Sejak dua minggu lalu, kebanyakan peniaga bahan keperluan di beberapa pasar mendakwa berlaku kenaikan harga terutama barangan mentah di pasar khususnya ikan dan ayam.
Tinjauan ke Pasar Chow Kit mendapati, harga ayam meningkat 50 sen hingga RM1 sekilogram yang dijual pada harga RM8 atau RM8.50 sekilogram berbanding RM7.50 sekilogram sebelum ini.
Malah, lebih mengejutkan harga ikan kembung yang dijual pada harga RM6 sekilogram meningkat sehingga 100 peratus iaitu pada harga RM12 sekilogram sejak tiga hari lalu.
Peniaga, Ali Mahmud, 28, berkata, kenaikan harga berlaku sejak dua minggu lalu dengan kenaikan 20 sen hingga RM6 menyebabkan peniaga menerima pelbagai rungutan daripada pembeli.
“Kami menerima barangan daripada pemborong. Jika mereka menaikkan harga kami terpaksa menjual pada harga tinggi walaupun kadang-kadang keuntungan sedikit.
“Peniaga dalam dilema kerana setiap hari terpaksa menerima rungutan daripada pembeli jika berlaku keadaan sedemikian,” katanya.
Menurutnya, dia tidak pernah menaikkan harga ayam sesuka hati kerana sedia maklum bahan mentah berkenaan barangan kawalan.
Peniaga ikan yang mahu dikenali Hairi, 29, berkata minggu ini menyaksikan kenaikan beberapa jenis ikan seperti kembung, kerisi dan selar sehingga dua kali ganda daripada harga sebelum ini.
“Kekurangan bekalan ikan terutama kembung akibat keadaan cuaca tidak menentu menyebabkan harganya naik mendadak dan ini kali kedua harga ikan naik.
“Kami tidak dapat menjangka harganya akan turun dalam masa terdekat kerana tidak menunjukkan ia akan kembali normal dan bergantung keadaan semasa,” katanya. -hm
Wednesday, June 29, 2011
Rakyat Terjerut: Harga Ikan Dan Ayam Naik Melambung
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kekurangan bekalan ikan akan menyebabkan harga naik.
ReplyDeletecuaca yang tidak menentu sememangnya akan menyebabkan bekalan ikan berkurangan dan harga akan naik.
ReplyDeleteharap tiada peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga sesuka hati. kenaikan seperti ini memang sudah cukup mahal.
ReplyDeleteSudah naik melambung lagi. Kerajaan perlu memantau kenaikan harga.
ReplyDeletekenaikan harga ikan dan ayam secara mendadak ini mmg akan memberi beban kepada pengguna.
ReplyDeleteLepas ni mungkin kena pelihara ikan sendiri, tanam sayur etc kalau semua pun naik harga.
ReplyDeleteSemua nak naik harga tapi gaji tiada perubahan. Susahah kalau macam ni.
ReplyDeleteKita tidak juga boleh salahkan para perniaga. Mereka pun membeli dengan pemborong. Jadi jika harga borong tinggi maka para perniaga juga terpaksa berbuat yang sama kepada pembeli. Tapi janganlah terlalu tinggi dari harga asal.
ReplyDeleteJika harga ikan dan ayam mahal, lebih baik tak perlu makan ikan dan ayam buat sementara. Adalah lebih baik lagi jika ikan dan ayam tu dipelihara sendiri untuk makan sendiri.
ReplyDeleteLepas ni saya makan sayur ja la, itupun yang ditanam sendiri dalam pasu bunga :P
ReplyDeleteHarap hal ini dipantau secepatnya, kalau berterusan susah lah. huhu
ReplyDeletekalau kenaikkan harga ikan disebabkan oleh cuaca, bagaimana pula dengan ayam? atau mungkin pemborong mengambil kesempatan menaikkan harga disebabkan kenaikkan harga bahan bakar??
ReplyDelete