Wednesday, June 22, 2011

Siapa Lindungi Operasi Ah Long?

Saudara Pengarang,...PDRM di sabah mungkin terlalu sibuk dengan perkara lain sehingga tidak mengambil tindakan terhadap Ah Long yang lebih berleluasa di Kota Kinabalu. Saya mendapati lebih banyak ‘banner dan sticker’ digantung dan dilekat di kawasan Kota kinabalu. DBKK langsung tidak tanggalkan dan PDRM juga berdiam diri sahaja.

Sudah begitu ramai orang menderita kerana Ah Long. Ramai Ah Long dari Sarawak dan Semanjung menjadi ‘RAJA’ di Sabah. Orang kita yang bekerja di Perkhidmatan Awam dan Swasta ‘MENDERITA’ kerana tarikan pengiklanan HARAM Ah Long ini.

PDRM dan DBKK harus mengambil tindakan undang-undang yang sekeras-kerasnya secara lebih serius agar tidak ada pegawai PDRM dan DBKK terlibat atau bersubahat dengan Ah Long ini.

Salam Hormat,

PEMBAYAR GAJI POLIS & DBKK

-Sabahkini

19 comments:
Write comments
  1. Harap dalang disebalik pelindungan operasi Ah Long ini akan disiasat.

    ReplyDelete
  2. Banyak sudah kes2 Ah Long dilaporkan, harap orang ramai jangan terpedaya sehingga terdesak untuk meminjam daripada Ah Long.

    ReplyDelete
  3. kegiatan Ah Long perlu dibanteras sepenuhnya..

    ReplyDelete
  4. diharap pihak polis memandang serius masalah ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membanteras kegiatan Ah Long.

    ReplyDelete
  5. Mereka(Ah Long) akan bermaharajalela jika perkara ini tidak dibendung dari awal lagi.

    ReplyDelete
  6. banteras kegiatan ahlong ni hingga ke akar umbi.

    ReplyDelete
  7. Ahlong bukan pilihan terbaik untuk menangani masalah kewangan.

    ReplyDelete
  8. kalau tahu risikonya kenapa masih berurusan dengan ah long? kalau tidak ada permintaan, semua ah long ini tidak akan bermaharaja lela.. walaupun hari ini diadakan operasi bebasar2an, sebulan kemudian ah long akan muncul kembali sebab ada permintaan..

    ReplyDelete
  9. Betul tu Neji...macam mana banyak pun usaha yg dilakukan oleh pihak berkuasa untuk membendung gejala along ini, jika masih ramai juga yg memilih untuk meminjam dari along, tak guna juga....

    ReplyDelete
  10. Semua nombor telefon bimbit tidak kira yang daftar atau prabayar sudah ldiwajibkan menurunkan maklumat peribadi seperti nama dan nombor ic. Lihat iklan yang ditampal merata-rata dengan nombor telefon yang besar dan jelas.
    Tidak cukupkah maklumat ini digunakan untuk membuat tangkapan?

    ReplyDelete
  11. Tiada permintaan, tiada pembekalan. Tiada pinjaman, bangkrupt semua along. Tiada along, tenaga polis boleh ditumpukan ke bahagian yang lebih memerlukannya.

    ReplyDelete
  12. Sudah sekian lama masalah along tidak dapat dibanteraskan.
    Hebat kemampuan along ini hidup.

    ReplyDelete
  13. Operasi demi operasi, along ini bagai lipas yang hidup sejak jutaan tahun di bumi, tidak berkurangan spesisnya malah terus hidup dan maharajarela sini sana.

    ReplyDelete
  14. Atur 'undercover', panggil nombor telefon yang diiklankan terang-terang, pinjam wang dari along tersebut.
    Mingkin tidak susah untuk tangkap along ini. Cara ini mungkin tidak mampu menangkap boss mereka, tapi dapat menakut dan menyekat aktiviti along kecil.

    ReplyDelete
  15. Ada pihak yang berpendapat bahawa along ini dapat membantu mereka pada masa yang kritikal atau kesempitan wang. Mereka tidak fikir samada mampu membayar balik pinjaman along itu. Kebanyakan kes peminjam tidak mampu bayar bunga yang dikenakan.

    ReplyDelete
  16. Harap orang tersebut akan didedahkan.

    ReplyDelete
  17. sebenarnya along ini penjenayah harus dibahteras tanpa dilindungi oleh pihak yang mengambil keuntungan.

    ReplyDelete
  18. Ahlong2 di Negeri Sabah ada lesen dan telah diberi kelulusan oleh Kementerian Kewangan Negeri Sabah. .. cuba tuan2 rujuk kepada Kementerian Kewangan dan pihak pegawai KWNS akan suruh tuan2 buat laporan kepada pihak POLIS dan pihak POLIS tidak boleh ambil tindak undang2 disebabkan AHLONG-AHLONG tersebut ada LESEN..

    ReplyDelete
  19. Sebaiknya jangan meminjam daripada Ahlong ini.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.