BERSIH mendakwa enam pemimpin mereka yang terdiri daripada aktivis NGO dan pemimpin politik dipanggil polis untuk disoalsiasat hari ini.
Mereka adalah pengerusi gabungan itu Ambiga Sreenevasan, ahli jawatankuasa pemandunya Maria Chin Abdullah, exco kerajaan Selangor Teresa Kok, aktivis sosial Hishamuddin Rais, koordinator kumpulan peguam Lawyers for Liberty Fadiah Nadwa Fikri dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan.
Menurut Maria (kanan), pegawai polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah memaklumkan perkara itu melalui pesanan SMS semalam yang meminta mereka hadir ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi supaya kenyataan mereka dapat diambil.
Maria antara yang pertama dipanggil untuk menemui pihak polis pada jam 2 petang ini.
Manakala Ambiga pula difahamkan menghadapi sesi itu sejam setengah selepasya. Teresa dan Fadiah diminta hadir pada Isnin ini.
Dalam perkembangan terbaru, Ambiga memaklumkan bahawa perjumpaan dengan polis ditangguhkan.
"Setakat ini belum tahu tarikh baru," katanya melalui SMS kepada Malaysiakini.
Sunday, June 26, 2011
6 pemimpin BERSIH dipanggil polis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jangan putus asa, Bersih.
ReplyDeleteMereka hanya berjuang menuntut pilihanraya bersih dan adil. kenapa keadaan menjadi kecoh seperti ini?
ReplyDeleteIni hanya akan menaikkan lagi semangat mereka untuk memperjuangkan Bersih 2.0
ReplyDeleteMungkin keadaan akan lebih bertambah rumit jika pemimpin2 Bersih 2.0 ditahan. Tindakan ini hanya akan menyemarakkan kemarahan pengikutnya.
ReplyDeletehrp prhimpunan ini tidak timbulkan kekecohan dan huru hara.
ReplyDeleteHarap tidak ada masalah besar timbul dengan perhimpunan BERSIH ini.
ReplyDeletePerhimpunan ini sukar dibatalkan lagi, demi keamanan awam, baik polis bekerjasama dengan Bersih supaya perhimpunan ini dijalankan dengan lancar dan selamat.
ReplyDeleteIni kehendak rakyat dan kerajaan harus menerima dengan hati terbuka,
ReplyDeleteLebih baik polis timpukan perhatin pada hari itu. Bantu melancarkan proses perhimpunan ini.
ReplyDeleteJika perhimpunan ini dijalankan dengan berjaya dan tidak menimbulkan sebarang kesilapan dengan bantuan polis, pasti rakyat akan menambah markah kepada polis dan menaikan nama baik polis.
ReplyDeleteTerlalu ramai yang akan menyertai perhimpunan ini. Tahan beberapa penganjur tidak berkesan menghalang perbimpunan itu.
ReplyDeleteBuat rundingan dengan mereka, benarkan mereka menghantar wakil tertentu untuk menhantar memorandom kepada Agung.
ReplyDeleteharap semuanya akan dalam keadaan terkawal..
ReplyDeletesaya tetap tidak akan menyokong mana2 pertubuhan NGO atau parti2 politik yang dengan sengaja membelakangkan undang2 serta memperkudakan rakyat semata2 untuk mencapai matlamat mereka.
ReplyDelete