Demikianlah jahil dan biadabnya golongan ini terhadap hukum Allah. Golongan yang suka mempermainkan dan menghina hukum yang diturunkan Allah kepada semua umat Islam untuk mereka mematuhi dan menuruti segala yang telah ditetapkan. Inikah yang diajarkan oleh pemimpin UMNO kepada ahli-ahlinya?
Ini lagi:
Mengikut kitab-kitab dari ulamak muktabar seperti Said Hawa menjelaskan perkataan-perkataan yang meragukan hukum Islam boleh membawa kepada murtad. Mestika Hadith terbitan Jabatan Perdana Menteri sendiri, ada menyebut beberapa contoh kata-kata yang boleh membatalkan iman seseorang atau yang boleh menjadi murtad iaitu:
Kata-kata (menghina atau merendahkan) mana-mana hukum Islam seperti :
• Hukum apa ini?
• Hukum ini sudah lapuk.
• Zaman sekarang tidak sepatutnya diharamkan riba' kerana menghalang kemajuan.
• Dalam zaman serba maju ini kaum wanita tak perlu dibungkus-bungkus (tutup aurat dengan memakai telekong).
• Berzina kalau suka sama suka apalah haramnya?
• Minum arak kalau dengan tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadat apa salahnya.
• Berjudi kalau masing-masing sudah rela menerima untung ruginya apa salahnya.
• Kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam, sampai kiamat kita tidak maju.
• Seseorang berkata,"Perbuatan yang demikian tidak beradab", apabila diceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW selepas makan baginda menjilat sisa makanan dijarinya (sebelum dibasuh tangan).
• Seseorang berkata,"Aku tidak mahu memotong kuku sekalipun sunnah", apabila diberitahu bahawa memotong kuku adalah sunnah.
• Membaca ayat-ayat suci al-Quran, hadith nabi dan nama-nama Allah dengan cara mempersenda dan mempermain-mainkannya.
Sekalipun kitab Mestika Hadith itu diterbitkan oleh Jabatan Perdana Menteri, tetapi Perdana Menteri Malaysia sendiri telah menolak hudud.
Firmanullah swt yang bermaksud
Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mu'min dan mukminah bagi yang perempuan, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu hukum, maka ada pilihan untuk mereka. Dan barang siapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata. (Surah Al-Ahzab:36)
Maka patutkah aku mencari hakim selain daripada Allah, padahal Dialah yang telah menurunkan kitab (al-Qur'an) kepadamu dengan terperinci Orang-orang yang telah Kami datangkan kitab kepada mereka, mereka mengetahui bahwa al-Qur'an itu diturunkan dari Rabbmu dengan sebenarnya. Maka janganlah kamu sekali-kali termasuk orang yang ragu-ragu. (Surah Al-An'am:114)
-GB
Saturday, July 7, 2012
Kontroversi Hudud Dedah Kejahilan & Kebiadaban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Adakah kesemuaan rakyat menyokog Hudud dilaksanakan di Malaysia?
ReplyDeleteKita tunggulah dan lihat adakah Hukum Hudud akan dilaksanakan dalam negara.
ReplyDeletesape yg xbg kelantan lksanakan hudud?kn kerajaan pusat yg xbg...aduiii...8nilah standard menteri yg kerajaan ada skg.standard ckap cm lpsan spm...
ReplyDeleteKalau benar ikhlas nak laksanakan hudud di Malaysia, berikan jalan dan bantuan pada negeri yg sekian lama bercita-cita untuk laksanakan hudud. Adakah kerajaan negeri atau kerajaan pusat berkuasa mewujudkan prasarana seperti mahkamah, hakim, pegawai pendakwa bagi melaksanakan perundangan Islam di negara ini? Jika kita sendiri tahu perlembagaan perlu diubah untuk memberi laluan kepada perlaksanaan hudud, jadi jangan salahkan Kelantan jika sampai sekarang masih tak boleh laksanakan hudud. Sekirang-kurangnya kerajaan Kelantan dan rakyatnya sudah dituliskan satu palaha kerana bercita-cita menegakkan hudud.
