Wednesday, June 22, 2011

Anwar tak yakin 'Datuk T' akan didakwa

Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak yakin sesuatu akan berhasil daripada tuduhan terhadap Trio Datuk T berhubung video seks yang dikaitkan dengannya, walaupun beliau telahpun menafikannya.

Ketua pembangkang itu mendakwa, berasaskan kepada rekod prestasi peguam negara, mereka akan dikenakan tuduhan paling minima untuk menyenangkan hati pihak (Umno), sepertimana dengan tuduhan bermotifkan politik yang lain, kecuali bila ia membabitkan pemimpin pembangkang.azlanAhli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah berkata hari ini bahawa ketiga-tiga mereka akan didakwa di sebuah mahkamah di Kuala Lumpur Jumaat ini.

“Saya tidak tahu, (saya) tidak mendengar, kes-kes seperti ini ditangguhkan (untuk) banyak bulan, (ia) akan membangkitkan banyak persoalan,” tegas Anwar ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Pada 21 March lalu, satu video seks ditayangkan di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur, untuk editor dan wartawan.

Eskay, serta bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim, kemudiannya mengakui bahawa mereka di sebalik tayangan video itu di Hotel Carcosa Seri Negara.

Walaupun lelaki dalam video dikatakan mirip Anwar, tetapi beliau telah menafikan sebarang penglibatan dan telah membuat laporan polis. -MK

16 comments:
Write comments
  1. Harap tindakan akan diambil mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
  2. May the truth will be revealed.

    ReplyDelete
  3. harap kebenaran akan diketahui juga nanti.

    ReplyDelete
  4. Sejak akhir2 ini, banyak pertuduhan dibuat ke atas Anwar. Adakah ini satu konspirasi untuk menjatuhkannya? Atau beliau memang bersalah?

    ReplyDelete
  5. kalau pun pelaku dalam video tu Anwar tapi Trio Datuk T tetap harus dikenakan tindakan memandangkan mereka menyebarkan video lucah kepada umum.

    ReplyDelete
  6. menyebar video lucah adalah satu kesalahan. mereka asti akan dikenakan tindakan. anwar jg kena bersedia kerana jika benar dia pelaku dalm video tersebut, dia jg akan dikenakan tindakan.

    ReplyDelete
  7. cukupkah hanya setakat menafikan? kalau begitu saya pun mahu buat jenayah jika begitu mudah untuk saya bebas dari tuduhan itu..

    ReplyDelete
  8. Kita tunggu saja kebenaran dalam kes anwar ini.

    ReplyDelete
  9. Yakin la kepada sistem kehakiman negara kita..Percaya la bahawa sesiapa saja akan dihukum sekiranya terbukti beliau melakukan kesalahan itu...

    ReplyDelete
  10. Kes-kes berprofile tinggi seperti kes rasuah yang melibatkan VVIP, kebanyakan diakhiri dengan suspek dilepaskan dengan tidak bersalah.

    ReplyDelete
  11. Dakwa memang didakwa, didapati bersalah ke tidak belum tau lagi. Marangkali ramai yang berpendapat mereka tidak mungkin disabit kesalahan.

    ReplyDelete
  12. Kita beli vcd cetak rompak pun kena tangkap, apa pula ini?

    Menayang video lucah, patut masuk jail.

    ReplyDelete
  13. Cukup berdosa kerana berfitnah. Bertaubatlah sebelum terlambat.
    Sebelum kamu dipanggil pada saat terakhir hidup kamu.

    ReplyDelete
  14. First of all i don't think they worth to call 'Datuk'. What they practice recently really put us Malaysian in shame.

    ReplyDelete
  15. Bagaimana mereka sanggup melakukan perbuatan yang keji ini?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.