Wednesday, June 22, 2011

Adun Labuk Bohong - Pengundi

SEORANG pengadu yang juga merupakan wakil belia dari Kampung Baba, Telupid telah menemui ActionLine baru-baru ini bagi meluahkan rasa kecewanya serta penduduk kampung yang lain mengenai masalah bekalan elektrik di kampung mereka.

Donysius Salati, 22 memberitahu ActionLine bahawa kampungnya dan sebuah kampung lagi kampung yang berdekatan iaitu Kampung Ansuan masih belum menerima bekalan elektrik meskipun sudah lama beradadi bawah teraju kepimpinan parti kerajaan.

“Kami berasa amat kecewa. Apatah lagi jika mengenangkan janji-janji wakil rakyat kepada penduduk kampung pada pilihan raya yang lepas. Yang Berhormat (gambar) Datuk Micheal Asang (Adun Labuk) pada ketika itu begitu berkobar-kobar melaungkan kata-kata seperti ‘jangan panggil saya YB kalau tiada bekalan elektrik di sini sehingga ke pilihan raya akan datang’. Penduduk kampung sebenarnya amat menaruh harapan dengan janji-janji tersebut,” ujarnya.

“Bagaimana pun, selepas memenangi pilihan raya, lain pula ceritanya. Ketika menagih janji dari wakil rakyat, kami dimaklumkan pula oleh pembantu kanan beliau bahawa kos untuk menyalurkan bekalan elektrik ke kampung kami terlalu tinggi. Dan tiada cara lain yang dapat dilakukan melainkan hanya menunggu tindakan selanjutnya daripada pihak kerajaan,” tambah pengadu.

ActionLine kemudiannya dimaklumkan bahawa Kampung Baba cuma terletak kira-kira 16 kilometer dari pekan Telupid dan Kampung Berayung yang terletak sebelum Kampung Baba dikatakan sudah pun menerima bekalan elektrik. Namun begitu terdapat sebatang sungai yang lebarnya kira-kira 15 meter iaitu Sungai Labuk menjadi pemisah di antara kedua-dua kampung tersebut.

“Sungai inilah yang dikatakan menjadi halangan utama kepada pihak kerajaan untuk menyalurkan kemudahan bekalan elektrik kepada kami. Kalau pun benar kos yang perlu dikeluarkan supaya kami dapat menikmati bekalan elektrik seperti orang lain adalah terlalu tinggi, sampai bila mereka perlu berpegang dengan alasan tersebut? Tidakkah ada alternatif yang lain yang boleh diguna pakai supaya kami juga dapat hidup dengan selesa?”

Menurut pengadu, disebabkan ketiadaan fasiliti tersebut, penduduk kampung terpaksa menggunakan mesin penjana kuasa bagi membekalkan tenaga elektrik kepada rumah mereka. Walau bagaimana pun, mereka masih perlu menanggung kos yang tinggi iaitu sekitar RM300 sebulan bagi mendapatkan kemudahan tersebut. “Itu pun bekalan elektrik hanya disalurkan pada waktu malam bagi menjimatkan kos. Dan sekiranyakehabisan minyak diesel, kami terpaksa menggunakan lampu pelita kerana tiada pilihan lain.”

“Kami amat berharap agar pihak yang berkaitan dapat turun padang dan melawat sendiri kampung kami selain mengambil tindakan yang sewajarnya. Pada zaman yang serba maju ini, kami seolah-olah dihukum dengan tidak diberikan sebarang kemudahan hanya disebabkan oleh sebatang sungai.”

“Bagaimana kami dapat meningkatkan taraf kehidupan sekiranya langsung tiada kemajuan yang dapat dirasai oleh penduduk di sini. Kami bukan sahaja tidak mempunyai bekalan elektrik, malah kami juga tidak boleh menggunakan telefon bimbit kerana ketiadaan liputan. Bukan itu sahaja, siaran radio dan televisyen juga sukar didapati. Bagi penduduk yang berkemampuan, bolehlah melanggan stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Itupun ianya hanya boleh dinikmati pada waktu malam,” jelas pengadu lagi.

“Seiring dengan perubahan zaman, pemimpin tempatan juga harus faham bahawa mentaliti rakyat turut berubah. Jika dulu kebanyakan ibu bapa kami yang buta huruf akan begitu mudah terpengaruh dengan janji-janji kosong yang ditaburkan. Tetapi kini kebanyakan anak muda di kampung ini sudah berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat universiti. Cakap-cakap kosong seperti itu sudah tidak relevan lagi, yang kami mahukan ialah perubahan yang nyata.”