ReplyDeleteHUDUD bukan hukum UMNO ataupun PAS tapi ianya hukum ALLAH.
ReplyDeleteSoal kekurangan cerdik pandai dalam hukum Islam bukan masalahnya tapi hukum itu dijadikan tajok politik itu salah.
Penjelasan kurang cerdik sesunggohnya PAS Kelantan dari dulu telah memperjuangkan hukum itu tapi UMNO/BN memperlekehkan Masyitah jangan jadi MUNAFIK bila memberi penjelasan raayat faham dan raayat tidak samudah itu terus diperbodohkan.
Selagi UMNO ada, Hudud tak mungkin terlaksana.. itu hakikat sebenar..
ReplyDeleteSepatutnya hukum ini tak jadi perjuangan mana2 parti pon.. Hukum ini perlu diperjuangkan oleh semua org Islam. Siapa yang mengaku Islam, patut follow undang2 Islam la.. Contohnya, duduk rumah sendiri follow la undang2 rumah sendiri. Xkan nk follow undang2 rumah jiran sebelah plak kan... Hudud ni x la kejam sgt. Cuma akan nampak kejam bila org tu dah wat salah.. pencuri kena potong tangan, ada sapa2 kat sini mencuri ka? xdak kan? so, selamat lah kita...jgn risau.. org salah ja takut hudud.. penjara pon x jem teruk dek kerana banduan yg bersepah.. baling kasut pon penjara setahun, mencuri harta awam pon penjara setahun.. tu la undang2 lord reid.. bengong pnya british..
ReplyDeleteBILA HUDUD TIDAK D LULUSKAN OLEH PUSAT.... SECARA TIDAK LANGSUNG BERKATA " PAS " HANYA CAKAP KOSONG UTK LAKSANAKAN HUKUM HUDUD INI .
ReplyDeleteTAPI BILA KENE BATANG HIDUNG SENDIRI BARU TAHU GELABAH BIAWAK UMNO/BN NI ....
TERUTAMA NYA SEKALI PEMIMPIN TINGGI UMNO DAN BN UMPAMA MENERIMA TAMPARAN YG SANGAN HEBAT DARI AHLI2NYA SENDIRI
PEMIMPIN UMNO PUN BOLEH BERFIKIR UNTUK MENCEGAH KEMUNGKARAN...
UMNO cuba memerangkap orang Melayu supaya memberi mandat akhirnya terperangkap "sejata makan tuan"
ReplyDeleteUMNO masih lagi meraba raba dalam terang jika benar untok menegakan hukum Allah mengapa buat cadangan?
PAS berjuang untok menegakan hukum Allah(HUDUD) kesihan UMNO kini merangkak sujud meniru PAS.
Jika benar UMNO Johor iklas mari ramai ramai raayat keluar kaPutra Jaya minta Paliment meluluskan rang undang undang dilaksanakan dengan jelas dan segera
Chua & Siew Keong.. apabila YB Ayob dari UMNO bercakap sst mengenai hudud / perundangan Islam.. kami org2 UMNO diam! gembira + yakin + sabar!! ini mungkin juga suara dari perjuangan org2 Johor! segalanya bermula dari Johor! waima hukum syariah..kafa..SAR..guru2 agama terjamin..elaun imam2..
ReplyDeleteperundangan islam adalah betul & tepat utk semua peringkat & zaman!
kami org2 UMNO bersabar! org2 Melayu bersabar!! kami yakin, pandangan YB Ayub bukan main2..YB Ayub melontar perkara ini apabila isyarat dari org2 Cina sendiri yg positif dgn perjuangan PAS dan mula menyokong PAS. Jadi, apa masalahnya?
