Sunday, June 26, 2011

50 Penyokong PAS Sertai Umno ?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEipiceuRGxWduDnUWJZ4ZN8u_cIBLcTvzIadMKdhAjg4P-bAgmTqqOyg2onYbsA7E00XKR5jTlmAfQJn_lyGoG1FmS43EmhAOlVk35hAvpptBPPRpD7JU6DW_TNSNYAz1y1bpZMbBcpO1pE/s1600/pas-umno.jpgBACHOK: Seramai 50 penyokong PAS, termasuk Ketua Pemuda cawangan Kampung Kubang Telaga di sini mengisytiharkan keluar parti dan menyertai Umno kerana kecewa selepas menyedari mereka tertipu dengan slogan perjuangan PAS.

Sebahagian daripada mereka menyerahkan borang penyertaan kepada Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin di kampung berkenaan hari ini.

"Selepas bertahun-tahun saya menyertai PAS tiada apa-apa yang dilakukan bagi kepentingan umat Islam di Kelantan," kata Jusoh Hamat, 63, bekas anggota jawatankuasa cawangan itu, kepada pemberita selepas menyerahkan borang berkenaan.

Beliau berkata lebih mengecewakan sekarang apabila PAS lari daripada perjuangan asal iaitu menegakkan sebuah negara Islam dan beralih kepada mewujudkan sebuah negara berkebajikan sedangkan Umno telah lama memperjuangkannya.

Bekas Ketua Pemuda cawangan itu, Wan Azuan Wan Mamat, 31, berkata selama lima tahun beliau menyandang jawatan itu sehingga sekarang tiada apa-apa projek yang berasaskan Islam dilaksanakan untuk membangunkan masyarakat kampung. Katanya pelbagai slogan yang diwujudkan seperti 'membangun bersama Islam' tetapi ia hanya sebagai retorik semata-mata sekadar untuk mendapatkan sokongan rakyat bagi memenangi pilihan raya.

Rakannya Mohd Nasir Jamil, 34, berkata pada pilihan raya umum 2008 lepas, PAS menabur pelbagai janji untuk membangunkan Kelantan tetapi selepas memenanginya tidak mempedulikan nasib rakyat miskin di kampung-kampung.

Ketika berucap pada majlis itu, Awang Adek yang juga Ketua Umno Bahagian Bachok dan Timbalan Menteri Kewangan, mahu lebih ramai lagi anggota PAS di Kelantan keluar parti itu berikutan dasarnya menyimpang jauh daripada perjuangan untuk mewujudkan sebuah negara Islam.

Beliau berkata dasar baru parti itu untuk mewujudkan sebuah negara berkebajikan telah lama dilaksanakan oleh Umno sejak negara mencapai kemerdekaan.

Katanya setiap tahun kerajaan pusat membelanjakan peruntukan lebih RM10 bilion untuk membantu rakyat miskin termasuk golongan petani, peladang dan nelayan dengan melaksanakan pelbagai program.-BERNAMA

14 comments:
Write comments
  1. Penyokong PAS sertai Umno pula?

    ReplyDelete
  2. terpulanglah kepada rakyat parti mana yang mereka nak sertai.

    ReplyDelete
  3. Sekarang banyak yang menukar-nukar parti. Nampaknya mereka pun masih bingung2 untuk menentukan parti yang benar2 boleh mewakili suara rakyat.

    ReplyDelete
  4. perkasa biasa ja jika pindah2 parti ni.

    ReplyDelete
  5. Benarkah PAS sertai UMNO. Harap akan lebih ramai lagi ahli PAS akan menyertai UMNO.

    ReplyDelete
  6. Jumlah keahlian tidak menentukan jumlah undi.

    ReplyDelete
  7. Tak perlu gemba-gemburkan pekara remeh ini. Lompat parti adalah pekara biasa di Malaysia terutamanya berdekatan pilihan raya.

    ReplyDelete
  8. Tak kira lompat dari UMNO ke PAS, PAS ke UMNO, atau dari parti ini ke parti itu, bagi saya golongan ini cuma segelintir ahli parti politik yang lemah semangat dan tidak berpendirian.

    ReplyDelete
  9. Mereka tidak akan melemahkan PAS juga tidak akan menguatkan UMNO.

    ReplyDelete
  10. Sepatutnya ada persefahaman antara parti-parti politik tidak menerima ahli yang melompat dari parti lain.

    ReplyDelete
  11. Semoga mereka puas hati dengan parti baru yang mereka sertai. Segala tuntutan mereka dapat ditunaikan dalam parti baru mereka.

    ReplyDelete
  12. PAS tidak rugi dengan pemergian mereka malah lebih mantap kerana kurangnya ahli yang tidak berkualiti.

    ReplyDelete
  13. itu adalah pilihan mereka sendiri..good luck..

    ReplyDelete
  14. mereka yang sudah bertahun2 dalam PAS tahu segala bentuk kepincangan dan kelemahan dalam PAS. betullah lompat parti ini perkara biasa dalam politik, tapi untuk mengatakan tindakan itu tidak memberikan apa2 kesan kepada parti adalah silap.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.