Friday, June 10, 2011

Cukai 6 % Telefon Prabayar Naik?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgBiIi38_QB2etBZT1X33Ql8_4cczVgUz8Eg62iRa4CzS188Z-4h-njQS_wapmgUZ2n8LQrK3O7v6JOUs45HDB6qkt6mivVhCPA_dWf1KpncdNIjP5Ss47bNsqoTYgO3HIB8amq0VygXHPC/s1600/telekomunikasi.jpgTerdapat 3 syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia iaitu Digi, Celcom dan Maxis. Pada tahun 2006 terdapat 17.8 juta mendaftar sebagai pengguna talian prabayar. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) mendapati rakyat Malaysia membelanjakan RM17 juta sehari untuk penggunaan SMS(Sistem Pesanan Ringkas). Pada tahun 2004 terdapat 9.5 bilion SMS telah dihantar oleh rakyat Malaysia. Secara puratanya pengguna telefon menghantar 4 SMS setiap hari.

Bermula Januari 2011 pihak kerajaan telah menaikkan cukai perkhidmatan daripada 5% kepada 6%. Cukai perkhidmatan pengguna telefon prabayar juga tidak terkecuali. Selama ini cukai 5% telah diserap oleh syarikat telekomunikasi. Memandangkan beban yang terlalu besar ditanggung oleh pihak syarikat telekomunikasi maka terdapat dakwaan yang menyatakan bahawa syarikat terbabit tidak lagi menyerap cukai tersebut mulai Julai 2011. Ini bermaksud bahawa cukai ini akan ditanggung oleh pengguna sepenuhnya. Dewan Pemuda PAS Negeri Johor mewakili anak-anak muda Malaysia yang majoritinya pengguna telefon prabayar memohon penjelasan daripada pihak syarikat telekomunikasi mengenai kebenaran dakwaan tersebut. Penjelasan ini adalah penting untuk maklumat pengguna kerana merekalah yang menerima kesan terhadap polisi ini.

Jika benar dakwaan tersebut maka anak-anak muda Malaysia merasa terbeban. Jika mereka membeli kad prabayar sebanyak RM10 maka mereka hanya memperolehi RM9.40. Baki RM0.60 diserahkan kepada kerajaan. Sebahagian besar anak muda Malaysia adalah pelajar sekolah, pelajar universiti dan tiada pekerjaan yang tetap. Mereka adalah pengguna aktif telefon prabayar. Berikutan kenaikan harga barang keperluan harian maka anak-anak muda Malaysia cukup terbeban dengan bayaran cukai ini.

Suhaizan Bin Kayat
Ketua Pemuda PAS

9 comments:
Write comments
  1. semakin lama semakin banyak kenaikan. bermula dari minyak RON97, gula, tarif elektrik, gas, astro dan sekarang cukai telefon prabayar.

    ReplyDelete
  2. rakyat kenalah berjimat cermat dan pandai mengatur perbelanjaan.

    ReplyDelete
  3. Susahlah kalau macam ini, semua pun naik.

    ReplyDelete
  4. tunggu sajalah penjelasan daripada pihak syarikat telekomunikasi.

    ReplyDelete
  5. Beri penjelasan kerana ia penting untuk maklumat pengguna. Mereka yang menerima kesan terhadap polisi ini.

    ReplyDelete
  6. Terasa sudah beban kalau semua harga pun naik.

    ReplyDelete
  7. jika kenaikkan ini benar2 berlaku, saya yakin keuntungan syarikat2 telekomunikasi di negara ini akan terjejas. tidak semua rakyat di negara ini bergantung sepenuhnya dengan kemudahan telefon.

    ReplyDelete
  8. Asyik naik saja ini. Baru-baru ini tarif elektrik sekarang ini cukai telefon.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.