Tuesday, June 21, 2011

Bancian 'Star' - 99% sokong himpunan BERSIH

Sejumlah 99 peratus daripada lebih sejuta responden menyokong perhimpunan BERSIH pada 9 Julai ini dalam bancian yang dijalankan oleh The Star Online.

Jumlah sebenar bilangan responden tidak dapat disahkan apabila portal berita berkenaan menghentikan banciannya kira-kira tengahari tadi.

NONEMenurut skrin yang dirakamkan oleh seorang pengguna Facebook, jumlah responden mencecah 1.3 juta pada jam 12.25 tengah hari berbanding 527,330 yang dicatatkan pada jam 6.11 pagi ini, yang dirakamkan menerusi laman Google Cache.

Soalan yang dikemukakan berbunyi 'Apa pandangan anda berhubung perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai?, 1,312,917 responden menjawap 'Ia sepatutnya dibenar diteruskan' pada 12.25 tengahhari.

Manakala pilihan satu lagi - 'Ia harus dibatalkan' - hanya dipilih oleh 14,222 responden. -MK

20 comments:
Write comments
  1. salam. sekiranya tujuan dan maksud perhimpunan tersebut lebih berpihak kepada rakyat saya amat bersetuju sekali kerana inilah peluang wadah untuk kita meluahkan ketidak kepuasan pada yg memerintah.

    ReplyDelete
  2. Ini peluang baik untuk memperjuangkan hak rakyat dalam kebebasan dan hak berhimpun dan mengundi.

    ReplyDelete
  3. Nampaknya kebanyakan pembaca The Star juga bersetuju.

    ReplyDelete
  4. setiap orang ada pendapat masing-masing. harap semua pihak dapat memikirkan kepentingan awam.

    ReplyDelete
  5. mestilah ramai yang sokong sebab semua rakyat pun mau pilihanraya dijalankan bersih dan adil.

    ReplyDelete
  6. Kalau benar Malaysia ini negara demokrasi, maka wajarlah rakyat diberi peluang untuk bersuara. Harap BERSIH 2.0 berjalan dengan aman.

    ReplyDelete
  7. Betulkah bancian ini? Jangan2 ada yang sabotaj nie...heran juga Orang Malaysia ni sukakan keganasan.

    ReplyDelete
  8. Membuang masa dan memalukan.

    ReplyDelete
  9. Harap niat BERSIH 2.0 ini telus dan memang untuk menjaga kepentingan rakyat. Bukan agenda terselindung pembangkang.

    ReplyDelete
  10. setahu saya ramai yang membantah perhimpunan ini, takkan 99 peratus pula bleh setuju. mgkin bancian itu diambil pada satu tempat sahaja.

    ReplyDelete
  11. Kita tunggu saja apa yang BERSIH mampu lakukan selepas ini.

    ReplyDelete
  12. kenapa tidak buat bancian dikawasan yang bakal dikunjungi atau dilalui oleh peserta perhimpunan Bersih?? kalau secara online, yang tidak tahu apa2 pun boleh cakap setuju sebab bukan mereka yang terima kesannya..

    ReplyDelete
  13. Banci ini telah membuktikan rakyat mahukan pilihanraya yang lebih adil.
    Menghalang perhimpunan ini akan mengakibatkan BN kehilangan lebih bnayak sokongan.

    ReplyDelete
  14. Ramai pula yang sokong. Bermakna ramai yang sedar pentingnya satu pilihan raya yang adil dan bersih.

    ReplyDelete
  15. Ini satu petunjuk bahawa rakyat inginkan perubahan. Apa yang berlaku di Timur Tengah telah membuka mata rakyat yang dahulunya terlalu mudah terpedaya dengan kata -kata manis satu pihak.

    ReplyDelete
  16. Kenapa hentikan bancian itu? Takut nak berdepan dengan kenenaran?

    ReplyDelete
  17. Maklumat dari banci ini harus dijadikan rujukan kepada kerajaan. Hasrat rakyat mesti dijaga.

    ReplyDelete
  18. Bancian ini melibatkan jutaan orang. Jangan pandang remeh dengan bancian ini.

    ReplyDelete
  19. Tidak salah untuk menyokong mereka kerana tujuan BERSIH ini adalah untuk memperjuangkan hak rakyat.

    ReplyDelete
  20. Teruskan usaha BERSIH! Selamat berjuang.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.