Monday, June 27, 2011

Samad Said : Puisi sudah jadi 'senjata'

NONESasterawan negara Datuk A Samad Said berkata, siasatan polis yang dijalankan ke atasnya hari ini menunjukkan puisi telahpun menjadi "satu senjata" dan bukan lagi satu hiburan semata-mata.

Dalam pada itu, beliau turut menyuarakan rasa sedih ke atas tindakan polis yang menjalankan siasatan ke atasnya di bawah Akta Hasutan, sedangkan puisinya itu mengandung niat "murni."

"Apa yang saya lakukan ialah merakamkan satu peristiwa di mana saya fikir, untuk memperbaiki suasana, bukan untuk memperburukkan suasana.

"Dalam puisi saya itu memang saya katakan kita sebenarnya perlu mempersuci demokrasi bukan memperkeruhkan atau mencemarinya.

"Dalam puisi itu adalah saranan-saranan yang saya fikir amat suci yang sepatutnya dihargai bukan dicurigai," katanya lagi ketika mengulas siasatan bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan itu.

Beliau turut disiasat mengikut Seksyen 27(5) Akta Polis berhubung pengucapan puisinya di majlis pelancaran BERSIH 2.0 pada 19 Jun lalu.

Tanpa menunjukkan rasa gentar, A Samad turut menepis pandangan bahawa tindakan pihak polis itu akan terus menekan golongan karyawan daripada menyatakan pandangan mereka mengenai perkembangan semasa.

"Barangkali (polis) memberi amaran, tapi itu kalau seorang sasterawan, ini sememangnya lebih mendorongnya, menaikkan semangatnya oleh kerana mereka mulai tahu kesusasteraan mempunyai kuasa juga.

"Saya fikir puisi sekarang sudah diterima sebagai alat berkesan sebagai senjata. Dulu puisi ini untuk menghibur-hiburkan saja, sekarang rupanya puisi sudah mendapat perhatian yang amat luar biasa," katanya lagi ketika ditemui selepas disiasat lebih sejam hari ini di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi.

Siasatan hari ini merupakan tindakan kedua ke atas A Samad selepas tindakan sama dijalankan ke atasnya pada Mac 2009 berhubung dasar pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Terdahulu ketika dihubungi Malaysiakini, A Samad berkata ucapan berkenaan turut dimuatkan di laman blog peribadinya – samadsaid.wordpress.com.

Ucapan berkenaan antara lainnya menyentuh mengenai gambaran media arus perdana ke atas kumpulan BERSIH 2.0.

"Kita maklum bahawa gergasi media arus perdana kini sedang ikut garang menghempit kita dalam arus peristiwa yang semakin durjana. Kita sedang berlawan dengan keangkuhan yang pejal.

"Oleh media arus perdana ini, kita sewenangnya digambarkan sebagai kumpulan 'siasah' yang sangat bercita-cita buruk.

"Lebih buruk, kita digambarkan sebagai kelompok yang sengaja ingin menggelorakan masyarakat seburuk hajat," ucapan itu dipetik. -MK

15 comments:
Write comments
  1. Kebebasan bersuara sudah terancam.

    ReplyDelete
  2. Pihak polis macam sudah paranoid. Puisi pun boleh disalahertikan. Lain orang, lain intepretasinya.

    ReplyDelete
  3. salahkah golongan karyawan ini menyampaikan pandangan mereka melalui puisi?

    ReplyDelete
  4. Kebebasan rakyat kian disekat. Ini boleh mengundang kepada pemberontakan kalau semua tindak-tanduk pun diragui.

    ReplyDelete
  5. Lucu2. Orang berkarya disoal siasat. Tuuuuuu!!!! Ibrahim Ali tidak polis soal siasat.

    ReplyDelete
  6. Macam mahu ketawa hingga terguling-guling saja. Puisi ada banyak maksud yang tersirat tapi statement Ibrahim Ali tiada tersirat2. Ikut sedap dia saja keluar statement. Mesti Ibrahim Ali senyum2 bangga.

    ReplyDelete
  7. kalau tidak silap Ibrahim Ali pun turut di soal siasat..

    ReplyDelete
  8. Inilah puisi sukar untuk difahami. Hanya orang sasterawan dan orang yang minat puisi saja tahu maksuda yang tersirat dalam puisi tersebut.

    ReplyDelete
  9. Alasn untuk menahan Samad menunjukan kenaifan pasukan seragam itu.

    ReplyDelete
  10. Polis telah salah fokus terhadap apa yang patut mereka menyiasat.
    Siasat ugutan bunuh terhadap Ambiga. Siasat ugutan dari Pemuda UMNO yang mahu membakar bangunan orang...........!
    Bukankah kesemua ini lebih serius?

    ReplyDelete
  11. Bukan main sibuk polis. Tahan ini tahan itu. Tiada yang terlepas. Gara-gara perhimpunan 709.

    ReplyDelete
  12. Bah kata orang, mencari tulang dalam telur. Sia-sia saja.

    ReplyDelete
  13. Puisi pun dijadikan bahan siasatan? Apa isi puisi ini?

    ReplyDelete
  14. Polis bimbang berlaku sesuatu setelah orang ramai membaac puisi itu.

    ReplyDelete
  15. polis patut fokus dengan kes2 jenayah yang semakin kritikal di negara ini..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.