Monday, June 20, 2011

Anwar Tidak Sokong Bersih?

http://www.thewashingtonnote.com/twn_up_fls/anwar%20ibrahim.jpgKetua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin berdolak-dalik dengan menolak dakwaan beliau tidak menyokong Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 yang akan diadakan 9 Julai ini.

Sebaliknya, beliau menegaskan kenyataannya telah disalah tafsir oleh media dan beliau sentiasa menyokong Perhimpunan Bersih 2.0.

“Bukan… saya menyokong kedudukan dia (Pengerusi Bersih 2.0) Datuk S. Ambiga supaya Perhimpunan Bersih ini perlu diteruskan. Ini jelas satu salah faham.

“Apa yang saya cakap telah disalah tafsir... Saya cakap sekiranya proses pilihan raya kita bersih dan adil sudah pasti tidak perlu adakan Perhimpunan Bersih,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan, Ambiga yang menolak cadangan Anwar yang dikatakan meminta perhimpunan pada 9 Julai ini dibatalkan jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji bahawa pilihan raya umum diadakan secara bersih dan adil.

Sehubungan itu bekas Presiden Majlis Peguam itu menegaskan perhimpunan berkenaan akan diteruskan seperti yang dirancang dan keputusan untuk membatalkannya bukan ditangan Anwar.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) berkata, jika media sengaja cuba untuk melaga-lagakan beliau dan Ambiga ternyata usaha tersebut tidak berjaya.

“Saya seorang demokrat, saya bukan pemimpin Umno. Saya kata semalam, kalau pilihan raya itu bersih dan adil tak perlu ada perarakan dan demonstrasi. Tapi liputannya berbeza seolah-olah saya tak setuju dengan perarakan tak benar,” katanya.

Justeru, Anwar berkata sebagai tanda sokongannya beliau akan hadir dan menyertai perarakan yang diadakan pada 9 Julai ini.

Perhimpunan Bersih 2.0 akan diadakan di tiga lokasi iaitu pusat membeli belah Sogo, Masjid Kampung Baru dan Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Dianggarkan lebih 57 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), akan menyertai perhimpunan tersebut.

Selain itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pemuda Umno turut melancarkan demonstrasi pada tarikh yang sama bagi membantah perarakan tersebut.

25 comments:
Write comments
  1. Mana2 saja yang penting perhimpunan ini tidak akan diadakan. Sia2 usaha kita selama ini bersatu jika ada yang cuba mencemar usaha itu.

    ReplyDelete
  2. Orang2 yang melakukan kekecohan seharusnya diambil tindakan tegas. Orang2 seperti ini sememangnya tidak ada pendidikan untuk berfikir secara matang hanya ingin memberontak sahaja.

    ReplyDelete
  3. Sejauh manakah BERSIH memberi kesan kepada PRU13

    ReplyDelete
  4. Harap memberi kesan yang positif

    ReplyDelete
  5. Biar rakyat yang tentukan sama ada Bersih patut disokong ataupun tidak.

    ReplyDelete
  6. 9 Julai tu tak lama lagi tu..rasanya demonstrasi BERSIH ni memang tetap dijalankan. begitu juga dengan perhimpunan Gerak Aman. tengoklah apa yang akan terjadi nanti.

    ReplyDelete
  7. Belum pun demonstrasi, sudah ada yang emosional. Bila tiba hari yang dinanti, tidak mustahil jika kekecohan berlaku. Mau sangat jadi Barbarian kan, balai polis dan penjara nanti "fully booked".

    ReplyDelete
  8. Ambil pedoman dari negara2 yang masih berperang. Masing2 mahu menang saja, tidak ada toleransi. Bersyukurlah negara kita masih aman. Jadi jangan timbulkan masalah yang boleh menggugat keamanan negara.

    ReplyDelete
  9. Kebosanan yang melanda mungkin BERSIH boleh memeriahkan suasana. lol.

    ReplyDelete
  10. Buat apa la nak buat perhimpunan2 ni...nnt pelancong2 nampak apa diorang punya anggapan??

    ReplyDelete
  11. semua harus bersikap rasional..jangan lah menimbulkan suasana yang tidak diingini..

    ReplyDelete
  12. Tujuan bersih 2.0 adalah untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil. Sekiranya sistem pilihan raya kita telah mencapai matlamat demikian, perarakan Bersih 2.0 tidak perlu dijalankan lagi.

    ReplyDelete
  13. Anwar sokong atau tidak, Bersih 2.0 tetap diadakan. Ambiga sudah menegaskan bahawa ia tetap akan dijalankan.

    ReplyDelete
  14. Kenapa Anwar dikatakan tidak menyokong perarakan ini? Jika perarakan ini berjaya diadakan, ia menguntungkan PR.

    ReplyDelete
  15. Ambiga cakap tidak tahu apa yang Anwar cadangkan. bersih tetap dijalankan. Mungkin nanti kita nampak Anwar turut bersama Bersih.

    ReplyDelete
  16. Saat ini bukan lagi kuasa atau pengaruh Anwar yang boleh menentukan samada Bersih diteruskan atau dibatalkan.

    ReplyDelete
  17. Tujuan Gerak Aman dan Bersih sama, cuba bergaul bersama.
    Untuk menuntut sesuatu yang baik, latar belakang atau ideologi yang berbeza tidak penting.

    ReplyDelete
  18. Sokong atau tidak terpulanglah. Yang penting rasis harus dielakkan.

    ReplyDelete
  19. Apapun, pandai2 lah rakyat nila perkara ini.

    ReplyDelete
  20. kalau pilihanraya adil pun, selagi Pakatan tidak berjaya merampas Puterajaya, selagi itu mereka akan cakap tidak adil. demonstrasi jalanan ini tetap akan diadakan untuk menarik perhatian luar supaya sama2 memberikan tekanan kepada kerajaan.. Pakatan sudah tidak ada cara lain untuk merampas kerajaan melainkan dengan cara ini..

    ReplyDelete
  21. Mungkin Anwar menafikan semua ini tapi dalang dalam semua ini mesti adalah dari pihak pembangkang itu sendiri.

    ReplyDelete
  22. Tapi jikaboleh kita tidak mahu negara kita menjadi huru-hara. Selesaikanlah secara senang dan bukan dengan perhimpunan haram ini.

    ReplyDelete
  23. Bersih ini hnya agenda politik pembangkang.

    ReplyDelete
  24. kita tungguh saja....tak perlu bising-bising..siapa yg benar..maka beruntung c apa yg tidak...

    ReplyDelete
  25. Sokong atau tidak sokong?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.