Friday, June 10, 2011

PAS intai peluang di kawasan bukan Melayu

Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, parti itu akan lebih berpengaruh dalam Pakatan Rakyat sekiranya ia bertanding di lebih banyak kerusi dengan majoriti bukan Melayu dalam pilihan raya umum akan datang.


NONEMohamad berkata, formula berkenaan boleh digunakan bagi memastikan PAS menjadi teraju utama dalam Paktan memandangkan parti kini semakin diterima di kawasan bukan majoriti Melayu, katanya.


"Itu bergantung kepada kerusi yang (PAS) menang. Dulu kawasan majoriti bukan Melayu – DAP, majoriti Melayu – PAS, campuran – PKR.


"Saya tak tahulah formula itu boleh guna atau tidak perlu diguna sebab sekarang di kawasan campuran pun PAS boleh menang," katanya ketika ditanya dalam satu temubual eksklusif dengan Malaysiakini hari ini.


Beliau yang turut popular dengan nama jolokan Mat Sabu itu juga yakin akan menang di kawasan parlimen Bukit Bintang jika diberi peluang untuk bertanding di kawasan yang sering ditandingi DAP dan MCA itu.


"Soal pengagihan kerusi, jawatankuasa (Pakatan) akan bincang – tidak lagi berdasarkan majoriti Melayu ini PAS kena bertanding, majoriti bukan Melayu – DAP.


NONE"Sekarang (kemenangan) mana-mana (calon adalah) ikut ketokohan. Saya sendiri berani bertanding di Bukit Bintang, asalkan simbol PAS, DAP tak bertanding, dan lawan MCA. Boleh menang," katanya sambil ketawa kecil.


PAS kawasan Bukit Bintang juga merupakan antara kawasan yang paling awal mencalonkan Mohamad bagi jawatan timbalan presiden bagi pemilihan parti tahun ini dan juga pada 2009.


Beliau juga yakin bahawa PAS boleh menjadi teraju utama dalam Pakatan, berdasarkan prestasi yang ditunjukkan parti itu di kawasan yang dimenanginya pada 2008 seperti Kota Raja, Kuala Selangor dan juga Shah Alam.


Hadi pun boleh ganti Anwar


Bagaimanapun, buat masa ini Datuk Seri Anwar Ibrahim masih merupakan ketua umum Pakatan, kata Mohamad lagi, mengulas kritikan yang diterima oleh PKR setakat ini.


"Terserah kepada Pakatan Rakyat (sama ada ingin ganti Anwar). Sekarang dia masih ketua umum. Pilihan raya umum akan datang, dia berada di dalam atau di luar (penjara), itu keputusan mahkamah.


NONE"Tapi sekarang dia masih ketua umum yang dihormati rakyat. Mana dia pergi, sambutan pada ucapannya hebat sekali," kata Mohamad lagi yang mengakui bahawa beliau tidak pernah mengadakan pertemuan dengan Anwar selain di "pentas ceramah."


Ketika ditanya siapakah pemimpin yang boleh menggantikan Anwar bagi mengetuai Pakatan, Mohamad berkata tugas berkenaan boleh digalas oleh "sesiapa saja" termasuk presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


"Tak ada masalah, orang dah boleh menerima (PAS)," katanya yang menambah, Abdul Hadi akan dapat memimpin Pakatan Rakyat berdasarkan persetujuan yang ditandatangani oleh anggota pakatan tersebut.



Mohamad Sabu ditemubual Aidila Razak, Lee Way Loon dan Salhan K Ahmad. -MK

9 comments:
Write comments
  1. kita akan tau juga sejauhmana sokongan bukan Melayu terhdap PAS.

    ReplyDelete
  2. sebaiknya biarlah PAS mendapat sokongan dari pelbagai pihak termasuk bukan Melayu.

    ReplyDelete
  3. semoga PAS berjaya dalam perjuangannya.

    ReplyDelete
  4. PAS perlu bersikap lebih terbuka jika mahu sokongan daripada bukan melayu.

    ReplyDelete
  5. sekarang ni tidak kira mana-mana parti pun sedang berusaha untuk mendapatkan sokongan daripada rakyat pelbagai kaum.

    ReplyDelete
  6. Perjuangan mereka juga harus ambil kira kemahuan dan kepentingan bukan melayu. Sukar mendapat sokongan jika perjuangan tertumpu kepada kepentingan satu pihak saja.

    ReplyDelete
  7. Itu terpulanglah kepada rakyat sama ada akan menerima PAS untuk kawasan mereka.

    ReplyDelete
  8. eloklah jangan terlalu yakin.. lihatlah apa jadi dengan PAS selepas keputusan PRN Sarawak diumumkan.

    ReplyDelete
  9. Setiap parti ada rancangan mereka tersendiri. Maka kita tunggu saja apa yang akan dirancang oleh mereka.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.