Saturday, July 7, 2012

Buku Terkini "Asal Bukan Najib"

Asalkan Bukan Najib adalah buku terbaru saya selepas Najib Perdana Menteri Terakhir dan Kesilapan-Kesilapan Najib. Buku ini sudah berada di pasaran sejak dua tiga hari yang lalu dan boleh didapati di kedai-kedai buku di seluruh negara.

Kenapa tajuknya Asalkan Bukan Najib, saya ditanya oleh beberapa kenalan rapat yang berkesempatan menatap buku tersebut.

Sebenarnya buku terbaru ini adalah kesinambungan daripada dua buku terdahulu. Dalam buku pertama, Najib Perdana Menteri Terakhir, saya mengambil kesempatan dalam buku tersebut untuk menegur Najib berkaitan beberapa isu yang berlaku dalam politik negara yang gagal ditanganinya dan jika ianya dibiarkan berlarutan akan menyebabkan UMNO tewas dalam pilihanraya dan seterusnya menjadikan Najib sebagai Perdana Menteri yang terakhir mewakili UMNO.

Dalam buku kedua, Kesilapan-Kesilapan Najib pula, saya telah menyenaraikan beberapa kesilapan yang telah dilakukan oleh Najib sepanjang menjadi Perdana Menteri yang gagal diuruskannya dengan baik sehingga menyebabkan sokongan rakyat terhadap UMNO dan BN didapati semakin merosot hari demi hari.

Kesilapannya yang terbesar ialah membiarkan isterinya terus menunjuk kuasa seolah-olah berkongsi jawatan Perdana Menteri.

Oleh kerana ternampak bahawa Najib tidak mahu memperbaiki segala kesilapan yang diperkatakan rakyat dan menjadi bualan di mana-mana itu, saya juga menyarankan dalam buku tersebut agar Najib menjadi seorang yang berjiwa besar iaitu dengan sedia berundur dan memberi laluan kepada timbalannya, Muhyiddin Yassin bersama pasukannya yang lebih mantap untuk mengemudi UMNO dan kerajaan bagi menghadapi PRU 13.

Secara jelas disebutkan dalam buku tersebut bahawa jika Najib masih memimpin UMNO dan kerajaan, harapan untuk mencapai kemenangan masih jauh dari jangkauan dan untuk mengelak UMNO daripada kalah serta Najib sendiri dipersalahkan serta mencemar nama baik Tun Abdul Razak, maka eloklah beliau mengundur diri.

Namun Najib bukan saja tidak mahu mengundur diri, malahan meneruskan lagi deretan kesilapan dalam mengurus parti dan kerajaan sehingga beliau kini dianggap sebagai Perdana Menteri paling lemah dalam sejarah Malaysia. Rakyat juga lebih banyak bercakap tentang kekalahan berbanding kemenangan UMNO dan BN.

Maka sebab itulah buku Asalkan Bukan Najib ini diterbitkan.

Buku terbaru ini diterbitkan khusus untuk mengajak rakyat membuat perubahan dan menolak kepimpinan Najib jika negara ini ingin diselamatkan.

Terdapat dua kaedah bagaimana untuk menolak Najib. Pertama, melalui pilihanraya umum dan kedua, melalui pemilihan UMNO yang akan diadakan selepas itu. Tetapi salah satu peluang untuk perubahan itu jangan sesekali dilepaskan.

Melalui pilihanraya umum, Najib boleh ditukar dengan memberi undi sebanyak-sebanyaknya kepada calon-calon Pakatan Rakyat supaya mereka boleh menubuhkan kerajaan baru yang memungkinkan Anwar Ibrahim atau Haji Hadi sebagai calon Perdana Menteri.

Namun demikian, sekiranya pilihanraya umum masih memberi kemenangan kepada UMNO dan BN dengan majoriti yang tipis dan tidak melepasi garisan majoriti dua pertiga, tugas melakukan perubahan seterusnya terletak di tangan ahli-ahli UMNO pula. Mereka wajar mengusulkan perubahan kepimpinan dalam pemilihan UMNO yang akan diadakan selepas pilihanraya umum dengan calon berpotensi untuk mengganti Najib ialah Muhyiddin Yassin dan Tengku Razaleigh Hamzah.

Saya telah mengulas panjang dalam buku tersebut bahawa sekiranya Najib terus dikekalkan, masalah dalam UMNO dan kerajaan tidak akan selesai malahan mungkin akan muncul berpuluh lagi kes seperti lembu NFC, menteri yang rasuah, menteri berskandal, isterinya Rosmah lebih bermaharalela serta pelbagai kemungkinan lagi.

Atas asas mengajak rakyat melakukan perubahan, maka terhasillah buku Asalkan Bukan Najib ini. Marilah kita berhijrah.

20 comments:
Write comments
  1. Lain orang lain pendapat, terpulanglah kepada setiap pembaca sama ada mereka setuju ataupun tidak.

    ReplyDelete
  2. Pada PRU-13 kita akan melihat sendiri sama ada rakyat akan memberi mandat kepada UMNO ataupun PKR.

    ReplyDelete
  3. Dacing BN perlu dimasukkan ke Muzium Negara sebab sekarang kita guna sistem metrik!

