Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin membelasah Pas apabila Pas tidak membincang isu video lucah dalam muktamarnya. Menurut akal Muhyiddin Pas sepatutnya membincang untuk mempastikan siapa watak dalam video lucah berkenaan. Mulanya saya tidak percaya kalau sedangkal itu pemikiran seorang timbalan perdana menteri. Tidak ada kualiti langsung.
Kalau Muhyiddin seorang pemimpin berkualiti dan rasional politik dia tidak akan menyerang Pas kerana tidak membincangkan isu video lucah. Tetapi mungkin kerana beliau terlalai atau pun menjadi tidak rasional bila Dewan Ulama Pas menolak isu video lucah, menyebabkan beliau berfikiran begitu. Gelap otak.
Kalau Muhyiddin cerah otak beliau tidak tergamak untuk memberi pandangan seperti itu. Dua perkara yang beliau kena fikir sebelum bercakap mengenai perkara itu, bukan bercakap dulu sebelum fikir. Pertama muktamar Pas adalah persidangan atau forum Pas membincang perihal partinya. Adapun isu video lucah bukan termasuk dalam agenda utamanya.
Tidak ada keperluan dan kepentingan untuk Pas membincang hingga lebur mengenai isu berkenaan. Inilah bezanya Pas dengan Umno. Kenapa tidak ada keperluan kerana isu itu adalah isu politik yang direstui oleh Umno. Mahkamah atau pihak berkuasa polis belum menentukan siapa lelaki berkenaan.
Pas tidak akan percaya kalau setakat Ibrahim Ali atau Zulkefli Nordin atau Datuk T yang mengesahkan itu Anwar kerana kredibiliti dan intergriti mereka juga tidak boleh dipercayai. Ibrahim Ali boleh menafikan dan menmgatakan itu 300 peratus bukan Anwar kalau takdir Anwar jadi perdana menteri kelak. Dan begitu juga dengan yang lain kerana mereka adalah species yang sama. Apakah Muhyiddin mahu Pas mahu menjadikan mereka itu sebagai nabi?
Jadi apakah Pas mempercayai akan persaksian oleh manusia fasik? Lainlah kalau mahkamah atau polis atau badan yang berautoriti mengesahkan watak itu adalah Anwar mungkin Pas boleh membincang dan mengambil pendirian dalam hal video lucah berkenaan. Kalau tanpa pengesahan tetapi Pas ikut membincangnya maka standard Pas samalah dengan Muhyiddin saja.
Maka apabila Muhyiddin mengkritik Pas kerana tidak membincangkan isu video lucah maka samalah kepala dan gaya politik Muhyiddin dengan Ibrahim Ali, Zulkefli Nordin dan juga Rahim Tamby Chik dan gengnya. Keana Muhyiddin harus meletakkan maruah dirinya serendah itu, berpolot dengan sampah sarap. Apakah kerana Muhyiddin sudah merasakan Umno dalam keadaan desprate maka beliau terpaksa merendahkan maruah dirinya.
Seorang pemimpin bakal menjadi perdana menteri seharusnya mempunyai pemikiran dan pandangan politik yang tinggi dan jauh ke depan. Misalnya Muhyiddin boleh mengulas isu-isu lain yang tidak disentuh oleh Pas, seperti usaha untuk mengukuhkan sokongan Melayu (nasionalis) dalam parti berkenaan.
Apabila beliau bercakap dan mengajak Pas membincangan isu video lucah orang akan boleh menilai bahawa politik Muhyiddin juga politik lucah. Di sinilah ketinggian budi Pas sebagai parti yang berteraskan prinsip dan dasar Islam. Mereka tidak akan sama terheret dengan isu-isu maksiat dan fitnah kerana ia dilarang oleh Tuhan.
Hendaknya Muhyiddin akan meralat singgungannya itu dan berilah komen lain yang mencerminkan bahawa beliau mempunyai daya intelektual politik. Dalam hal ini nampaknya Najib lebih unggul dari Muhyiddin. Bagaimana pun sama-sama kita tunggu ulasan Najib mengenai kemenangan Mohamad Sabu.
http://msomelayu.blogspot.com/
Tuesday, June 7, 2011
Komen Yang Dangkal Dari Muhyiddin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bukankah pihak polis sudah mempunyai jawapan mengenai pelaku dalam video lucah tersebut? cuma mereka tidak mahu mendedahkannya..
ReplyDeletebagi saya isu ini sememangnya tidak perlu dicampuradukkan dalam politik kerana ia adalah masalah peribadi Anwar dan bukan suatu isu yang penting dalam perjuangan PAS.
ReplyDeleteSebaiknya, bincangkan hal-hal yang lebih penting dan membina.
ReplyDeleteSaya rasa lebih baik isu video lucah ini dilupakan sahaja. Tiada gunanya mempertikaikan ia langsung. Jangan buang masa, tumpukan usaha untuk menyelesaikan masalah kritikal negara.
ReplyDeletePAS berhak menentukan topik yang ingin dibincangkan dalam muktamarnya dan isu video lucah ini bukan menjadi keutamaan.
ReplyDeletetunggu sajalah sehingga kes ini diselesaikan oleh polis.
ReplyDeleteisu video lucah ni tak perlu lagi kita perbesarkan.
ReplyDeleteisu video seks itu tidak payah dibincangkan..bukan memberi manfaat kepada rakyat.
ReplyDeleteseharusnya isu2 rakyat ynag harus diketengahkan seperti kemiskinan, gaji, pendidikan dsbgnya...bukannya isu seks video orang lain..
ReplyDeletejangan terlalu pentingkan diri dan kelangsungan politik...yang menentukan kita di atas adalah rakyat...jika rakyat tidak pangkah kita, maka kita akan jatuh.
ReplyDeletebiarkan pihak polis melakukan siasatan dan tugas mereka berhubung dengan isu video seks tersebut...tidak perlu diperbincangkan oleh mana2 pihak..
ReplyDeleteEnough about the sex video. Wait for the police to solved it.
ReplyDeleteIn the mean time, focus on the issues that people is facing now. People don't care a damn about the sex video.
ReplyDeleteSaya boring oo sama isu video lucah ni. Tak habis2!!
ReplyDeleteMoga hal ini dapat diselesaikan segera. Kalau tidak pun, pedulikanlah hal ini. Masih babyak hal yang lebih penting untuk difikirkan.
ReplyDeleteMana PAS mahu menjatuhkan ahli parti mereka sendiri. Harap UMNO faham.
ReplyDeletelagilah dangkal bila kuman seberang laut nampak tapi gajah didepan mata dikatanya kambing..
ReplyDelete