Kerajaan Persekutuan pimpinan BN telah “memperdayakan” rakyat apabila Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) menyatakan bahawa kerajaan menanggung bil subsidi berjumlah RM74 bilion pada 2010, kata seorang pakar ekonomi hari ini.
Bercakpa pada dialog belanjawan Selangor 2012 di Subang Jaya, profesor pelawat Universiti Nottingham, Subramaniam Pillay berkata 54 peratus daripada bil itu adalah untuk pendidikan dan kesihatan yang sebenarnya adalah tanggungjawab kerajaan.
"Semua kerajaan di dunia beri subsidi untuk barangan berlainan untuk golongan rakyat yang berbeza. Tetapi bagi pendidikan dan kesihatan, yang dinamakan oleh pakar ekonomi sebaragai 'public goods' dan ini adalah tanggungjawab kerajaan,” kata Subramaniam yang bersara daripada jawatan Ketua Sekolah Perniagaan Universiti Nottingham tahun lalu.
"Semua negara maju di seluruh dunia beri subsidi dalam jumlah yang besar untuk kesihatan, kecuali di Amerika Syarikat tetapi (Presiden Barack) Obama baru-baru ini membentangkan Rang Undang-undang Kesihatan.”
Jika dua barangan itu dikeluarkan, bil subsidi hanya berjumlah RM31.1 bilion dan daripada jumlah berkenaan, subsidi makanan yang secara langsung sampai kepada rakyat hanya bernilai RM3 bilion atau lebih kurang 2 peratus daripada bajet kerajaan persekutuan.
Katanya, sebahagian besar subsidi RM23.7 bilion untuk bahan api dan tenaga yang dibayar pada 2010 disalurkan kepada subsidi gas yang kemudiannya diberikan kepada pengeluar tenaga bebas.
"Bagi infrastruktur, semua subsidi disalurkan kepada (konsensi lebuhraya) bukan kerana mereka memerlukannya tetapi kerana mereka menandatangani perjanjian (dengan kerajaan) yang bodoh. Ini bukan subsidi untuk rakyat,” katanya.
Perangkaan RM74 bilion yang dikeluarkan oleh PEMANDU seringkali digunakan oleh BN sebagai alsan bahawa pengurangan subsisidi petrol, gas asli, diesel dan barangan makanan yang lain adalah berpatutan kerana kerajaan menanggung bebanan yang berat. -MK
Wednesday, June 29, 2011
Subsidi RM74 bilion: K'jaan perdaya rakyat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Subsidi adalah hak rakyat. Kerajaan mesti bertindakn secara bertanggungjawab.
ReplyDeleteharap subsidi untuk rakyat dapat disalurkan kepada rakyat sepenuhnya.
ReplyDeleteHarap kerajaan dapat mengagihkan subsidi dengan lebih adil.
ReplyDeleteAkhirnya rakyat yang menanggung beban bila subsidi ditarik untuk disalurkan kepada benda lain.
ReplyDeletesubsidi kena diberikan kepada rakyat. ia untuk mengurangkan beban rakyt.
ReplyDeleteapa pun yang penting subsidi perlulah sampai atau dirasai oleh rakyat...
ReplyDeleteSaya pasti ada salah faham disini. Pihak bertanggungjawab harus tampil untuk penjelasan.
ReplyDeleteApapun rakyat harus diutamakan walau apapun keadaannya.
ReplyDeleteHarap kerajaan janganlah ingat rakyat mudah dipermainkan. Kerana rakyat sekarang bukan seperti dulu kala kurang pendidikan. Tapi sekarang kerajaan boleh nampak.
ReplyDeleteJAnan memgeruhkan mata rakyat dengan angka yang berbilion-billion. Ini ada pakar yang membongkar istilah dalam angka ini supaya rakyat lebih faham kemana wang rakyat ini dibelanjakan.
ReplyDeletePerancangan yang berkesan perlu dilancarkan supaya pendapat rakyat dapat ditingkatkan.
ReplyDeleteSemakin tinggi pendapatan rakyat, semakin mudah kerajaan menarik balik subsidi.
Subsidi sepatutnya disalurkan dengan tepat pada sasaranya. Terutamanya golongan yang berpendapatan rendah.
ReplyDeleteSebenarnya tidak jadi masalah kerajaan menanggung subsidi yang semakin tinggi. Jika wang rakyat diurus dengan cekap oleh kerajaan, kerajaan mampu terus mensubsidi.
ReplyDelete1.8 juta untuk buka FB, 50 juta untuk email 1 Malaysia dll. Adakah wang ini wajar dibelanjakan?
ReplyDeleteBanyak subsidi yang tersilap masuk ke poket pihak yang salah.
ReplyDeleteSeperti penyeludup.
aiks, menghairankan. Bagaimanakah hal ini boleh berlaku??
ReplyDeletePenjelasan haruslah diberikan dan mengenai subsidi pula kerajaan haruslah menyalurkannya pada rakyat :)
ReplyDeletecuba kaji pula berapa jumlah subsidi negara2 maju selepas ditolak dengan kos pendidikan dan kesihatan.. bukan sahaja negara2 maju malah negara2 yang seangkatan dengan Malaysia..
ReplyDelete