“Dan apa yang pasti, jika kerajaan begitu prihatin dan sanggup untuk membelanjakan sedikit wang untuk kemudahan bekalan elektrik di sini, ia pasti akan membuka satu lembaran kehidupan baru kepada kira-kira 200 penduduk di Kampung Baba dan 400 lagi penduduk di Kampung Ansuan.”

http://masdarwahid.blogspot.com

18 comments:
Write comments
  1. Harap kerajaan akan memberi perhatian terhadap permintaan rakyat.

    ReplyDelete
  2. Infrastruktur asas seperti ini adalah tanggungjawab kerajaan untuk menyediakannya.

    ReplyDelete
  3. harap keperluan penduduk akan dipenuhi agar dapat memberikan keselesaan kepada rakyat.

    ReplyDelete
  4. wakil rakyat kena tunaikan janji..

    ReplyDelete
  5. Simpati dengan kesukaran yang dialami oleh mereka. Harap wakil rakyat dapat membuat sesuatu untuk meringankan beban mereka.

    ReplyDelete
  6. Lain kali masa berkempen jangan sembarang cakap boleh buat itu ini. Ikut kemampuan dan realiti peruntukan yang ada.

    ReplyDelete
  7. walau setinggi mana kos menyalurkan bekalan elektrik ke kampung itu, tinggi lagi nilai undian penduduk kampung tersebut walaupun jumlahnya tidakpun mencecah seribu orang..

    ReplyDelete
  8. wakil rakyat kena berusaha untuk tunaikan janjinya. rakyat menuntut janji2 tersebut.

    ReplyDelete
  9. Nampaknya lagi janji dari wakil rakyat yang tidak bertanggungjawab. Apa pun kalau wakil rakyat masih sebegini nampaknya rakyat tahu apa yang perlu untuk mereka.

    ReplyDelete
  10. Inilah masalah yang selalu diadukan oleh penduduk setempat terhadap YB mereka.
    Rakyat harus faham apa peranan YB sebenarnya.

    ReplyDelete
  11. 'Yang Behormat' jadilah orang yang benar-benar dihormati.
    Salah satu ciri-ciri yang mesti ada pada watak seseorang yang dipanggil YB adalah memegang dan menunaikan janji.

    ReplyDelete
  12. Jangan lagi mengundi pembohong yang cuma pandai manabur janji.
    Sampai masa nanti, tamatkan hayat politik dia dengan hak yang diberi kepada kita dan peluang ini cuma empat atau lima tahun sekali.

    ReplyDelete
  13. Jangan lagi kena tipu. Pergi jumpa YB tersebut dan tanya dia apa sudah jadi pada janji dia.

    Minta dia tunaikan janji dia.

    ReplyDelete
  14. Barangkali YB tersebut terlalu sibik. Jadi lain kali kita pilih YB yang ada masa untuk rakyat.

    ReplyDelete
  15. mana ada lain kali lagi. Tak perlu kempen lagi, rakyat tidak lagi mudah terpedaya.

    ReplyDelete
  16. Kenyataan di atas tidak berasas,fakta kg.Baba tidak betul usaha Wakil Rakyat sentiasa berterusan,penghalang kepada kemudahan ini tidak dapat di relisasikan ialah kerana kemempuan atau faktor faedah GLC yang di amanahkan untuk menyelasaikan permasalahan penduduk kg.Baba.

    ReplyDelete
  17. Anak Anak Kg.Kg BabaJune 24, 2011 at 2:38 AM

    Dunysius Selati adalah anak kepada mantan ketua kampong BABA ia itu SALATI SELUPAN,yang di pecat oleh mantan wakil rakyat Labuk Datuk Tan Yung Gee,setelah kalah dalam pilihan raya tahun 1998 oleh calon PBS YB Datuk Seri Micheal Asang.Dia menaruh harapan agar bapanya dilantik semula ke jawatan ketua kampong Baba oleh Datuk Seri Micheal Asang tetepi DSP Micheal Asang tidak berbuat demikian kerana berpendapat biarlah keputusan memiilih ketua kg.di putuskakan oleh penduduk kg.Baba sendiri, sebab itulah dia tergemak memfithnah DSP Micheal Asang Melelui ACTION LINE SABAH TIMES.PBS N.40 Labuk menuntut kepada Donisius Salati Agar membuat kenyataan memohon maaf kepada DSP M.Asang Dalam masa 14 hari dari beliau membuat kenyataan,jika gagal tindakan laporan Polis dan Saman akan di jalankan.

    ReplyDelete
  18. Oleh itu, pandai-pandailah menilainya.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.