Kebimbangan yang disuarakan oleh para pemimpin negara seolah-olah satu bala bencana yang dahsyat akan menimpa negara ini jika sekiranya perhimpunan itu diteruskan.
Sebenarnya, sesuatu perhimpunan aman yang dianjurkan bertujuan untuk mendesak dilakukan perubahan dalam sistem pilihan raya dalam sebuah demokrasi tidak harus menjadi satu isu atau dihebohkan tetapi berbeza pula apa yang berlaku di Malaysia.
Di negara ini, agak menghairankan kerana berita mengenai cadangan untuk menganjurkan perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mencetuskan rasa panik di hati sanubari para pemimpin parti yang memerintah.
Sejak Bersih bercadang diadakan perhimpunan aman itu pada 9 Julai bagi mendesak supaya dilakukan reformasi dalam sistem pilihan raya agar lebih bebas dan adil, sehari pun tidak sunyi dengan kenyataan-kenyataan daripada para pemimpin yang meluahkan rasa bimbang mereka.
Kebimbangan yang disuarakan oleh para pemimpin negara seolah-olah satu bala bencana yang dahsyat akan menimpa negara ini jika sekiranya perhimpunan itu diteruskan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengeluarkan amaran bahawa negara akan ditimpa ketidakstabilan ekonomi dan politik.
Sayap pelampau rasis Umno pula, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), juga ingin menganjurkan perhimpunan pada hari yang sama yang bertujuan untuk menghalang Himpunan Bersih.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengugut untuk menahan para peserta dan pada masa yang sama beratus-ratus laporan dibuat kepada polis oleh Umno dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang menyokongnya bagi menentang Himpunan Bersih itu.
Terbaru, ketika beliau berucap pada mesyuarat agung Umno di Beaufort, Sabah pada 18 Jun lalu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri
Muhyiddin Yassin mendakwa parti pembangkang yang mendalangi Himpunan Bersih itu mahu menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Terdahulu, Bersih menjemput semua parti politik termasuk BN dan Pakatan Rakyat dan NGO serta para aktivis untuk menyertai gerakan rakyat ini yang bertujuan untuk memulihkan intergriti sistem pilihan raya di Malaysia, yang telah sekian lama korup dan memihak kepada parti yang memerintah. Ketika mana Pakatan Rakyat menyahut cabaran ini, BN sebaliknya menolak.
Rasional BN pelik
Muhyiddin menyangkal usaha Bersih ini dengan mendakwa kemenangan pembangkang yang signifikan ketika Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 sebagai bukti sistem pilihan raya itu dijalankan dengan adil.
Beliau bertanya, “jika pilihan raya lalu tidak adil dan saksama, macam mana mereka (pembangkang) boleh mencapai kemenangan?
“Jika mereka menang mereka diam dan jika mereka kalah, mereka mendakwa berlaku ketidakadilan. Saya fikir motif mereka ialah untuk mencari jalan pintas ke Putrajaya,” katanya.
Mengambil contoh kemenangan pembangkang sebagai bukti sistem pilihan raya adalah adil sudah menjadi jawapan yang standard untuk menepis segala salah guna kuasa BN yang semakin meruncing.
Tetapi hujah sedemikian tidak logik dan kelakar kerana sama ada sesuatu pilihan raya itu adil harus ditentukan oleh cara bagaimana pilihan raya itu dikendalikan.
Faktor-faktor seperti kehadiran atau ketidakhadiran suruhanjaya pilihan raya yang berkecuali dan sama ada wujud atau tidak wujud ‘padang permainan yang sama rata.’ Ia tidak boleh diukur dengan cara, sama ada seseorang calon itu menang atau kalah.
Pilihan raya di Malaysia dimanipulasi dengan tidak adil sehingga membuat kita tidak teragak-agak untuk membuat kesimpulan bahawa Pakatan Rakyat mampu menyapu bersih bagi meraih kemenangan pada PRU 2008 jika sekiranya pilihan raya dijalankan dengan adil dan saksama, memandangkan pecahan undi popular adalah seimbang iaitu pada nisbah 50-50.
