PARA penghuni rumah kuaters Jabatan Kebajikan Masyarakat Warga Tua Seri Harapan, Batu 5, Jalan Sibuga mendesak kepada Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) agar merobohkan rumah-rumah haram yang didirikan oleh para pendatang asing tanpa izin (PATI) di hutan berhampiran.
Seorang penduduk, Mohd (bukan nama sebenar), memberitahu Sabahkini.Net pada mulanya mereka hanya mendirikan dua buah rumah sahaja tetapi seminggu kemudian, bilangannya semakin bertambah banyak.
“Kami khuatir sekiranya perkara ini tidak diambil tindakan oleh pihak MPS, kami bimbang kawasan hutan itu dijadikan perkampungan setinggan haram yang dihuni oleh pendatang asing dan menjadi sarang jenayah,” ujar Mohd lagi.
Tegas Mohd, memandangkan PATI manusia yang tidak bertamaddun dan tidak menghormati undang-undang negara, maka beliau bimbang akan menyebabkan kawasan berkenaan tidak lagi selamat diduduki kerana terdedah kepada pelbagai risiko, termasuk kecurian, rogol dan pusat penagihan dadah.
“Bagi pihak penghuni kuaters ini, saya berharap agar Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia termasuk pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dapat mengambil tindakan segera,“ rayu Mohd lagi.
Oleh : SHAIMON S JUMADI (sabahkini)
Sunday, June 12, 2011
Roboh Segera Rumah PATI?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pihak berkenaan kena turun padang melihat sendiri rumah haram dibina berberluasa di sandakan.
ReplyDeleteSudah banyak kali kerajaan robohkan rumah PATI, tapi dalam sekelip mata saja mereka dah kembali semula.
ReplyDeletePihak yang bertanggungjawab harus pantau masalah ini dan ambil tindakan dengan segera kerana ia melibatkan keselamatan penduduk tempatan.
ReplyDeletePATI ini harus dikenakan tindakan tegas dan seboleh-bolehnya diusir keluar dari penempatan itu dan pastikan mereka tidak kembali.
ReplyDeletepihak yang berkaitan perlu memberikan perhatian terhadap pekara ini dan langkah yang sewajarnya harus diambil.
ReplyDeletePATI memang begitu. buat rumah di mana2 sesuka hati. rasanya hutan tersebut milik kerajaan.
ReplyDeleteharap pihak MPS segera mengambil tindakan sebelum hutan tersebut menjadi perkampungan PATI.
ReplyDeleteJika tidak ada tindakan dari pihak MPS, jangan salahkan penduduk jika berlaku tindakan yang dilakukan oleh penduduk setempat keatas rumah2 yang dibina tanpa kebenaran.
ReplyDeleteBilangan rumah itu akan bertambah dari masa ke semasa jika tidak ada tindakan yang diambil keatas mereka. Jangan biarkan keadaan bertambah teruk barulah kita bertindak.
ReplyDeletePATI semakin berani apabila kerajaan semakin takut dan rakyat pula semakin baik hati. dalam soal ini tidak perlu ada belas kasihan dan pihak berkuasa juga perlu tegas dalam mengahadapi masalah seperti ini.
ReplyDeletekena ambil tindaan segera. jgn biarkan PATI membuat penempatan haram.
ReplyDeletetidak perlu bersikap baik kepada PATI..
ReplyDeletejika PATI diberi pengampunan dalam pelan 6P hishammudin, rumah2 haram ini akan tetap ada..jadi seharusnya PATI diusir keluar dari sabah..
ReplyDeleteroboh dan bakar...
ReplyDeleteIts not right to simply demolish their houses. THey are just as human as us.
ReplyDeleteJust deport them back right away.
ReplyDeleteSusah betul, PATI-PATI ini suka mencerobohi hutan simpanan dan membina rumah mereka di sana. Ataupun mereka membina rumah merata-rata tempat, tiba-tiba sebuah tanah boleh menjadi sarang PATI.
ReplyDeleteTidak perlulah mengambil cara kekerasan untuk merobohkan rumah PATI. Biar pihak berkuasa menjalankan kuasa mereka dalam menangani PATI ini.
ReplyDeletemasa sekarang rumah PATI diroboh, dekat PRU buat rumah lagi.he..he semua tu kan pengundi..
ReplyDeleteRoboh jangan tak roboh.
ReplyDeletePihak berkuasa seharusnya mengambil tindakan segera jangan pula 'nasi sudah menjadi bubur' baru nak bertindak.
ReplyDeletemasalah PATI memang tidak seharusnya diambil ringan oleh pihak berkuasa.
ReplyDelete