Risalah berwarna kuning dilekatkan pada belasan kereta di Seksyen 2 Wangsa Maju, menyeru "tumbangkan kerajaan sekarang" atas nama "BERSIH 2.0", pagi ini. Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, Wong Chin Huat menafikan bahawa risalah ini diedarkan oleh pihak BERSIH 2.0, dan mengecam sekeras-keras tindakan pemalsuan ini.
Wartawan MerdekaReview diberitahu bahawa risalah kuning dilekatkan pada kenderaan di tempat letak kereta Seksyen 2 Wangsa Maju, pagi ini. Antara mesej yang tertera pada risalah tersebut termasuklah "PERHIMPUNAN Bersih2.0", "BERSAMA KITA TUMBANGKAN KERAJAAN SEKARANG!!!", dan "BUKTIKAN KITA MAMPU SEPERTI LIBYA !!"
Banyak lagi risalah sedemikian yang bertaburan di situ, tanpa mengetahui siapakah pengedarnya.
Setelah meneliti gambar yang ditunjukkan MerdekaReview, Wong Chin Huat menekankan bahawa BERSIH tidak menyeru untuk menggulingkan kerajaan, dan tidak menyamakan gerakan ini dengan gerakan pembangkang di dunia Timur Tengah, maka risalah tersebut bukan diedarkan BERSIH. Justeru itu, adalah tidak masuk akal seandainya BERSIH menyeru "BUKTIKAN KITA MAMPU SEPERTI LIBYA !!", katanya.
"BERSIH bukan untuk menggulingkan kerajaan, tetapi menyeru untuk mereformasikan sistem pilihan raya, meningkatkan keabsahan kerajaan yang dipilih rakyat," tegasnya.
Wong Chin Huat mengecam tindakan menyamar dan memalsukan mesej asal BERSIH, dan juga meminta agar orang awam berwaspada terhadap taktik sedemikian. Beliau menjangka saluran penyebaran mesej BERSIH 2.0 akan disempitkan, berikutan tindakan polis menyerbu dan menggeledah pejabat BERSIH 2.0, tengah hari tadi.
Beliau berkata, BERSIH 2.0 hanya menyeru agar rakyat turun untuk berhimpun pada 9 Julai, sebagai tanda sokongan terhadap tuntutan BERSIH 2.0. Wong meminta agar rakyat memakai baju kuning, membawa bendera dan kamera, "Seandainya dihalang dan gagal menyertai himpunan BERSIH, ambillah gambar di tempat tersebut sebagai kenangan. Jangan memberi laluan kepada halangan yang berniat jahat," katanya.
*Chan Kim Ming ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disunting dan diterjemah dari teks asal.
Wednesday, June 29, 2011
Risalah palsu BERSIH 2.0 diedar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Rakyat perlulah pandai menilai sama ada ini palsu ataupun sebaliknya.
ReplyDeletemacam-macam isu yang timbul. setiap individu perlu bijak menilai.
ReplyDeleteAda juga pihak yang ingin ambil kesempatan dalam kesempitan.
ReplyDeletemesti ada pihak yang lagi nak timbulkan kekecohan. rasanya mereka yang lakukan ni bukan pihak yang pro-Bersih 2.0 tapi anti-bersih. harap perkara ini disiasat
ReplyDeletepalsu atau tidak, risalah seperti ini tak harus diedarkan.
ReplyDeleteInilah masalahnya. Akan ada pihak yang ambil peluang untuk buat kacau.
ReplyDeleteBahang perhimpunan BERSIH semakin terasa.
ReplyDeleteTidak mustahil ini juga kerja orang BERSIH itu sendiri yang benar-benar menentang kerajaan seperti PR.
ReplyDeletetidak tahu siapa yang menyebarkan risalah itu..sebarang tindakan yang boleh memberikan kesan yang tidak baik haruslah dielakkan.
ReplyDeletePaling popular Bersih.. Hmmm, harap tidak ada kekecohan yang berlaku.
ReplyDeleteApapun, pandai2lah kita membuat penilaian.
ReplyDeletepersoalannya, jika benar tujuannya bukan untuk menumbangkan kerajaan, kenapa penganjur Bersih menolak pelawaan SPR untuk berbincang?? bukankah berbincang itu akan menyelesaikan masalah? jika tuntutan Bersih masih tidak tercapai melalui perbincangan, barulah teruskan perhimpunan ini..
ReplyDelete