Sistem pilihan raya yang tempang
Bagaimana kita boleh menganggap pilihan raya Malaysia berjalan dengan adil apabila Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bertindak sebagai komponen dan agen BN?
Bagaimana kita boleh menganggap pilihan raya Malaysia berjalan dengan adil apabila keseluruhan media massa di negara ini dikawal (kecuali Internet) dan berkhidmat sebagai alat propaganda BN?
Sejak PRU 2008, pilihan raya kecil (PRK) yang berlangsung mendapati BN berleluasa melakukan amalan rasuah, yang dicetuskan sendiri tidak lain dan tidak bukan oleh Perdana Menteri sendiri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dalam dua PRK, Hulu Selangor dan Sibu.
Lebih mengejutkan ketika mana klip video tentang tawaran rasuah dipertonton di seluruh dunia melalui You Tube, hakim Azhar Mohamed menolak petisyen untuk membatalkan keputusan PRK Hulu Selangor atas alasan “tidak cukup bukti.”
Walaupun mahkamah melarang sebarang bentuk rasuah yang dibuat secara terbuka oleh para pemimpin parti pemerintah, pintu rasuah tetap dibuka dengan luas, dan salah guna kuasa berleluasa untuk memberi kelebihan kepada BN.
Inilah sebenarnya apa yang berlaku dalam pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini, di mana BN menyapu bersih bagi meraih kemenangan menerusi dua strategi, ugut dan rasuah.
Usaha Bersih harus dipuji
Berdasarkan keadaan ini, usaha Bersih harus dipuji dan masa untuk menganjurkan perhimpunan ini adalah bertepatan sekali di mana sebuah petisyen akan diserahkan kepada Yang DiPertuan Agong bagi menyelamat sistem pilihan raya kita daripada dicemuh oleh masyarakat dunia.
Di antara tuntutan Bersih ialah, melarang sebarang bentuk beli undi,memulihkan kebebasan dan sikap berkecuali badan-badan penguatkuasa pilihan raya, akses kepada media, menyemak semula sistem undi pos dan membersihkan senarai daftar pemilih yang penuh dengan penipuan dan pengundi hantu.
Melihat dari cadangan-cadangan ini yang dituntut ini maka langkah Bersih ini tidaklah menjadi ancaman kepada kepentingan negara.
Tetapi ia merupakan suatu usaha untuk menyelamatkan demokrasi dan memulihkan keadilan dan kesaksamaan di mana kita dapati selama ini institusi-institusi kerajaan diperalatkan bagi mengekalkan pemerintahan autokratik mereka.
Berhubung keengganan pihak polis untuk mengeluarkan permit untuk perhimpunan itu, kita ingin menasihatkan pihak polis bahawa mereka tidak mempunyai kuasa untuk menghalang perhimpunan aman itu.
Kebebasan untuk berhimpun adalah hak perlembagaan yang dijamin kepada setiap warga negara dan peranan polis ialah untuk memastikan keamanan sepanjang perhimpunan itu dijalankan.
Sebarang percubaan daripada pihak polis atau mana-mana pihak untuk menghalang perhimpunan aman ini, yang mempunyai niat yang baik, dianggap sebagai percubaan untuk mencabul perlembagaan dan tidak dapat diterima oleh rakyat.
Kita harus sedar bahawa rakyat Malaysia tidak akan berkompromi dalam usaha untuk mendapatkan hak tentang pilihan raya yang bebas dan adil serta hak kebebasan untuk berhimpun. -FMT
Tuesday, June 21, 2011
Bersih: BN Dah Panik Tak Tentu Pasal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Harap Bersih akan terus memperjuangkan pilihan raya yang adil dan bersih. Hidup demonkrasi.
ReplyDeleteperhimpunan ini dikhuatiri akan menimbulkan pelbagai masalah nanti..
ReplyDeleteentah apa pula yang akan terjadi nanti.harap-harap keadaan negara tidak menjadi huru-hara.
ReplyDeleteRasanya Sabah dan Sarawak tak terlibat sama..
ReplyDeleteBukan apa...perhimpunan seperti ini bukan lah budaya kita.
