Sunday, June 26, 2011

Mati, Hidup Balik, Mati Semula

KAZAN (Russia): Seorang wanita mati akibat serangan sakit jantung berpunca daripada kejutan besar dialami apabila tersedar di majlis pengkebumian yang diadakan untuknya.

Fagilyu Mukhametzyanov bagaimanapun tersedar ketika anggota keluarganya menangis di sekitar kerandanya yang terbuka.

Wanita berusia 49 tahun itu menjerit apabila menyedari mereka bersiap sedia untuk mengebumikannya.

Dia dikejarkan ke hospital. Doktor kemudian mengisytiharkan dia mati akibat sakit jantung.

Suaminya, Fagili, 51, berkata: “Matanya berkedip-kedip dan kami serta-merta menghantarnya ke hospital.

“Bagaimanapun, dia hanya hidup untuk 12 minit lagi sebelum mati semula. Kali ini, dia pergi selama-lamanya.” Fagili berhasrat menyaman hospital berkenaan.

“Saya sungguh marah dan mahukan jawapan. Isteri saya ketika kali pertama dibawa ke hospital tidak mati tetapi mereka berkata dia mati.

Mereka sepatutnya boleh menyelamatkannya,” kata Fagili.

Jurucakap hospital berkata: “Kami sudah memulakan siasatan.” - AP

7 comments:
Write comments
  1. Perkara ini sudah pernah berlaku.

    ReplyDelete
  2. bagaimana pihak hospital boleh tersilap? bagaimana jika wanita tersebut terbangun dan mendapati dia sudah dikebumikan?

    ReplyDelete
  3. Kesilapan sebegini boleh mendatangkan masalah. Para doktor kena sentiasa teliti dalam kerja mereka.

    ReplyDelete
  4. Ini kita tidak boleh salahkan pihak doktor. Sesuatu perkara tidak dapat dijangka boleh berlaku. Mungkin semasa doktor memeriksa nadi perempuan tersebut terhenti.

    ReplyDelete
  5. pekara seperti ini jarang-jarang berlaku...sebab itulah ketelitian amat penting.

    ReplyDelete
  6. samada kesilapan berpunca dari pihak hospital atau berlaku sesuatu fenomena yang luar biasa..

    ReplyDelete
  7. Ya, saya setuju dengan komen Karin-nah

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.