SATU lagi tamparan buat Umno apabila Pemuda MCA Indera Mahkota hari ini membantah sikap Ibrahim Ali, Presiden PERKASA yang melampau dan ekstrim terhadap kaum Cina di dalam isu Perhimpunan Bersih 09 Jul nanti. Hari ini, Sinar melaporkan Pemuda MCA bahagian Indera Mahkota, Kuantan mahu agar KDN bertindak tegas terhadap Ibrahim Ali.
PERKASA, diakui atau tidak sememangnya adalah ejen Umno di dalam senyap dan buktinya pemimpin PERKASA bebas berbuat apa sahaja. Sebelum ini Ibrahim Ali menimbulkan isu `Perang Salib' kununnya ada pihak yang mahu agama Kristian dijadikan sebagai agama rasmi di negara ini. Akhirnya isu tersebut dibawa angin lalu, tiada sesiapa yang ditangkap atau didakwa sama Ibrahim Ali, Blogger yang menyiarkan cerita karut tersebut termasuk akhbar Utusan yang menghangatkan lagi cerita tepi longkang berkenaan.
Setelah tidak laku dengan mainan `Perang Sabil' Ibrahim Ali mahu menjadi hero katak di dalam isu Perhimpunan Bersih. Kaum Cina terus menjadi sasaran persatuan yang murahan ini. Ibrahim Ali terus selamat walaupun mengeluarkan amaran `kaum Cina perlu simpan stok makanan' di rumah. Mengapa Ibrahim Ali selamat? Tahu-tahu sudah lah sepertimana kita tahu mengapa Datuk Eskay masih tidak ditangkap atau didakwa walaupun mengaku menayang video lucah.
Justeru itu, harapan kita amat cerah ke Putrajaya dengan bantuan tanpa disangka oleh PERKASA ini. Malahan kita terus berharap agar Ibrahim Ali sihat dan tidak dimasukkan ke wad lagi bagi membolehkan `katak' ini terus berbunyi walaupun semakin sumbang.
-wfauzdin.blogspot.com"
Thursday, June 23, 2011
Pemuda MCA naik angin dengan PERKASA?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Perkasa pasti akan mendapat balasan mereka suatu hari nanti.
ReplyDeleteHairanlah kenapa Ibrahim Ali ni masih tidak dikenakan apa-apa tindakan.
ReplyDeleteTentu saja ada yang tak kena. Sehingga kini Ibrahim Ali masih bebas walaupun sudah banyak sentimen perkauman yang telah dicetuskannya.
ReplyDeleteIbrahim Ali ini penuh dengan kontroversi.
ReplyDeletePerkasa memang banyak mencetuskan kontroversi dan dikecam oleh banyak pihak.
ReplyDeleteSesiapa pun sepatutnya tidak terlepas dari undang2. Ibrahim Ali sepatutnya ditangkap kerana meyemarakkan isu2 sensitif.
ReplyDeletetindakan PERKASA yang racis mmg tidak disukai plbagai pihak.
ReplyDeletePERKASA ini dibenci oleh semua.
ReplyDeletePERKASA memang keterlaluan. Berikan amaran kepada PERKASA jika mereka mengeluarkan kata-kata kurang menyenangkan mereka perlu diambil tindakkan.
ReplyDeletebukan sahaja Perkasa malah penganjur perhimpunan Bersih juga wajar dikenakan tindakan.. kalau bukan disebabkan oleh penganjuran perhimpunan Bersih, semua kekecohan ini tidak akan berlaku..
ReplyDeletePERKASA ni ba, mahu cari publisisti ka atau memang biadap???
ReplyDeletehhmm, harap hal ini dapat ditanggani dengan baik.
ReplyDeleteAwas dengan perbuatan Ibrahim Ali dan Trio itu. BN harus faham tindakan mereka tidak menguntungkan BN. Komponen BN melainkan UMNO sudah nampak dan terjejas sokongan mereka dari golongan yang diwakili mereka.
ReplyDeleteUMNO harus bertindak, jangan membenarkan perbuatan melampau ini berlaku lagi, Perkasa adalah liabiliti baga BN.
Perbuatan Perkasa harus dikutuk oleh semua pihak. Kita harus memberi isyarat kepada Perkasa bahawa cara perjuangan mereka sudah tiada pasaran lagi.
ReplyDeleteBersih berhimpun dengan matlamat yang jelas tetapi Perkasa cuma mahu buat kacau saja.
ReplyDeleteSokongna MCA terjejas teruk akibat perbuatan Perkasa. Pasti MCA naik angin.
ReplyDeletePerkasa ini memeng pembuat hal. Kerajaan harus bertindak terhadap kumpulan ini.
ReplyDeleteOrang yang ada otak tidak mungkin menyokong Perkasa.
ReplyDelete