TERINGAT kembali peristiwa yang agak menggembirakan kepada para penyokong BN/UMNO pada tahun 2010, apabila Bank Pertanian Malaysia menyarankan penduduk di setiap pelusuk daerah di seluruh negara yang layak, supaya mengisi borang untuk mendapatkan bantuan berupa beras subsidi iaitu ‘Beras Nasional’.
Di daerah Sandakan, khususnya penduduk Taman Mesra, 70 peratus mereka adalah penyokong kuat parti Barisan Nasional yang membabitkan UMNO, PBS, GERAKAN, UPKO dan LDP lantas mengisi borang yang dimaksudkan dengan harapan untuk mendapatkan bantuan tersebut ; namun sebaliknya tidak menjadi kenyataan, malahan menjadi tanda tanya iaitu, “Di mana sudah beras itu disorok?”
Daripada siasatan Sabahkini.Net, beberapa orang penyokong UMNO/BN mengaku pernah mengisi borang tersebut yang disahkan oleh pegawai kanan kerajaan dan telah menyerahkan sendiri borang tersebut kepada pihak yang berkaitan.
“Setakat 10 kilogram beras subsidi nasional, kami masih mampu membelinya, tapi kalau ada pemberian secara percuma daripada kerajaan lebih bagus lagi. Sekurang-kurangnya RM20 untuk membeli beras tersebut dapat juga digunakan perbelanjaan lain,” jelas seorang penduduk Taman Mesra, Awang Jumat.
Sementara seorang Aktivis Masyarakat dari Kota Kinabalu yang berasal dari Kampung Sarang, Kota Belud, Madili Jakir yang menghubungi Sabahkini.Net juga mengajukan soalan yang sama iaitu ingin tahu adakah program tersebut benar-benar dilaksanakan atau sekadar madah berhelah untuk memancing undi rakyat?
Katanya, senario di kampungnya serupa kerana sebaik sahaja mereka tahu ada bantuan seumpama itu, mereka rasa terharu; sekurang-kurangnya bagi mereka yang berpendapatan rendah di bawah RM500 sebulan dan mempunyai keluarga merasa gembira jika mendapat bantuan beras tersebut.
“Tetapi semua impian kami hanya tinggal harapan yang tidak menjadi kenyataan. Kami benar-benar kecewa kerana dipermainkan, kata Midili sebagai mengulas kenyataan yang dibuat oleh seorang penduduk Kampung Pinangkau, Paitan Sugut; Johanies Tayoh yang tersiar di Sabahkini.Net baru-baru ini bertajuk ‘Desak SPRM Siasat Sindiket Beras Nasional.’
“Apabila saya terbaca berita tersebut di Sabahkini.net, lalu teringat kembali mengenai bantuan beras subsidi yang dijanjikan agensi kerajaan setahun lalu,” ujar Madili.
Tegas Madili, rakyat miskin bukannya bencikan BN/UMNO tetapi jangan terlalu ghairah membuat sesuatu program kalau tidak pasti dan bersungguh-sungguh untuk melaksakannya kerana rakyat yang akan menjadi mangsa mainan politik pemimpin beragenda.
Oleh : SHAIMON S JUMADI (sabahkini)
Saturday, June 4, 2011
Apa Jadi Dengan Beras Nasional?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Harap perkara ini disiasat. Apa sudah terjadi dengan perjanjian memberikan beras nasional?
ReplyDeletePerjanjian perlu ditunaikan, jangan mengecewakan para penyokong. Nanti mereka akan mengubah fikiran.
ReplyDeleteApa yang diucapkan semasa kempen pilihanraya, sila tunaikan.
ReplyDeleteUndian di tangan rakyat. Keadaan mungkin akan berubah jika rakyat hanya dimain-mainkan.
ReplyDeleteya.. apa dah jadi dgn bantuan tersebut, sampai sekrang belum ada berita.
ReplyDeletepenjelasan perlulah diberikan berhubung dengan pekara ini.
ReplyDeletesaya pun masih ingat penduduk di kampung kami sendiri ada mengisi borang untuk mendapatkan bantuan beras tapi lepas tu, tiada khabar lagi tentang bantuan tersebut. bagi yang ada mengisi tu pasti berasa amat kecewa dengan perkara ini. kerajaan kena jelaskan kepada rakyat yang sudah sekian lama menunggu.
ReplyDeleteI wonder what happen to the forms that was filled by the people..
ReplyDeleteExplanation should be given to clarify this matter. What has been promised to the people should be fulfilled. Don't let them down.
ReplyDeleteBeras nasional semakin hari semakin susah untuk didapati kerana telah disorok oleh para peniaga. Perlukah perkara ini berlaku??
ReplyDeletebagus juga isu ini ditimbulkan.. saya pun mahu tahu apa sudah jadi dengan beras subsidi ini.
ReplyDelete