Seorang wanita berdepan detik cemas apabila diserang dengan gunting sehingga cedera di kepala, leher dan muka oleh bekas suaminya di tempat letak kenderaan di sebuah pasar raya di bandar ini, petang semalam.
Gambar: HAZITA cedera parah di bahagian muka, leher kiri dan kanan dan belakang kepala selepas diserang bekas suami dimasukkan ke wad Hospital Raja Perempuan Zainab II (HPRZ II), semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, mangsa, pelatih salun kecantikan, Hazita Mohamad, 28, yang berasal dari Tumpat berkunjung ke pasar raya itu untuk membeli barang keperluan salun.
Keengganan merujuk kembali kepada suspek menjadi punca motif kejadian berlaku. Wanita berkenaan mengalami kecederaan parah tetapi stabil dan kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman, berkata mangsa dipercayai diekori oleh suspek sehingga ke tempat meletak kenderaan di pasar raya berkenaan sebelum bertindak menerpa masuk ke dalam kereta wanita itu.
“Suspek kemudian menggunakan gunting menikam belakang kepala, leher serta muka.
“Mereka bergelut dalam kereta berkenaan, orang ramai yang melihat kejadian cuba membantu mangsa, suspek pula bertindak melarikan diri," katanya. -BH
Tuesday, June 21, 2011
Bekas Suami Tikam Muka Guna Gunting
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Harap bekas suami perempuan ini akan diberkas dan dijatuhkan hukuman berat. Lelaki sepatutnya pandai menghormati wanita.
ReplyDeleteharap lelaki tersebut akan dapat ditangkap dan dikenakan hukumkan yang berat.
ReplyDeleteHari2 ada sahaja kejahatan berlaku. Cuba tenangkan diri dan berbincanglah untuk menyelesaikan masalah.
ReplyDeletememang wajar pun wanita ni tidak merujuk kembali kepada bekas suaminya.
ReplyDeleteKeganasan seperti ini tidak boleh dibiarkan berlaku. Kita harus mengambil tindakan tegas agar kejadian tidak berulang.
ReplyDeleteManusia mudah hilang pertimbangan.
ReplyDeletebekas suaminya begitu ganas, mmg patut wanita itu tak nak kembali padanya.
ReplyDeleteHarap suspek akan dikenakan hukuman yang berat dan setimpal dengan kesalahannya.
ReplyDeletelelaki itu tidak layak jadi suami, tetapi layak jadi banduan seumur hidup..
ReplyDeleteAlai, walaupun sudah meninggalkan bekas suaminya tapi dia masih datang nak membalas dendam. Harap hukuman berat akan dijatuhkan ke atasnya.
ReplyDeleteJangan sekali memandang ringan terhadap keganasan rumah tangga.
ReplyDeletesemoga si mangsa pulih dan dapat menjalani hidup seperti biasa walaupun ada kesan calar di muka..
ReplyDelete