ReplyDeleteItu lah kena ada polis untuk mengawal keadaan takut ada perkara buruk yang akan berlaku.
ReplyDeleteDemonstrasi dengan amanlah jika mahukan keadilan dalam sistem SPR.
ReplyDeleteSPR diam2 saja kah? Kalau sistem SPR telus, maka tidak ada masalah untuk memenuhi permintaan BERSIH 2.0 ini. Berani kerana benar, takut kerana salah.
ReplyDeleteperhimpunan ini dibimbangi akan menimbulkan kekecohan nnti.
ReplyDeleteRasanya BN tidak akan panik dengan perhimpunan ini. Tapi BN risau dengan keamanan negara dan keselamatan rakyatnya.
ReplyDeleteBERSIH hanya membawa kepada masalah.
ReplyDeletepergh.. kononnya kalau pilihanraya adil Pakatan mampu menyapu bersih PRU12?? hebat sangatkah Pakatan yang tidak tahu memerintah negara bercakap seolah2 mereka adalah parti terbaik di dunia??
ReplyDeletesiapa yang boleh bagi jaminan perhimpunan yang dihadiri 300 000 peserta itu boleh dibuat secara aman?? tidak ada amannya jika mengganggu aktiviti orang awam yang lain.. itu yang perlu kita elakkan..
boleh la pemimpin2 Pakatan bergembira sekarang dan membahagi2kan jawatan kabinet kerana tidak lama lagi mereka akan berjaya menggulingkan kerajaan sepertimana yang berlaku di Mesir.. cuma bezanya di Malaysia, pemimpin politik menjadikan rakyat sebagai perisai mereka.. kesian rakyat yang menyertai Bersih.. macam la semua peserta ini boleh dapat jawatan kabinet kalau kerajaan tumbang..
ReplyDeletesebelum BERSIH diadakan pelbagai tuntutan telah dibuat kepada SPR. namun seperti biasa SPR buat tak tau saja.. yg jadi kecoh bukan kerana aktivis BERSIH ni.. tapi pihak polis, FRU yg baling gas.. kalau mereka bertindak adil.. takkan ada kecoh punyer.. ini jalan terakhir, jalan lain sumer da dicantas oleh pemerintah yg x adil. dalam tv boleh le tunjuk ekonomi negara bagus, (kalau bagus sangat kenapa sumer harga minyak, elektrik, barang semakin meningkat) memang negara konon menuju pendapatan tinggi, tapi pada masa yg sama rakyat derita. menteri x pa la sumer manyak elaun..yg kerja2 kuli ni mcm mana? sekarang gaji RM 500 pun x cukup makan..
ReplyDeleteMereka cuba menalihkan fokus rakyat dari matlamat perhimpunan ini dan mengugut bahawa keadaan akan tidak terkawal.
ReplyDeletePanik bermakna ada kesilapan telah berlaku. Cara terbaik untuk menanganinya ialah mengakui kesilapan itu dan berani berubah.,
ReplyDeleteMuhyiddin menyangkal usaha Bersih ini dengan mendakwa kemenangan pembangkang yang signifikan ketika Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 sebagai bukti sistem pilihan raya itu dijalankan dengan adil.
ReplyDeleteBeliau bertanya, “jika pilihan raya lalu tidak adil dan saksama, macam mana mereka (pembangkang) boleh mencapai kemenangan?
Atau berbunyi begini, " jika pilihan raya lalu adil dan saksama,
pembangkang (PR) sudah membentuk Kerajaan Pusat".
Saat ini baru SPM nak mengalukan perbincangan, bukan sudah terlambat?
ReplyDeleteKeamanan dan ketenteraman negara akan terjejas sekiranya tiada pilihan raya yang bersih dan adil.
ReplyDeleteSejarah telah mengajar kita mengenainya. Pengalaman negera-negara seperti Eropah boleh diambil contoh.
Kekerasan cuma memburukan keadaan. Membantu perhimpunan ini dijalankan dengan aman adalah cara terbaik.
ReplyDeleteHarap kita akan berjaya mendapatkan sistem undian yang adil dan saksama.
ReplyDelete