Melayu & Islam berpecah2 dgn teruknya akibat isu ini. Chua & Siew Keong..berlapang dadalah. jika UMNO berusaha menegakkan hukum Islam di Malaysia, semua Melayu akan bersatu padu smula, insya Allah!! Golongan bukan Islam harus jg menerima perundangan ini. Tiada apa2 masalah jika semua kita bermoral dan beralasan baik. Lainlah jika kga u semua orang2 jahat! Adakah anda sudi penjahat yg merogol+merakam video perilakunya mrogol+mencacat isteri @ anak u @ cucu u hanya dikenakan penjara 20 tahun dan sebatan 5 kali shj? Kemudian, penjahat yang ditanggung makan minum, kesihatan, tidur yg cukup ini.. keluar dari penjara.
Actly, hukum hudud adalah pada Islam & bukan Islam! u boleh merujuk kepada sejarah pemerintahan Nabi Muhammad saw di Madinah. Hudud ala PAS bersifat double standard & baru, coz hanya dikenakan pada org Islam (rujuk setiap kenyataan Hj Hadi). Inilah yg menjadi polemik dan kebimbangan sbhgn rakyat, khususnya ahli perundangan! Perundangan Islam menyeluruh kepada semua rakyat dlm sesebuah negara! Mengapa begini? Berlapang dadalah.. adakah PAS berusaha memenangi redha pengundi dari redha Allah? Double standard! dan ini bukan menyeluruh! Ini bukan memahami perlembagaan negara.
tiada apa yg perlu anda takut, sebab UMNO sentiasa stabilkan kerajaan, rakyat & negara wp kami org2 UMNO sanggup buat apa shj demi bangsa kami dalam memartabatkn Islam.. raja.. pendidikan.. kebajikan..janji..kelibat Cina pun mula sokong PAS, kan? Dong Zhong pun suka dgn perjuangan hudud,kan? Apa u nak bimbang? Pun begitu, jika masy x mau & x bersedia.. janganlah cuak! Dlm Islam sendiri ada bentuk hukuman Islam yg lain spt Takzir (yg berlaku sekarang), Qisas, Kifarah, perundangan syariah (hanya dipatuhi & pada org2 Islam spt skrg). Hukuman di Akhirat jg adalah janji Allah robbul jalil yg maha adil!! Hudud adalah janji PAS kepada rakyat Malaysia!! Kami diam mengenai isu ini, bukan bererti kami takut & mengalah.. tetapi patuh dgn pesanan pemimpin kami..
sukar juga apabila ahli2 kami yg mula dan xtau apa2 sgt buat kritikan pasal hudud. mrk ini agak pandai, idealism tinggi& suka berpidato. dgn mrk juga kami kena sabar2kan! faham2 kan! mengenai blog, jgn percayalah sb ia brgkali sebahagian fitnah lawan dlm memburukkan UMNO!
**tetap bersatu, bersetia, berkhidmat
lebih baik undang2 yang merangkumi setiap lapisan masyarakat di M'sia.
ReplyDeleteHudud hanya umpan PAS saja.
ReplyDeleteapa nya umpan PAs. Bodoh and stupid like hell statement. Kalu hang xtau apa yg kitab mustika hadith keluaran JPM sendiri tulis mengenai rosaknya akidah kita bila mmpermainkan hukum Allah (hudud),baik jgn cuba brcakap.Takut jadi kafir.
ReplyDeleteHudud adalah undang2 Islam. dan umat Islam patut gunakan undang2 tersebut.
ReplyDeleteInilah yang jadi bila agama pun dipolitikkan.
ReplyDeleteRelevankah hudud ni dilaksanakan di kalangan masyarakat berbilang agama dan kaum?
ReplyDeleteKerajaan perlu dengar suara majoriti rakyat.
ReplyDeleteHukuman itu rasanya bagus tapi mungkin perlu dikaji semula.'
ReplyDeletelaksanakan hukum hudud di kelantan dan kedah dahulu, dan lihat penerimaan rakyat di negeri itu sebelum bercadang menggunakan undang2 itu untuk rakyat di negara ini..
ReplyDeletebeginilah hasilnya bila ada pemimpin2 politik yang terdesak menggunakan agama untuk menarik sokongan politik atau tergamak membawa isu2 agama ke gelanggang politik..
ReplyDelete