    ReplyDelete
  4. PRU ke 13 nih kalu 'rakyat' yg masih sokong BN/Umngok confirm warganegara Malaysia yg special iaitu..NEPAL,BANGLA,INDON,NYAMMAR,PAKISTAN dan Negro kot. Eh Negro tak buleh..hitam sangat. Ketara nanti nampak nak nipu. Dgn 'warga2' di atas dicampur dgn beberapa lembu fidlot dlm umno..sah mereka buleh lagi menang. SB akan main peranan utk ugut bunoh mereka yg 'curang' dr BN setelah dpt kerakyatan percuma. Ingat tak by election di Batu sapi,Sandakan tahun lalu.Berjuta duit habis utk beli & ugut pengundi supaya BN menang dan akhirnya mereka menang cuma PR tak hilang wang pertaruhan. Itu satu sejarah dimana PKR tidak wang pertaruhan ..dSabah.

    ReplyDelete
  5. Saya sependapat dgn saudara penulis......stiap manusia menginginkan perubahan dlm diri mahupun dlm persekitaran dan kehidupan kita seharian. Tak salah jika kita berubah mencari yg terbaik dlm nnegara kita.

    ReplyDelete
  6. buku TIBAI takde jual ke..

    ReplyDelete
  7. Sokong UmnoBN. ramai2 rakyat Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  8. saya 'setuju' tolak insan nama anwar kerana trlalu banyak dedahkan penyelewengan BN sejak menerajui negara. saya 'sokong' hj najib dn hjh rosmah kita..sebab ada lagi baki duit negara utk dicuri semoga Malaysia cepat bangkrap..yabedabeduu..

    ReplyDelete
  9. walfitnatu ashaddu minal khatr!!

    walau najib sntiasa senyum & memaafkan rakyat yg menghinanya, jgn lah jahat mcm ni.. pada saya kamu mmg tak diajar oleh mak bapa kamu utk menghormati pemimpin!! kamu mmg kurang diajar mereka!

    alih2 kamu kata pemimpin yg ikhlas bekerja dan sayangkan rakyat ini jahat, membunuh, menjual tanah, sukakan komisyen, curi duit rakyat beli cincin..dsb.

    padahal kamu dpt maklumat yg lemah & posisi kamu sgt jauh..sifir kamu tak betul jika dpt maklumat pun dari org2 yg anti pemimpin!

    walau aku atas pagar, kau hormati lah pemimpin! banyak lagi yg plu diajar engkau nih!! nampak sangat kau mmg kurang ajar &, ingatlah POLITIK menjadikan kita sbg individu yg x bersyukur, hasad, beremosi!! oleh itu sentiasalah berhati2 dgn org yg rakus menjadi calon wakil rakyat!

    ReplyDelete
  10. wajah penulis ni pun.. dah nampak hatinya mmg kurang baik! suka mendengar cakap2 org!! huhu

    ReplyDelete
  11. buku yang memburukkan orang lain ini tak perlu kita nak baca.

    ReplyDelete
  12. Setakat menulis buku, ke mana saja perjuangan tu?

    ReplyDelete
  13. Terang2an anti Najib ni. rakyat nilai2kanlah, jangan terima bulat2.

    ReplyDelete
  14. Mahu baca buku ini ingin tahu info yang ada dalam buku tersebut.

    ReplyDelete
  15. maklum lah, sekarang ni isu2 politik lebih hangat dipasaran.. makin kembung la poket penulis ini hasil dari memburuk2kan pemimpin2 negara..

    ReplyDelete
  16. kenapa dia tidak tulis sekali buku tentang "Anwar tidak layak jadi PM" atau "Asalkan Bukan Anwar".. senaraikan la kesilapan2 Anwar sekali.. takkan dia percaya bahawa Anwar itu Anugerah Tuhan yang dari hujung kaki ke hujung rambut bersih dari sebarang bentuk rasuah, cekap memerintah dan tidak pernah melakukan dosa.. inilah contoh penulis hipokrit..

    ReplyDelete
  17. Prime minister and Barisan Nasional (BN) chairman Datuk Seri Najib Razak's criteria for "best candidate" can spell a tough election for Pakatan Rakyat (PR) if the dream team becomes a reality. UCSI Economics and Policy Studies lecturer Dr Ong Kian Ming said if Najib can deliver quality and qualified candidates who are credible, clean, and social media savvy, the "Opposition will have a formidable task in denying BN a two--thirds majority".

    ReplyDelete
  18. He said Najib has thrown a strong challenge to himself and BN, and these high standards are something Pakatan should aspire to emulate. Ong was responding to The Malay Mail's front--page report last Friday, headlined "Najib's Choice", where the BN chairman has rejected up to 50 per cent of the original candidates.

    ReplyDelete
  19. He also voiced his doubts that BN candidates could fulfill all these criteria, in particular, the requirements to be social media savvy, as rural area candidates do not need such tools to engage with their constituents. Ong said if PR rises up to Najib's challenge, they would be in a better position to field candidates of that calibre due to "less baggage".

    ReplyDelete
  20. UKM Institute of Ethnic Studies Principal Research Fellow Datuk Dr Denison Jayasooria said the tough stand for potential candidates is the way forward for the 13th general election (GE 13). Asli Centre for Public Policies Studies chairman Tan Sri Ramon Ravaratnam Najib's new criteria for candidates are highly laudable and show a genuine desire to help the rakyat

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.