyDelete