Wednesday, June 29, 2011

Politik samseng UMNO-BN beri kelebihan kepada PR

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjvxYTWSxanq5vEjfVXTPSo-EG-uPKbPnpCUSzP5VAVycv35z5CZkP6lLaAkO2poCq_L29HgtsI1AKKkK7fTpDaa-XC-YXiHWmR48K5yM5kgoToRi5otNNmydm5YFlIYrYm8Wt6DQMqx9jc/s1600/kumpul.jpgPermainan politik UMNO-Barisan Nasional yang semakin kotor memberikan kelebihan kepada Pakatan Rakyat menjelang pilihanraya umum ke-13. Rakyat yang semakin sedar dan celik maklumat tidak mudah ditipu dan diporak-perandakan oleh politik usang serta jijik UMNO-Barisan Nasional.

Perkembangan terbaru dengan ugutan demonstrasi balas Pemuda UMNO dan PERKASA terhadap perhimpunan aman BERSIH menjadi contoh. Selain daripada itu juga, penangkapan dan soal siasat beramai-ramai terhadap pimpinan parti politik termasuk Angkatan Muda Keadilan, Parti Sosialis, tokoh rakyat seperti A. Samad Said dan Anwar Ibrahim memberikan gambaran bagaimana institusi keselamatan awam digunakan demi kepentingan politik tertentu.

Pelbagai pesanan ringkas SMS ugutan bunuh diterima oleh pimpinan parti politik dan badan bukan kerajaan. Pada malam ini juga, sekumpulan samseng yang dipercayai daripada parti politik tertentu membuat kacau di hadapan pejabat Parti Keadilan rakyat.

Contoh-contoh yang diberikan ini jelas membuktikan bahawa UMNO-Barisan Nasional tidak mampu lagi berjuang isu rakyat dan kepentingan Negara selain daripada kepentingan politik sendiri. Isu kenaikan harga barang, pembaziran dalam perbelanjaan kerajaan dengan kes terbaru perbelanjaan ke luar Negara Perdana Menteri dan isteri Rosmah Mansor dalam masa tiga tahun mencecah RM 17 juta. Semua ini tidak dibahas oleh pemerintah bobrok sedia ada UMNO Barisan Nasional yang akhirnya membebankan rakyat.

Dengan ini, Angkatan Muda Keadilan Selangor optimis bahawa Pakatan Rakyat mampu mengambil alih tampuk pemerintahan persekutuan dan memenangi 11 kerajaan negeri akibat politik samseng UMNO Barisan Nasional yang memakan diri.

Saifullah Mohd Zulkifli (gambar kanan) selaku Ketua Penerangan, Angkatan Muda Keadilan Selangor. -Detikdaily

19 comments:
Write comments
  1. Keputusan akhir terletak dalam tangan rakyat juga.

    ReplyDelete
  2. gunakanlah saluran yang betul untuk menunjukkan bantahan dan rasa tidak puas hati. cara sebegini hanya akan menimbulkan kemarahan dan kekecohan.

    ReplyDelete
  3. Ataupun mereka ini sebenarnya PKR yang menyamar jadi ahli UMNO dan sengaja membuat kacau? Siapa tahu.

    ReplyDelete
  4. Apalah faedah buat begitu? Macam orang tiada tamadun.

    ReplyDelete
  5. PR hnya tau memanipulasi sesuatu perkara.

    ReplyDelete
  6. rakyat perlu bijak menilai sesuatu pekara...

    ReplyDelete
  7. Api tidak seharusnya dibalas dengan Api.

    ReplyDelete
  8. Semua perhimpunan tidak kira dari pihak mana, tidak seharusnya mendapat sokongan rakyat.

    ReplyDelete
  9. Janganlah bertindak terburu-buru. Setiap masalah ada jalan penyelesaian.

    ReplyDelete
  10. Perbuatan yang melampau ini cuma mencerminkan ketandusan kualiti parti tersebut.

    ReplyDelete
  11. Tindakan yang wajar harus diambil terhadap kumpulan ini. Siasat samada mereka ini ahli sah UMNO atau tidak. Atau ada pihak yang ingin memburuk-burukan UMNO.

    ReplyDelete
  12. Segala tindkan yang tidak releven seperti perbuatan liar ini cuma memanfaatkan mangsa perbuatan liar ini. iaitu PKR.

    ReplyDelete
  13. Pemuda UMNO silap kerana mengunakan keganasan untuk menuntut sesuatu.
    Jika mereka mengajak PKR ke meja runding, maka markah yang diberi tentu lain berbanding apa yang mereka laukan sekarang.

    ReplyDelete
  14. Jangan harap rakyat akan menyokong perbuatan liar ini. Makin liar makin jauh sokongan dari rakyat.

    ReplyDelete
  15. Betulkah mereka Pemuda UMNO? Sukar nak percaya bahawa keganasan sudah jadi satu amalan Pemuda UMNO.

    ReplyDelete
  16. Semuanya terpulang pada rakyat juga nanti. Justeru rakyat haruslah membuat penilaian yang tepat.

    ReplyDelete
  17. Appaun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti.

    ReplyDelete
  18. siapa yang bermain dengan politik kotor kalau bukan Pakatan? Pakatan tidak mempunyai cara lain merampas kerajaan selain menjadikan rakyat sebagai perisai dengan menganjurkan demonstrasi jalanan untuk mencapai impian mereka.

    ReplyDelete
  19. Nik Aziz dan rombongannya yang terdiri dari wakil rakyat PAS akan berangkat ke Uzbekistan dan balik semula ke negara ini 10 Julai... mereka yang sepatutnya berada dibarisan hadapan perhimpunan Bersih sanggup melarikan diri dan membiarkan penyokong2nya berhadapan dengan risiko..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.