Monday, June 20, 2011

KJ : Kenyataan Ibrahim Ali Sangat Bahaya

Kenyataan bersifat ‘rasis’ dibuat Datuk Ibrahim Ali khususnya terhadap kaum Cina ketika satu majlis anti-Bersih 2.0 semalam tidak menggambarkan keseluruhan pendirian orang Melayu, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini.

“Saya hanya mahu orang ramai mengetahui bahawa ini adalah pandangan seorang Ahli Parlimen yang tidak mewakili majoriti kaum Melayu.

“Kami adalah kaum berhati mulia, kami tidak melanggan pandangan ini,” kata Khairy kepada pemberita di sini hari ini.

Sehubungan itu, Khairy menggesa agar dikenakan tindakan ke atas Presiden Perkasa itu.

“Apa yang beliau kata sangat bahaya... sekurang-kurangnya apa yang boleh dilakukan ialah adakan siasatan dari segi hasutan,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau.

Terdahulu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan Umno seolah-olah menunjukkan warna sebenar parti itu bahawa ia hanya berkepentingan untuk satu kaum apabila membenarkan ugutan ala Nazi disampaikan oleh Ibrahim dan Perkasa yang diwakilinya semalam.

“Dengan keengganan parti tersebut untuk mengambil tindakan, Umno bersalah atas sokongan terhadap Perkasa dan pendirian parti itu.

“Malah, ia amat jelas sejak sekian lama, sebagaimana ditunjukkan oleh Umno yang kurang mengambil tindakan terhadap kes-kes seperti demonstrasi seperti protes kepala lembu pada 2009 dan pelbagai ucapan pemimpin mereka yang menyamakan kaum India dengan pengemis dan wanita Cina sebagai pelacur,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Semalam, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas bersama 164 badan bukan kerajaan (NGO) melancarkan “perang” terhadap Himpunan Bersih 2.0 dengan membakar gambar Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil Datuk Ambiga Sreenevasan dan memberi amaran kepada kaum Cina agar jangan keluar pada 9 Julai ini atas alasan “apa sahaja boleh berlaku.”

Ibrahim menegaskan, perhimpunan anti-Bersih 2.0 yang bakal diadakan serentak akan diteruskan dan beliau tidak akan bertanggungjawab atas sebarang insiden tidak diingini.

“Cuba bayangkan jika berlaku huru-hara... jika himpunan Bersih 2.0 tidak dibatalkan, saya percaya kaum Cina perlu simpan bekalan makanan.

“Ya, apa sahaja boleh berlaku. Dan, saya minta agar polis mengambil apa sahaja tindakan dan gunakan kuasa mereka untuk bertindak,” katanya semasa melancarkan Gerak Aman semalam.

Bersih bersama Pakatan Rakyat dan aktivis parti bersedia menggerakan Himpunan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan bebas sebagai kesinambungan himpunan yang kali pertama diadakan pada November 2007.

PAS telah berjanji akan menggerakkan 300,000 peserta untuk menyokong perhimpunan itu untuk mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya adil dan bebas pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi. -TMI

26 comments:
Write comments
  1. Betul, Ibrahim Ali tidak mewakili orang Melayu. Tindakannya hanya merosakkan imej dan memalukan kaum dan agama sendiri. Bertaubatlah sebelum Allah murka.

    ReplyDelete
  2. Ibrahim Ali lebih mengeruhkan keadaan.

    ReplyDelete
  3. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Individu seperti Ibrahim Ali bukan memartabatkan kaum Melayu, tetapi hanya akan menjatuhkan mereka.

    ReplyDelete
  4. Masukkan saja IA ini dalam ISA.

    ReplyDelete
  5. 'pemimpin yang bermasalah perlu diambil tindakan drastik'.

    Ibrahim Ali ni memang salah satu pemimpin yang bermasalah. jadi sepatutnya dia sudah dikenakan tindakan.

    ReplyDelete
  6. Itulah sebabnya Ibrahim Ali harus dilucutkan dari jawatannya.

    ReplyDelete
  7. Ibrahim Ali bagaikan musuh dalam selimut!

    ReplyDelete
  8. Ibrahim Ali patut ditahan dibawah Akta ISA! Tapi sebelum tu, laporan polis sudah dibuat ka? tidak pula saya terbaca dimana2!

    ReplyDelete
  9. Ibrahim Ali tidak disokong oleh banyak pihak.

    ReplyDelete
  10. Memang kenyataan Ibrahim Ali itu sungguh berdepan kepada satu perkauman. Jadi amaran perlu diberikan kepada Ibrahim Ali supaya perkara yang tidak diingini berlaku kelak.

    ReplyDelete
  11. semua pihak yang terlibat dalam penganjuran demonstrasi patut ditahan dibawah ISA. bukan hanya Ibrahim, Ambiga juga wajar dikenakan tindakan undang2..

    ReplyDelete
  12. polis seharusnya menggunakan apa saja kuasa yang mereka ada untuk mengekang orang seperti Ibrahim Ali dari terus menghasut...orang seperti ibrahim ali lah yang akan menyebabkan huru-hara...

    ReplyDelete
  13. sudah terang2 Ibrahim Ali melanggar akta ISA tapi yang menghairankan mengapa tiada tindakan dari pihak berwajib? nazri pula asyik mempertahankan ibrahim ali...ada apa2 agenda kah ni?

    ReplyDelete
  14. but nazri aziz keep defending ibrahim ali...how to take action against him?

    ReplyDelete
  15. ibrahim ali is a dangerous racist...i hope he will be gone sooner...

    ReplyDelete
  16. khairy, no more talking...lodge a police report immediately..

    ReplyDelete
  17. Bukan saja kenyataan itu boleh disifatkan gila. Itu kenyataan yang amat tidak bertanggung jawap dan berbau hasut,mengancam, mengugut dan mengertak. Polis harus bertindak terhadap Ibrahim Ali.

    ReplyDelete
  18. Orang gila ini kenapa tidak ditahan bawah akta hasutan? Kenyataan beliau tidak cukup menghasut?

    ReplyDelete
  19. Tidak faham kenapa manusia macam Ibrahim ini masih diberi perhatian.
    Peduli orang gila yang tidak bertamadun ini. Dia memberi kenyataan berupa ini untuk menarik perhatian orang. Jika tidak tiada orang pedulikan dia.

    ReplyDelete
  20. Siapa yang dibelakang Ibrahim ini sampai dia macam diberi imuniti dan tidak lagi tahu menghormati orang dan menaati undang-undang.

    ReplyDelete
  21. Good one Khairy. Though u have done a lot of things that i don't agree, this time i salute you.

    ReplyDelete
  22. Kebelakangan ini tindakan Khairy macam bercanggah dengan parti.

    ReplyDelete
  23. Kenyataan IA memang berbahaya. Tak pasal2 nanti rosak perpaduan negara. huhu

    ReplyDelete
  24. Sepatutnya IA harus berwaspada dalam setiap perkara yang dilakukannya. Jangan sampai mengundang amarah ramai:P

    ReplyDelete
  25. Ibrahim Ali harus berfikir sebelum membuat kenyataan. jgn singgung perasaan pihak lain.

    ReplyDelete
  26. Bubarkan Perkasa sahaja, Ibrahim Ali patut balik kampung.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.