Sunday, June 26, 2011

PRU 13 : Pakatan sasar tawan 11 negeri

Selain mengekalkan empat negeri yang dikuasainya sekarang dan memenangi semula Perak, Pakatan Rakyat mensasarkan untuk menubuhkan kerajaan di enam lagi negeri dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurut pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, Pakatan telah menetapkan tiga sasarannya dalam pilihan raya umum akan datang, iaitu:

1. Mengekalkan penguasaannya di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan;

2. Memenangi semula negeri Perak yang didakwanya dirampas dari tangan Pakatan secara haram; dan

3. Menubuhkan kerajaan di enam lagi negeri - Negri Sembilan, Johor, Malacca, Pahang, Terengganu dan Perlis.

NONELim yang juga ahli parlimen Ipoh Timur menegaskan demikian ketika berucap di majlis makan malam DAP Teluk Intan semalam.

Beliau menyifatkan pilihan raya umum ke-13 amat penting kerana ia bukan sahaja bakal menyaksikan perebutan hebat di semua 11 negeri di Semenanjung Malaysia, tetapi juga penguasaan Putrajaya.

Lim mendakwa, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyedari perkara itu, menyebabkan beliau teragak-agak untuk menetapkan tarikh pilihan raya umum yang akan datang.

Sehubungan itu, Lim meramalkan pilihan raya umum mungkin diadakan sama ada hujung tahun ini atau tahun depan.

Beliau juga berkata, pilihan raya umum kali ini merupakan yang pertama dalam sejarah yang bakal menyaksikan persaingan 'hidup mati' BN dan Umno.

Selama ini, kata Lim, Umno dan kerajaan BN mengekal kuasanya dengan mudah sehinggalah tercetusnya tsunama politik pada pilihan raya umum 2008 di mana ia mengalami kekalahan teruk dan hilang penguasaan dua pertiga di Dewan Rakyat.

"Umno dan BN akan berdepan dengan persaingan 'hidup matinya' dalam pilihan raya umum ke-13 - bukan setakat sama ada ia boleh memperolehi semula majoriti dua pertiga, tetapi juga sama ada ia dapat mengekalkan kuasa atau bakal menjadi pembangkang," kata Lim. -MK

14 comments:
Write comments
  1. Tunggulah dan lihat sama ada Pakatan mampu menawan 11 negeri seperti yang disasarkan.

    ReplyDelete
  2. Nampaknya Pakatan begitu berkeyakinan untuk menang dalam PRU-13 nanti.

    ReplyDelete
  3. Sekalipun Pakatan menang nanti, belum tentu mereka akan sepakat kerana agenda dan perjuangan yang berlainan. Akhirnya seperti retak menanti belah jua.

    ReplyDelete
  4. begitu besar sasaran pakatan ni, tapi tak tau tercapai ke tidak sasaran mereka ni.

    ReplyDelete
  5. Sasaran 11 negeri untuk ditawan. Semoga berjaya..Kita tunggu saja sampai mana kebenaran PR.

    ReplyDelete
  6. Tidak salah untuk berangan-angan. Sama ada ia akan jadi realiti ataupun tidak, kita tunggu saja keputusan PRU 13.

    ReplyDelete
  7. Apa beza menawan 11 negeri dan menawan Puterajaya?

    ReplyDelete
  8. Menawan 11 buah negeri? Ini memang hasrat dan mimpi Lim.
    Jadi ke tidak belum tahu lagi.

    ReplyDelete
  9. Ingat begitu senangkah mau menawan sebelas buah negeri? Kalau dapat mempertahankan Peneng, Selangor, Kedah dan Kelantan, itupun cukup sudah.
    Kalau ada penambahan, tu bonus namanya.

    ReplyDelete
  10. Cita-cita tinggi menyentuh langit,
    Tidak mudah tapi mungkin.

    Pencapaian bagaimana?
    Kita yang menentukan.

    ReplyDelete
  11. Lim cukup berkeyakinan. Keyakinan tidak menjamin kemenangan. Tapi saya salute Lim kerana semangat beliau berjuang.

    ReplyDelete
  12. Sudah banyak kali DAP menghadapi krisis seperti kekalahan teruk pada pilihan raya yang lalu.

    ReplyDelete
  13. sekarang ni semua parti menyatakan keyakianan mereka untuk mendapat sokongan rakyat. apa pun tunggu dan lihat sajalah.

    ReplyDelete
  14. mengekalkan empat buah negeri pun belum tentu Pakatan mampu, inikan pula sebelas negeri..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.