Sekumpulan pemuda yang diketuai Lokman Noor Adam, AJK Pemuda UMNO, berkonvoi dengan kereta dan motorsikal di depan bangunan ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), mengugut untuk membakarnya seandainya PKR tetap menyertai perhimpunan anjuran BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011.
Kira-kira 100 pemuda yang berpakaian merah "Patriot" ini dikatakan berhimpun di depan bangunan Merchant Square Tropicana, Petaling Jaya, pada jam 11 malam tadi. Malah, tidak kurang antara mereka yang membawa bendera UMNO.
Dalam twitternya, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution menyifatkan kumpulan pemuda tersebut sebagai "samseng upahan UMNO", malah memaklumkan bahawa laporan polis telah dibuat berhubung kejadian tadi.
EXCO kerajaan negeri Selangor, merangkap ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong juga membidas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dalam twitternya, kerana membiarkan anak buahnya memasuki sempadan kawasan Bukit Lanjan dan mengugut untuk membakar bangunan ibu pejabat PKR.
Ketika dihubungi MerdekaReview, Elizabeth Wong (gambar kiri) berkata Pemuda UMNO yang berada di situ mencemuh Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, dan Pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) Ambiga Sreenevasan, menurut anggota PKR yang berada di situ, malah mereka mengugut untuk membakar bangunan ibu pejabat PKR seandainya PKR tetap menyertai BERSIH 2.0.
Bagaimanapun, Elizabeth menganggap tindak-tanduk Pemuda UMNO tersebut sekadar untuk menakut-nakutkan rakyat, tapi PKR tidak akan berganjak dan akan terus dengan perjuangan mereka.
Satu klip video yang merakamkan sebahagian kejadian tadi telah dimuatnaikkan ke Youtube.
Patriot ditubuhkan oleh Pemuda UMNO dan Kelab Putra 1Malaysia, mendakwa dirinya mewakili suara orang ramai dalam menentang perhimpunan haram yang akan dianjurkan kumpulan pengacau pada 9 Julai. Lokman Adam, bekas tahanan ISA yang melompat dari Parti Keadilan ke UMNO.
*Chan Wei See ialah Ketua Pengarang MerdekaReview, disedut, sunting dan diterjemah dari teks asal.
Polis ‘tengok’ 300 Pemuda Umno berhimpun, ugut bakar ibu pejabat KEADILAN
DAMANSARA: Kira-kira 300 Pemuda Umno yang berkonvoi dengan motosikal, kereta dan kenderaan pacuan 4 roda berhimpun depan ibu pejabat KEADILAN dengan lempar ugutan untuk membakar bangunan itu, jika pimpinan KEADILAN meneruskan Himpunan Bersih.
Konvoi itu tiba di hadapan ibu pejabat parti di Tropicana di sini, kira-kira jam 11 malam semalam dan melaungkan perkataan kesat termasuk mencaci dan menghina pimpinan Bersih, Datuk Ambiga Sreevenasan dan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mengikut paparan twitter, konvoi itu dilapor bergerak dari Batu Tiga, Shah Alam dan berkumpul di stesen minyak Kampung Sungai Kayu Ara sebelum bergerak ke ibu pejabat parti.
Ketua Ranting PJS, M Jeyabalan memberitahu Keadilan Daily, anggota polis yang berada di tempat kejadian hanya memerhati gelagat penyokong yang membawa bendera Umno dan memakai t-shirt Patriot, tanpa mengambil sebarang tindakan menghalang.
Ketika konvoi yang diketuai Exco Pemuda Umno, Lokman Nor Adam tiba di ibu pejabat parti, tiada pimpinan KEADILAN berada di lokasi berkenaan.
Mengikut satu sumber, konvoi berkenaan kemudian bergerak ke PJS 8, Petaling Jaya.
Beberapa pimpinan parti termasuk Angkatan Muda KEADILAN (AMK) kemudian bergegas ke ibu pejabat sebelum membuat laporan polis di balai Tropicana yang terletak di deretan bangunan sama.
Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail ketika dihubungi awal pagi ini, menjelaskan Umno Barisan Nasional (BN) begitu terdesak hingga sanggup mengupah remaja membuat kekacauan.
“Ini tindakan samseng yang sedang menggelabah. Mereka cuba takutkan orang ramai untuk menggagalkan Himpunan Bersih 9 Julai ini.
“Anehnya, tiada seorang pun pemimpin Umno mahupun Perkasa dipanggil polis. Ironinya pimpinan Bersih termasuk Datuk Ambiga dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said pula yang disoal.
“Namun, jika itu tujuan mereka, nampaknya mereka silap besar. Budaya ugut dan ancam Umno BN hanya akan menyebabkan rakyat bangkit dan menolak mereka.
“Tuntutan kami jelas iaitu sistem pilihan raya yang bersih dan adil,” kata Saifuddin.
Tuesday, June 28, 2011
Pemuda UMNO ugut bakar ibu pejabat PKR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Perlukah sampai bertindak ganas seperti ini? Tidak boleh duduk membincangkan hal ini kah?
ReplyDeleteGolongan2 seperti inilah yang merosakkan imej sesebuah parti apabila suka menggunakan kekerasan.Walaupun segelintir sahaja yang buat hal, satu parti akan mendapat nama buruk. Mereka harus diambil tindakan.
ReplyDeletekalau membantah pun janganlah guna cara ugutan dan kekerasan.
ReplyDeleteJangan jadi bodoh sombong. Sikit2 mahu guna kekerasan. Jadilah orang yang bertamadun.
ReplyDeletesecara logiknya, takkan pemuda UMNO nk burukkan nama baik mereka dgn membuat ugutan seperti itu secara terbuka.
ReplyDeletesetuju dengan samanda, tak kan lah pemuda UMNO melakukan pekara yang merugikan diri mereka sendiri secara terang terangan..
ReplyDeleteTengok apa yang sudah jadi hanya kerana perhimpunan haram BERSIH ini sudah mula kekecohan berlaku. Siapa yang jadi mangsa nanti, keluarga dan rakan-rakan. Presiden BERSIH berfikirlah sendiri..
ReplyDeleteUMNO mana ne....ramai-ramai berani lah cuba satu...kasi pantak saja dia baru tahu...
ReplyDeleteNegara maju bertamadun masih ada golongan yang tidak bertamadun. Sedih.
ReplyDeleteMana polis? Kenapa tidak membuat penahanan?
ReplyDeleteKumpulan ini terang-terang menghina undang-undang negara tetapi penguatkuasa undang-undang kita macam sudah pekak.
ReplyDeleteKenapa tidakan liar samseng ini dibiarkan saja dan polis yang berada ditempat kejadian tidak mengambil tindakan?
ReplyDeletePresiden UMNO harus berdepan mengutuk perbuatan ahlinya dan meminta maaf secara terbuka.
ReplyDeleteSebagai parti yang memerintah, mereka sepatutnya lebih memahami undang-undang.
Kumpulan ini mesti ditahan dan didakwa ke mahkamah. Polis harus bertindak tegas demi mempertahankan maruah polis.
ReplyDeletejika PKR boleh buat laporan polis bila ada yang menentang mereka, begitu juga dengan pihak kerajaan. semua kekecohan ini bermula dari perhimpunan Bersih, dan yang patut dipersalahkan adalah penganjur perhimpunan Bersih. sedarlah bahawa tidak semua rakyat menyokong Bersih..
ReplyDelete