MAJLIS Tertinggi (MT) Parti Bersatu Sabah (PBS) seharusnya campurtangan mengenai krisis dan pergolakan dalaman yang melanda PBS Bahagian Sekong kerana membabitkan Ketua Bahagiannya, Bonney Narseso P Juanico sebagai sasaran utama pembawa malapetaka dalam pertadbiran parti itu.
Sikap Ketua Bahagian itu yang tidak mahu bekerjasama dengan parti-parti komponen BN seperti UMNO Batu Sapi dan Ahli Parlimen Batu Sapi; di samping bersikap pilihkasih terhadap 11 cawangan PBS.
“Perkara ini tidak boleh dibiarkan berlanjutan begitu saja kerana menjejaskan perjuangan parti PBS di bahagian itu,” jelas wakil Ketua Cawangan, Max (bukan nama sebenar) ketika mengulas satu kenyataan di Sabahkini.Net bertajuk ‘PBS Sekong Dilanda Krisis Dalaman.’
Kata Max, disebabkan 11 cawangan tidak mahu bersekongkol dan tidak mahu menuruti segala kehendak yang boleh menghancurkan perjuangan PBS Sekong pada masa akan datang lantas Bonney bertindak memulaukan cawangan mereka.
Dakwa Max lagi, segala tindak tanduk Bonney dan perbuatan yang berniat jahat kerana kerap menggangu-gugat kedudukan Ahli Parlimen kawasan Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin.
Bukan rahsia lagi kerana tindakan Bonney telah diketahui oleh umum dan 4 orang ADUN di Sandakan bahawa Bonney berniat untuk menjadi calon parlimen Batu Sapi pada pilihanraya umum ke 13 (PRU-13) bagi menggantikan Datin Linda.
Sabahkini.Net difahamkan, ekoran daripada perbuatan Bonney yang disifatkan sebagai kebudak-budakan yang bernafsu besar mahu jadi calon MP di kawasan Batu Sapi ini, adalah salah satu faktor kedudukan bahagian dan cawangan-cawangan PBS Sekong kini telah menjadi kucar-kacir dan berpecah belah; kerana mereka telah hilang kepercayaan terhadapnya memimpin bahagian itu.
“Kami amat kecewa dan kesal terhadap perilaku dan tindak-tanduk Bonney sebagai seorang pemimpin parti, khususnya Ketua Bahagian yang tidak mempunyai kewibawaan menerajui kepimpinan PBS Bahagian Sekong kerana akhirnya akan membawa kemusnahan dan kehancura PBS.
Disebabkan sikapnya yang terlalu sombong, bongkak dan tidak suka menghormati orang lain, kata Max, mereka merasa malu bila berhadapan dengan para pemimpin BN lainnya, kerana menjadi bahan ejekan, bukan saja di kalangan parti pembangkang bahkan dalam parti-parti komponen BN itu sendiri.
Sehubungan itu, mereka mendesak kepada pucuk pimpinan parti pusat terutama sekali Presiden PBS, Tan Sri Joseph Pairin segera bertindak sebelum terlambat iaitu mengambil tindakan disiplin kerana mencemarkan maruah PBS di Sekong.
Percubaan Sabahkini.Net untuk menghubungi Bonney masih gagal namun dipercayai Bonney akan menemui Majlis Tertinggi PBS dan AJK Bahagian pada 10 Jun ini untuk merungkai kekusutan.
Oleh : SHAIMON S JUMADI (sabahkini)
Tuesday, June 7, 2011
BONNEY GHAIRAH JADI CALON BATU SAPI?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Rakyat Batu-Sapi perlulah berhati-hati dengan Bonney Juanico.
ReplyDeleteSemoga BN akan berhati-hati melantik calon mereka bila PRU-13.
ReplyDeleteTunjukkan contoh yang baik jika ingin jadi seorang pemimpin.
ReplyDeleteGila kuasa & tidak layak menjadi pemimpin rakyat Batu Sapi.
ReplyDeleteJangan taksub untuk memegang kuasa/jawatan. Fokus kepada perjuangan sebenar.
ReplyDeleteAmbil tindakan terhadap ahli yang menjejaskan imej parti.
ReplyDeletebenarkah pekara ini atau hanya khabar angin saja.
ReplyDeletePucuk pimpinan parti pusat harus memantau isu ini.
ReplyDeleteHarap isu ini tidak menggugat kepercayaan ahli-ahli lain terhadap kepimpinan Datin Linda.
ReplyDeletesetiap ahli seharusnya bekerjasama.
ReplyDeleteBonney sepatutnya tidak layak untuk menjadi calon Batu Sapi jika dia bersikap seperti itu. langsung tidak menunjukkan pemimpin berjiwa rakyat.
ReplyDeletesikap tamak selalu rugi..
ReplyDeletesebagai ketua bahagian Bonney seharusnya menjadi contoh kepada ahli bukannya bersikap pentingkan diri dan bongkak..
ReplyDeletesingkirkan saja orang yang bersikap buruk seperti ini...merugikan parti saja jika disimpan.
ReplyDeletediharap isu ini akan diselesaikan segera..kalau dibiarkan berlanjutan akan menjejaskan parti khasnya di kawasan tersebut.
ReplyDeletemana2 pemimpin yang hanya pentingkan diri harus disingkirkan..
ReplyDeleteberikan yang terbaik kepada penduduk Batu Sapi.
ReplyDeletesebelum ini kononnya Shafie mahu merampas jawatan Ketua Menteri Sabah, kini cerita yang lebih kurang sama kononnya Bonney mahu jadi calon Batu Sapi menggantikan Linda. lepas ni entah siapa pula jadi mangsa..
ReplyDeletejangan fikir nak rebut kuasa, penduduk batu sapi dah beri mandat kepada linda utk membangunkan batu sapi.. itu penting.
ReplyDeleteMacam kurang percayalah dengan si Bonney.
ReplyDeleteKuasa diberikan oleh rakyat, bukan boleh dirampas begitu sahaja.
ReplyDeleteInilah muka sebenar ahli politik yang berniat cuma jawatan dan bukan berjuang untuk rakyat. Tidak hairanlah kebajikan rakyat diabaikan kerana mereka ini cuma tumpukan perhatian mereka untuk merebut jawatan.
ReplyDeleteJIka krisis ini tidak diselesaikan dengan baik, ia tetap menjejaskan peluang kemenangan kerusi itu pada PRU akan datang.
ReplyDeleteBonney cukup dahagakan jawatan. Arahan parti harus dipatuhi.
ReplyDeleteSetiap kali pilihanraya berdekatan, cerita begini turut muncul. Mahu merebut jawtan saja.
ReplyDeleteSejauh mana isu ini akan meninggalkan kesan terhadap PBS?
ReplyDeleteKadang kala pekara remeh boleh mengakibatkan kesan buruk yang besar.
Batu sapi bakal jadi batu api!!!
ReplyDelete