Thursday, June 23, 2011

Ugutan Bunuh: Ambiga & Pemimpin PR Buat Laporan Polis

Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0, Datuk Ambiga Sreenavesan berkata beliau dan rakan-rakannya tidak gentar dengan ugutan bunuh yang diterima semalam dan bertekad untuk meneruskan perhimpunan yang dirancang untuk diadakan pada 9 Julai ini.

Ambiga memberitahu tiada sebab untuk dirinya berasa takut atas ugutan tersebut kerana laporan polis telah dibuat dan beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan.

“Saya menerima SMS ugutan ini pada pukul 9.30 malam (tadi). Bukan saya sahaja yang dapat SMS ini, tetapi (ahli) jawatankuasa yang lain juga turut menerima,” katanya selepas membuat laporan polis bersama lima individu lain yang menerima SMS ugutan sama di Balai Polis Jalan Travers di sini hari ini.

Ugutan dalam bentuk SMS itu antara lain berbunyi “aku dan orang-orang aku akan bunuh Ambiga dan kau orang keliling, satu persatu termasuklah orang-orang politik...”

Selain Ambiga, antara yang menerima SMS tersebut ialah Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Khairul Anuar Ahmad Zainudin, ahli jawatankuasa Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dan peguam PKR, Latifah Koya.

Selain itu, Ambiga berkata SMS ugutan ini juga tidak akan mematahkan semangat beliau dan ahli jawatankuasanya daripada meneruskan perhimpunan tersebut.

Katanya, “mengenai SMS ini, saya percaya polis akan menyiasat dan dapat mengesan siapa penghantarnya kerana kami ada nombor telefon penghantar itu.”

“Bersih akan tetap diteruskan. Tiada perubahan. Kita akan buat seperti biasa secara aman,” katanya.

Bersih 2.0 bersama Pakatan Rakyat dan aktivis parti bersedia menggerakkan perhimpunan menuntut pilihan raya adil dan bersih pada 9 Julai.

Selain Bersih, Perkasa dan Pemuda Umno turut akan mengadakan perhimpunan balas membantah penganjuran Himpunan Bersih 2.0. -TMI

16 comments:
Write comments
  1. Ya.teruskan saja..demi untuk menuntut pilihanraya bersih dan adil.

    ReplyDelete
  2. Siapa yang mengugut mereka?

    ReplyDelete
  3. Kenapa ada yang bersungguh-sungguh nak batalkan BERSIH 2.0 ini? Sampai sanggup buat ugutan bunuh. Tentu ada yang tak kena.

    ReplyDelete
  4. Harap polis dapat menyiasat perkara ini dan mengesan penghantarnya.

    ReplyDelete
  5. semua pihak perlulah bertindak matang dan tidak melakukan pekara yang tidak sepatutnya.

    ReplyDelete
  6. kena siasat siapa yang hantar ugutan itu.

    ReplyDelete
  7. Wah!!! ugutan bunuh. Polis harus siasat dan perketatkan keselamatan pada hari tersebut.

    ReplyDelete
  8. Polis mesti melindungi mereka.

    ReplyDelete
  9. Pemimpin PR??Kenapa pula pemimpin PR perlu juga membuat laporan polis.
    Kita mengharapkan tidak ada masalah yang timbul dalam kes ini. Pastikan dulu siapa punya mesej tersebut mungkin juga PR sendiri yang cuba memburukkan pihak lain.

    ReplyDelete
  10. pembunuh kalau mahu membunuh tidak payah hantar sms. memang bodoh la pembunuh tu jika beliau mendedahkan racangannya sebelum dilaksanakan.. ada kemungkinan semua ini hanyalah mainan Pembangkang bagi membakar semengat penyokong Pembangkang agar menyertai himpunan Bersih... setakat ini perhimpunan Bersih tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan.

    ReplyDelete
  11. Pasti polis dapat menahan orang yang menghantar sms tersebut. Polis kita cekap dan mampu berbuat demikian.

    ReplyDelete
  12. Ini pekara amat serius dan harap polis dapat mencekur dalangnya.
    Ini bukan budaya kita.

    ReplyDelete
  13. Hidup mati seseorang bukan dalam tangan kita cuma Tuhan yang dapat menentukan.

    ReplyDelete
  14. Tindakan terhadap penghantar sms mesti adil dan telus. Mesti ditahan walau apa jua cara supaya mereka tau mereka tidak akan dilepaskan jika melakukan kesalahan.

    ReplyDelete
  15. Janganlah buat hal. Membunuh tidak menyelesaikan mmasalah. Nyawa mungkin hilang tetapi semangat itu tetap hidup selamanya.

    ReplyDelete
  16. Tidak faham kenapa manusia ini memilih jalan yang serong dari jalan yang menuju kebenaran.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.